a

INSKEN Masterclass Marketing: Hasilkan Gambar Menarik Menggunakan Smartphone

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
29 Jan 2026 08:00:AM
DAFTAR

SNAP LIKE A PRO!

Program ini membantu peserta meningkatkan kualiti visual produk dengan penggunaan smartphone secara lebih berkesan, melalui pendekatan praktikal dalam menghasilkan gambar yang kemas, seimbang dan kelihatan profesional untuk tujuan pemasaran.

 

LEVEL
Masterclass

TEMPAT
 Lembah Klang

YURAN
RM50 (termasuk makan, minum & tshirt)

 

APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?

  • Tetapan kamera smartphone yang betul.
  • Teknik pencahayaan, sudut, komposisi dan framing untuk visual yang lebih profesional.
  • Kesilapan biasa dalam fotografi produk dan cara mengelakkannya.

 

SIAPA PERLU HADIR?

  • Terbuka kepada semua usahawan yang ingin menguasai kemahiran menghasilkan gambar menarik menggunakan hanya smartphone.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my

 


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 100 orang sahaja.
  • Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira.
  • Bayaran pendaftaran (RM50) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program.
  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan.
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu.
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan.
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
29 Jan 2026 08:00:AM
RM50
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?