
Program ini memfokuskan penerokaan peluang AI dalam industri kreatif, penggunaan AI tools secara strategik, pembangunan Business Model Canvas serta strategi perniagaan berasaskan SWOT.
|
LEVEL |
TEMPAT Lembah Klang |
PENDAFTARAN PERCUMA |
APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?
- Mengenalpasti peluang model perniagaan berasaskan AI
Menggunakan AI tools secara strategik
Membina Business Model Canvas (BMC)
Menghasilkan Business Strategy menggunakan SWOT Analisis
SIAPA PERLU HADIR?
- Program ini disasarkan kepada golongan kreatif, usahawan, pelajar dan profesional yang ingin meneroka potensi AI dalam memperkukuh strategi perniagaan dan pembangunan model perniagaan yang lebih inovatif.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 100 orang sahaja.
- Sebarang penukaran program adalah tidak dibenarkan.
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu.
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan.
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
