Program ini membimbing usahawan kereta sewa memahami model perniagaan, menguasai strategi harga dan jualan, mengurus operasi secara sistematik serta merangka pemasaran dan perancangan pertumbuhan yang mampan.
|
LEVEL |
TEMPAT Lembah Klang |
PENDAFTARAN PERCUMA |
APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?
- Memahami Kelebihan & Model Perniagaan Kereta Sewa (Model Bisnes).
- Menguasai Strategi Harga & Sasaran Jualan (Finance).
- Mengurus Operasi Melalui Kerangka “6M” (Operation).
- Merangka strategi pemasaran menggunakan “Marketing Hour Glass”.
- Merancang Pertumbuhan & Kepatuhan Undang-undang (Perundangan).
SIAPA PERLU HADIR?
- Sesuai untuk pengusaha perniagaan kereta sewa yang ingin memperkukuh operasi, mengoptimumkan strategi harga serta meningkatkan pendapatan melalui pemasaran dan pengurusan yang lebih sistematik.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 100 orang sahaja.
- Sebarang penukaran program adalah tidak dibenarkan.
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu.
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan.
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
