Image Alt

JUNAIDA BINTI ABDUL AZIZ

  /  JUNAIDA BINTI ABDUL AZIZ

 

JUNAIDA BINTI ABDUL AZIZ

Pengarah Urusan – Noble Management & Consultancy
BisKaunselor – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)

 

 

Junaida Abdul Aziz adalah seorang perunding kewangan dan pengurusan, tenaga pengajar HRDC yang bertauliah, penceramah motivasi dan pembicara awam. Pada tahun 2020, beliau dilantik oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) sebagai salah seorang BisKaunselor – Keusahawanan Sosial. Beliau memberi penekanan khusus terhadap pembangunan insaniah wanita, belia dan kemahiran usahawan malah bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan melalui lima persatuan amal.

Junaida mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri perhotelan dan juga perkhidmatan, merangkumi jabatan operasi sehinggalah ke tahap pengurusan atasan. Kemahiran beliau di dalam beberapa bidang penting iaitu bahagian jualan, pemasaran, pengurusan dan kewangan. Pada tahun 2012, beliau berkhidmat di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), agensi di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan bagi KESEDAR Inn Sdn Bhd, KESEDAR Travel and Tours dan Pusat Latihan KESEDAR. Beliau juga memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah (Pengurusan) bagi Kolej Poly-Tech MARA-KESEDAR dan adalah antara ahli yang bertanggungjawab di peringkat penubuhan dan juga operasi kolej pertama di Gua Musang, Kelantan.

Junaida juga aktif dalam persatuan amal tempatan dan juga antarabangsa dengan pengalaman melebihi 15 tahun. Beliau menyertai Kelab Amal Rotary Kota Bharu semenjak 2006 dan telah menjadi ahli wanita pertama yang menjadi Presiden kelab pada usia 32 tahun. Beliau juga telah melakar sejarah apabila menjadi ahli wanita pertama yang dipilih menjadi Penolong Gabenor bahagian Timur yang merangkumi Kelantan dan Terengganu. Pada tahun 2020, beliau telah dilantik sebagai Ketua Wanita bagi sayap usahawanita didalam Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan (DPMMNK).

Kebolehan menerajui syarikat dan juga persatuan amal antarabangsa pada usia muda memerlukan dedikasi yang tinggi dan pada tahun 2014, Junaida telah dicalonkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur untuk satu program berprestij iaitu International Visitors Leadership Program (IVLP) dimana beliau adalah diantara 24 peserta dari pelbagai negara yang telah dipilih untuk program itu yang berlangsung selama 3 minggu di Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan satu-satunya wakil daripada Malaysia. Program yang disertai beliau bertajuk โ€œChangemakers: The Impact of Social Entrepreneurs in the U.S.โ€.

Komitmen beliau terhadap keusahawanan sosial dan membantu golongan sasar di negeri Kelantan telah mendapat perhatian pelbagai institusi dan beliau terpilih buat kali kedua untuk menyertai program berprestij tajaan kerajaan Amerika Syarikat dengan tajuk program โ€œWomen Alumni as Economic Multipliersโ€. Program 3 minggu ini telah berlangsung pada September, 2018 dan merupakan sebuah program sulung dengan hanya 43 peserta terpilih daripada 200 ribu alumni wanita seluruh dunia. Selain daripada itu, program ini mendapat pengiktirafan daripada Presiden Amerika Syarikat sendiri iaitu Donald Trump.

Kini Junaida mempunyai lebih daripada 50 rangkaian luar negara dan bergiat aktif membantu golongan sasar juga usahawan-usahawan untuk memahami apa itu Keusahawanan Sosial dan kepentingan meningkatkan ekonomi pada peringkat mikro dan makro. Cabaran pandemik tidak mematahkan semangat malahan pada awal tahun 2021, beliau telah membuka sebuah Pusat Komuniti atau ‘Community Space’ sebagai tempat gunasama usahawan daripada golongan sasar. Ini akan mengurangkan beban usahawan mikro dalam perbelanjaan pentadbiran syarikat seperti sewaan ataupun kos-kos utiliti.

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,040
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


Setiap bisnes ada fasanya untuk berkembang ke tahap seterusnya.

Apabila asas sudah kukuh, yang membezakan ialah strategi, perspektif dan akses pasaran yang tepat.

Ada masanya satu ruang perbincangan yang betul
membuka peluang yang lebih besar daripada yang disangka.

INSKEN Bangkit Market Access diwujudkan untuk fasa itu. Untuk usahawan yang bersedia melangkah dengan lebih strategik dan signifikan.

Daftar Segera:
๐Ÿ”— www.insken.gov.my/bangkit_market_01

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

Setiap bisnes ada fa

๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ

AGROPRENEUR MAMPAN: MEMPERKASA RANGKAIAN NILAI & PERTUMBUHAN PERNIAGAAN

Satu ruang perkongsian untuk melihat aliran perniagaan agro dengan lebih jelas dan memahami bagaimana setiap peringkat boleh menyumbang kepada pertumbuhan.

Program ini percuma dan terbuka kepada usahawan yang ingin menambah perspektif baharu dalam merancang langkah seterusnya.

Jika topik ini dekat dengan perniagaan anda, jangan lepaskan peluang untuk turut serta.

Daftar di:
www.insken.gov.my/mc_marketing_06

๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐
๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐‘ผ๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #GengINSKEN #HebatkanPerniagaanMalaysia #MakeMalaysianBusinessesGreat
... See MoreSee Less

๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง

Program Bangkit Grocery Store khas untuk pengusaha kedai runcit yang telah beroperasi dan mahu memperkukuh struktur perniagaan.

Mengurus kedai runcit memerlukan kawalan stok yang tepat, margin yang sihat dan aliran tunai yang stabil. Program ini membantu usahawan menambah baik operasi, strategi jualan serta pengurusan perniagaan secara lebih sistematik.

Jika anda serius untuk mengembangkan bisnes ke tahap seterusnya, ini masanya.

๐Ÿ”— Daftar di sini
www.insken.gov.my/bangkit_grocery_01

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

Program Bangkit Groc
Load more

...

2 0

...

4 0

...

6 0

...

5 0

...

8 0

...

6 0