Image Alt

DATIN DR. SYAHIRA BINTI HAMIDON

  /  DATIN DR. SYAHIRA BINTI HAMIDON

 

DATIN DR. SYAHIRA BINTI HAMIDON

Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)

 

Datin Dr Syahira adalah antara pengurusan kanan dalam Perkhidmatan Pentadbiran dan Diplomatik. Beliau kini memegang jawatan sebagai Setiausaha Bahagian di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Sepanjang perjalanan kerjaya beliau, Dr Syahira didedahkan dengan pelbagai aspek kerja pengurusan dan berkhidmat di pelbagai kementerian, iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Beliau bertanggungjawab menggubal, merangka pelan strategik serta melaksana dan menyelaras dasar berkaitan pembangunan usahawan di negara ini. Antaranya, Dasar Keusahawanan Negara (DKN) 2030, yang dilancarkan pada tahun 2019, satu manifestasi kesungguhan dan iltizam kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara keusahawanan unggul menjelang tahun 2030.

Beliau adalah individu penting menjalankan penyelidikan dan penambahbaikan dalam ekosistem keusahawanan di Malaysia, menyelaras dan menyelia peranan organisasi pembangunan keusahawanan, termasuk koperasi dan mengkaji inisiatif yang dilaksanakan negara lain. Beliau juga mengendalikan urusan Kabinet dan Parlimen untuk KUSKOP.

Dr Syahira turut menyediakan input untuk pelbagai rancangan negara seperti Rancangan Rangka Jangka Panjang, Rancangan Malaysia (rancangan lima tahun), Kajian Tahunan dan Separuh Penggal, Dasar Fiskal Negara serta dasar berkaitan ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian Keempat.

Dengan kepakaran dan pengalaman luas beliau, Dr Syahira memainkan peranan penting menghasilkan pelan tindakan segara membantu perniagaan menghadapi cabaran pandemic COVID-19. Beliau adalah orang penting dalam pembangunan Pelan Pemulihan Negara untuk Usahawan dan Koperasi serta Pelan Transformasi Koperasi di Malaysia. Beliau mengetuai kajian yang dijalankan oleh KUSKOP mengenai kesan COVID-19 terhadap perniagaan dan pengguna serta keberkesanan tindakan intervensi kerajaan.

Di samping itu, Dr Syahira bertanggungjawab dalam hubungan antarabangsa, termasuk melakukan analisis laporan berkaitan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), daya asing global, kemudahan perniagaan dan perusahaan, yang dihasilkan oleh institusi seperi Bank Dunia, IMF , ILO, WEF, UNESCO, APEC, WTO dan UNDP. Beliau mewakili negara untuk pembangunan Pelan Hala Tuju Dasar Permulaan ASEAN-ROK, projek penyelidikan yang dijalankan Bersama oleh Jawatankuasa Penyelarasan ASEAN bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana serta Republik Korea.

Pada tahun 2019, Dr Syahira mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat ACCMSME Kelapan, yang berlangsung di Kemboja pada 25 hingga 29 November 2019.ย  Beliau juga mewakili negara bagi ACCMSME dan Kumpulan Kerja Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia-Taiwan dari 2020 hingga sekarang. Malah, beliau dilantik sebagai wakil negara dalam Rangkaian Pembuat Dasar MSME Asia Pasifik, di bawah Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP).

Terdahulu, Ketika di Kementerian Pengajian Tinggi sehingga akhir tahun 2018, Dr Syahira mengetuai bahagian perancangan, penyelidikan dan penyelarasan dasar Kementerian Pengajian Tinggi. Tugas beliau meliputi perancangan strategik, pembangunan sumber manusia, operasi strategik, penyelidikan dan pembangunan, penyelarasan dasar, hal berkaitan Parlimen,ย  kertas Kabinet dan analisis data besar. Beliau turut menyelaras beberapa program utama, antaranya TVET, 4IR dan STEM. Beliau juga terbabit dalam perkara berkaitan kebolehpasaran siswazah, ekonomi masyarakat Orang Asli, pelaksanaan tindakan utam, dan trend baharu dalam pendidikan tinggi antarabangsa.

