Program ini membimbing usahawan memahami keperluan pembungkusan dan perlabelan yang menepati standard pasaraya, serta mengenal pasti kesilapan yang boleh menghalang produk menembusi pasaran runcit.
|
LEVEL |
TEMPAT Perak |
PENDAFTARAN PERCUMA |
APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?
- Memahami kriteria pembungkusan yang memenuhi keperluan pasaraya.
- Mengetahui keperluan perlabelan yang mematuhi standard retailer.
- Mengenal pasti kesilapan lazim yang menyebabkan produk ditolak.
SIAPA PERLU HADIR?
- Sesuai untuk usahawan produk makanan, minuman dan barangan pengguna yang ingin menembusi pasaran runcit serta memahami keperluan pembungkusan dan perlabelan mengikut standard pasaraya.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 100 orang sahaja.
- Sebarang penukaran program adalah tidak dibenarkan.
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu.
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan.
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
