
Kursus Asas Keusahawanan (KAK)
Kursus Asas Keusahawanan (KAK) adalah program 2 hari yang direka khas untuk usahawan baharu yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan. Dapatkan gambaran yang menyeluruh mengenai bidang keusahawanan seperti Jualan & Pemasaran, Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Operasi dan Pengurusan Kewangan.
Kursus Asas Industri
Program 3 hari ini memberikan “real-life experience” kepada individu yang ingin menceburi bisnes mengikut industri. Dilatih oleh ‘Industri Coach’ (Pemain Industri), kursus asas ini menyediakan peluang kepada para peserta untuk merasai sendiri pengalaman menguruskan bisnes dalam industri ini.


Kursus Asas Pembangunan Produk & Servis (KAPPS)
Program 3 hari yang direka khas untuk memberi kefahaman asas secara teori & teknikal terhadap proses menghasilkan produk atau servis yang relevan dan bertahan dalam pasaran. Jom belajar rancang pembangunan produk atau servis anda sebelum bermula.