Kepakaran Dr Syahira dalam perancangan keusahawanan negara dan pengajian tinggi tidak dapat disangkal lagi, berikutan kejayaan pelbagai dasar yang diperkenalkannya, pelan tindakan, garis panduan dan kejayaan pelaksanaan program berimpak tinggi, termasuk Program Keusahawanan Tekno untuk Graduan dan Program Pemecut Industri 4.0 untuk PKS. Beliau juga adalah individu yang bertanggungjawab membangunkan program Public Private Reasearch Network atau PPRN, iaitu sebuah program penyelidikan yang didorong oleh permintaan pasaran, membabitkan institusi pengajian tinggi dan PMKS pada tahun 2013.

Lulusan Doktor Falsafah Perniagaan dari Massey University Auckland, New Zealand ini turut menerbitkan buku daripada penulisan tesis pengajian beliau. Beliau terlebih dahulu melakar kecemerlangan apabila dianugerahkan Ijazah Kelas Pertama Sarjana Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa) dari Universiti Putra Malaysia dan sebelum itu, Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Kepujian) dari Queen’s University, Kanada. ย Dalam tempoh dua dekad, beliau mengikuti banyak program dan kursus untuk pembangunan kerjaya di Universiti Harvard, Universiti Oxford, Universiti Melbourne dan Jabatan Negara Amerika Syarikat. Beliau menulis beberapa buku, menerbitkan pelbagai jurnal dan sering dijemput sebagai penceramah.

Dr Syahira kini memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa Akademi Inovasi di Kolej Universiti Dublin, Ireland dan Ahli Tetap Jawatankuasa Pemandu Projek untuk Entrepreneur Enhancement Scheme di bawah SME Bank, Malaysia.

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,105
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


โœจ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—” ๐—•๐—”๐—œ๐—ž ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฃ๐—”! โœจ

Tahniah kepada usahawan spa yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun. Bertahan dan berkembang dalam industri ini bukan sesuatu yang mudah ๐Ÿ‘๐Ÿป

Kini tiba masa untuk level up.

INSKEN Bangkit Spa merupakan program bimbingan 3 bulan bersama industry coach untuk membantu meningkatkan jualan, memperkukuh operasi dan mengembangkan perniagaan ke tahap lebih berdaya saing.

๐Ÿ“ Pulau Pinang
๐Ÿ—“ 9 hingga 11 Mac 2026
๐Ÿ’ฐ RM500
๐Ÿ‘ฅ Terhad kepada 30 orang sahaja

Rasa dah sampai masa untuk pergi lebih jauh?

Daftar sekarang:
www.insken.gov.my/bangkit_spa_02

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia
... See MoreSee Less

โœจ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ

๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐ ๐Ž๐๐„๐ ๐ƒ๐€๐˜ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

INSKEN menjemput para usahawan dan bakal usahawan untuk menghadiri INSKEN Open Day 2026.

Apa yang menanti anda?
โœจ Pengenalan kepada inisiatif & peluang kerjasama bersama INSKEN
โœจ Sesi networking santai bersama komuniti usahawan
โœจ Sesi soal jawab (Q&A) secara langsung bersama pasukan INSKEN

Butiran program:
๐Ÿ—“ 13 Februari 2026, Jumaat
โฐ 2.30 petang hingga 5.30 petang
๐Ÿ“ Main Lobby Boardroom, INSKEN

Pastikan anda bersama kami. Daftar di:
www.insken.gov.my/open_day/

Setiap edisi membawa fokus dan pengalaman yang tersendiri. Nantikan tarikh yang seterusnya.

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

๐ˆ๐๐’๐Š๐„
Load more

...

3 0

...

25 0

...

6 0

...

23 0