
Program ini merupakan seminar intensif dibawah program INSKEN Masterclass yang memberi pendedahan kepada usahawan tentang kepentingan halal dalam operasi perniagaan dan peluang pasaran halal.
|
LEVEL |
TEMPAT Hotel Tenera, Bangi |
PENDAFTARAN PERCUMA |
APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?
- Memahami konsep halal, haram dan syubhah serta implikasinya terhadap operasi perniagaan.
- Mengukuhkan kesedaran pematuhan halal sebagai satu sistem yang menyeluruh.
- Membuka minda terhadap peluang pasaran halal termasuk potensi eksport.
- Menilai tahap kesiapsiagaan melalui penilaian kendiri dan audit dokumen ringkas.
SIAPA PERLU HADIR?
- Terbuka kepada usahawan / syarikat MSME yang menghasilkan atau mengeluarkan produk dalam kategori – makanan, minuman, premis makanan dan pengilangan kontrak.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 100 orang sahaja.
- Sebarang penukaran program adalah tidak dibenarkan.
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu.
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan.
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
