a

WEBINAR WOMEN IN SEARCH OF EXCELLENCE (WiSE) – EDISI KEUSAHAWANAN SOSIAL

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
24 Mar 2022 08:00:AM
DAFTAR

 

Sesi webinar satu hari yang memfokuskan keusahawanan sosial dan peranan wanita dalam mempelopori bidang ini. Webinar anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama Yayasan Tuanku Fauziah ini menekankan aspek keusahawanan sosial dari pelbagai sudut seperti dasar, amalan terbaik, dan perbincangan impak untuk mencetuskan idea-idea baharu dalam perniagaan disamping usaha pembangunan komuniti.

 

Ketahui apakah itu Sustainable Development Goals (SDG) dan Keusahawanan Sosial

Sesi menarik bersama barisan panelis ternama 

Kupas isu dan topik wanita sebagai peneraju keusahawanan & keusahawanan sosial rentas industri

 

AGENDA

MASA

PROGRAM

9:30 pagi

Pendaftaran Peserta

10:30 pagi

Bacaan Doa

10:35 pagi

Ucapan Pembukaan

Dato’ Suriani Dato’ Ahmad

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP)

10:50 pagi

Titah Perasmian

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis

Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

11:00 pagi

Sesi 1: Kaitan Sustainable Development Goals (SDG) dengan Keusahawanan Sosial (Pembentangan)

Dato’ Suriani Dato’ Ahmad

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP)

11:30 pagi

Sesi 2: Keusahawanan Sosial Rentas Industri (Forum)

Para panelis yang terdiri dari Pembuat Dasar, Usahawan Sosial dan Pembangunan Komuniti akan menghuraikan tentang peranan masing-masing dalam menjayakan usaha pembangunan komuniti melalui Keusahawanan Sosial. Peserta juga akan didedahkan dengan amalan terbaik dalam keusahawanan sosial, impak komuniti dan kepentingannya.

Moderator:

En. Muhd Firdaus Azharuddin (Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Keusahawanan Negara)

Panel 1: Datin Dr. Syahira Hamidon (Setiausaha Bahagian, Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi)

Panel 2: Pn. Nurfarini Daing (Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif, MyHARAPAN)

Panel 3: Pn. Anja Juliah Abu Bakar (Pengasas & Pengarah Impak, Athena Holdings Sdn Bhd)

Panel 4: Pn. Junaida Abd Aziz (Pengarah Urusan, Noble Management and Consultancy)

12:30 Tengahari

Rehat

2:30 petang

Sesi 3: Wanita Peneraju Keusahawanan Sosial (Temu Bual)

Puan Yuen akan berkongsi tentang pengalaman dan pandangan dalam membangunkan komuniti melalui perusahaan dan organisasi yang diasaskan oleh beliau. Perbezaan pendekatan dan penerima manfaat akan dibincangkan dalam sesi ini selain peranan wanita selaku pelopor dalam keusahawanan sosial di Malaysia.

Low Ngai Yuen

Presiden, Persatuan Kakiseni & Pengasas-Presiden, WOMENgirls

3:00 Petang

Titah Penutup

Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis

Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil

3:15 petang

Program Selesai

 

PANELIS / SPEAKER

 

PERTANDINGAN FOKUS & MENANG

CARA PENYERTAAN

  1. Individu yang berminat untuk menyertai pertandingan “Fokus dan Menang Webinar Women In Search of Excellence (WiSE) – Edisi Keusahawanan Sosial” perlu melengkapkan pendaftaran peserta di MyINSKEN;
  2. Para peserta perlu mengikuti sesi webinar yang akan dianjurkan pada 24 Mac 2022, bermula 9:30 pagi sehingga 3:30 petang;
  3. INSKEN akan memberikan 3-7 kata kunci sepanjang sesi webinar berjalan;
  4. Kumpulkan kesemua kata kunci yang akan diberikan sewaktu setiap sesi webinar;
  5. Selepas tamat sesi webinar, peserta dikehendaki emel kesemua kata kunci dan butiran berikut:
  • Kata kunci
  • Nama penuh
  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor telefon
  • Nama & akaun bank
  1. Emel perlu dihantar ke event@insken.gov.my;
  2. 5 peserta terpantas dengan jawapan yang tepat akan dipilih untuk memenangi hadiah seperti berikut:
  • 1x Hadiah Utama : Xiaomi 11T Pro & 1 kad Touch ‘n Go RM10
  • 4x Pemenang : RM200 & 1 kad Touch ‘n Go RM10 (setiap seorang)
  1. Tarikh tutup: 25 Mac 2022 (12.00 tengahari)

TERMA DAN SYARAT

  1. Pertandingan “Fokus dan Menang Webinar Women In Search of Excellence (WiSE) – Edisi Keusahawanan Sosial” akan tamat pada 25 Mac 2022 (12 tengahari);
  2. Sebarang penyertaan selepas tarikh dan waktu ini tidak akan dilayan sama sekali;
  3. Pemilihan pemenang akan ditentukan oleh pihak pengurusan INSKEN;
  4. Pemakluman pemenang akan dibuat melalui Facebook Page Institut Keusahawanan Negara;
  5. Tempoh untuk menyelesaikan urusan penerimaan hadiah akan mengambil masa 3 minggu selepas keseluruhan proses pertandingan tamat;
  6. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi 1 hadiah sahaja sepanjang tempoh pertandingan;
  7. Pertandingan ini terbuka kepada peserta WiSE berumur 18 tahun ke atas KECUALI kakitangan INSKEN, BisKaunselor, Industry Coaches dan ahli keluarga;
  8. Peserta yang tidak melakukan pendaftaran penuh di portal MyINSKEN tidak akan dipilih sebagai pemenang;
  9. Sebarang keputusan adalah muktamad.

 

TERMA DAN SYARAT WEBINAR WiSE

  • Pendaftaran webinar ini hanya boleh dibuat melalui portal MyINSKEN
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • Kami boleh menggunakan maklumat peribadi yang diberikan untuk menghantar maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian

 

 

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
24 Mar 2022 08:00:AM
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,178
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


POV: Tahun Baru Cina 🤝 Permulaan Ramadhan.

INSKEN in sync 🫰🏼

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

Bisnes percetakan anda masih di tahap yang sama? 👀

Industri dah berubah.
Strategi pun kena berubah.

Program Bangkit Servis Percetakan di Lembah Klang ini membantu usahawan menyusun semula hala tuju perniagaan, kenal pasti ruang penambahbaikan dan bersedia untuk scale up dengan lebih tersusun.

Belajar terus daripada pakar industri.
Dapatkan perspektif sebenar pasaran.
Bina rangkaian yang boleh membuka peluang baharu.

Daftar sekarang 👇🏻
www.insken.gov.my/bangkit_pencetakan_01

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

Bisnes percetakan anImage attachmentImage attachment+3Image attachment

🕌 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐌𝐔𝐁𝐀𝐑𝐀𝐊 🕌

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 2026 | 1447H.
Semoga bulan yang mulia ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua.

Salam Ramadan daripada INSKEN.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

Load more

...

4 0

...

10 0

...

17 1

...

8 0