
Program ini membimbing peserta mengenal pasti alat AI yang praktikal, meningkatkan produktiviti serta mengaplikasikan AI dalam operasi sebenar melalui pembangunan pelan integrasi yang sesuai untuk perniagaan.
|
LEVEL |
TEMPAT Lembah Klang |
PENDAFTARAN PERCUMA |
APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?
- Mengenal pasti alat AI praktikal untuk perniagaan
- Menggunakan AI untuk meningkatkan produktiviti
- Mengaplikasikan AI dalam operasi sebenar
- Membina pelan integrasi AI untuk perniagaan
SIAPA PERLU HADIR?
- Sesuai untuk usahawan dan pengurus perniagaan yang ingin memanfaatkan AI bagi meningkatkan produktiviti serta mengintegrasikannya dalam operasi harian secara lebih sistematik.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 100 orang sahaja.
- Sebarang penukaran program adalah tidak dibenarkan.
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu.
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan.
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
