Image Alt

DATO’ SURIANI BINTI DATO’ AHMAD

  /  DATO’ SURIANI BINTI DATO’ AHMAD

 

DATO’ SURIANI BINTI DATO’ AHMAD

KETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

 

Dilahirkan di Perlis pada 25 Julai 1968, Dato’ Suriani merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1993. Beliau kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dalam bidang Strategi dan Diplomasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2006. 

Sebaik menamatkan pengajian pada tahun 1993, beliau telah memulakan kerjaya professional di BERNAMA sebagai Eksekutif Editorial.

Pada tahun 1994, Dato’ Suriani meninggalkan BERNAMA dan menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan telah ditugaskan di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga telah dinobatkan antara pelajar terbaik dan mendapat anugerah cemerlang atas prestasi yang ditunjukkan ketika menerima Diploma Pengurusan Awam, INTAN pada tahun 1996. 

Dato’ Suriani berpengalaman luas dalam bidang perdagangan dan industri setelah hampir 12 tahun berkhidmat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan telah menyandang pelbagai jawatan bermula pada tahun 1996. Sebelum dilantik menjadi Pegawai Khas kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada tahun 2006, beliau merupakan Penolong Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Duahala dan Serantau dan juga Bahagian Kerjasama Ekonomi ASEAN MITI. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dasar dan Rundingan Pelbagaihala dan pada tahun 2008, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Bahagian Dasar dan Rundingan Pelbagaihala di MITI. Beliau juga telah diberi kepercayaan untuk mengetuai Bahagian Penyelarasan Dasar dan Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas sebagai Pengarah.

Pada tahun 2009, melalui program Cross Fertilization antara sektor awam dan sektor swasta cetusan YAB Perdana Menteri, beliau telah dipilih dan ditempatkan sebagai Pengurus Bahagian Perancangan Korporat, Proton Holdings pada 2009. Sekembalinya dari program tersebut, beliau telah ditempatkan di Kementerian Pertahanan sebagai Setiausaha Bahagian Dasar dan seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan pada tahun 2014. 

Dato’ Suriani telah bertukar ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada tahun 2015 sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) dan kemudian dinaikkan pangkat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada 2017. Pada tahun 2018, beliau telah dilantik menjadi Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan pada 1 Julai 2019, beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(KKMM). Bermula 4 November 2020, Dato’ Suriani kini merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Perkhidmatan cemerlang yang ditunjukkan oleh Dato’ Suriani telah berjaya meraih pelbagai anugerah termasuk Anugerah Pegawai Terbaik (1999) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2000). Dato’ Suriani juga telah dikurniakan dua darjah kebesaran dari Raja Perlis iaitu ‘Darjah Ahli Mahkota Perlis’ (AMP) 2006 dan ‘Darjah Seri Sirajuddin Perlis’ (DSSP) 2012. Pada tahun 2015, beliau dianugerahkan ‘Darjah Indera Mahkota Pahang’ (DIMP) dari Sultan Pahang. Dato’ Suriani juga telah dilantik sebagai Profesor Adjung Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) Universiti Utara Malaysia (UUM) bermula pada tahun 2020 sehingga 2022.

Dato’ Suriani telah berumahtangga dan mempunyai 3 cahayamata. Aktiviti kegemaran beliau adalah membaca dan melancong. 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,127
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


𝗦𝗘𝗠𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗝𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗖𝗜𝗟 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

🗓️ 9 Februari 2026
📍 Kolej Komuniti Kuching, Sarawak

INSKEN turut serta sebagai agensi pempamer bersama pelbagai agensi dan rakan strategik.

Seminar yang menghimpunkan kira kira 100 usahawan dari Kuching dan kawasan sekitar dengan fokus kepada pembudayaan keusahawanan, pengurusan perniagaan yang mampan, pendigitalan transaksi serta kesedaran terhadap perlindungan sosial dalam kalangan penjaja dan peniaga kecil.

Lebih bermakna, #GengINSKEN berpeluang bertemu semula beberapa alumni program terdahulu yang kini menunjukkan perkembangan positif dalam perniagaan masing masing.

INSKEN akan terus komited dalam memperkasa dan membangunkan usahawan termasuk di Sarawak melalui bimbingan dan sokongan yang berterusan.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia
... See MoreSee Less

𝗦𝗘𝗠𝗜𝗡Image attachmentImage attachment+5Image attachment

𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗘-𝗖𝗢𝗠𝗠𝗘𝗥𝗖𝗘 𝗔𝗡𝗗 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗥𝗞𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗧𝗥𝗔𝗜𝗡𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠𝗠𝗘 (𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟲)

🗓️ 12 & 13 February 2025
📍 Wisma Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu

INSKEN telah dijemput untuk membuka reruai pameran dan berinteraksi secara langsung dengan para usahawan yang hadir, selain berkongsi maklumat mengenai program dan inisiatif terkini yang ditawarkan.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Jonnybone J. Kurum, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah merangkap Pembantu Menteri Pengangkutan Sabah, dan menghimpunkan hampir 200 usahawan sekitar Sabah.

Penyertaan ini membuka ruang jaringan, perkongsian maklumat serta peluang kerjasama berterusan bersama komuniti usahawan di Sabah.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #GengINSKEN #HebatkanPerniagaanMalaysia
... See MoreSee Less

𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛Image attachmentImage attachment+5Image attachment

𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐘 𝐈𝐍𝐒𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏
𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓 𝐏𝐎𝐒𝐓𝐍𝐀𝐓𝐀𝐋 𝐂𝐀𝐑𝐄
📍 Royal Park Hotel @ Uniten Bangi
📅 11 hingga 13 Februari 2026

Sesi bengkel selama tiga hari ini menghimpunkan pengusaha penjagaan ibu selepas bersalin dan pusat berpantang bagi memperkukuh struktur perniagaan serta meningkatkan tahap profesionalisme perkhidmatan.

Peserta dibimbing oleh Hana Halim daripada Spaveda Solutions dengan penekanan kepada pemikiran strategik, penjenamaan yang lebih jelas, pengurusan operasi yang tersusun serta pelan tindakan 90 hari bagi memperkemas hala tuju perniagaan.

Sepanjang program, peserta diberi panduan berkaitan pengurusan kewangan, penetapan harga, penyusunan SOP, pengurusan kakitangan serta usaha meningkatkan pengalaman pelanggan dalam industri penjagaan selepas bersalin.

Program ini turut merangkumi lawatan penanda aras ke Bondahaven Wellness & Spa dan Roseville Confinement Centre bagi memberi pendedahan kepada amalan operasi sebenar dalam industri. Peserta berpeluang meneliti susun atur fasiliti, aliran kerja, pengurusan pasukan, piawaian kebersihan serta penyelarasan perkhidmatan bagi memastikan kualiti dan keselamatan pelanggan sentiasa terjaga.

Sesi perkongsian bersama Puan Radziah di Roseville Confinement Centre serta bimbingan langsung oleh Coach Hana di Bondahaven Wellness & Spa memberi gambaran jelas tentang kepentingan sistem yang teratur, pengurusan kakitangan yang berkesan serta strategi membina perniagaan yang lebih tersusun dan berdaya saing.

Industry Insight Workshop ini merupakan langkah awal dalam tempoh bimbingan selama tiga bulan. Tahniah kepada semua peserta atas komitmen yang ditunjukkan. Semoga terus berkembang dan memperkukuh perkhidmatan dalam industri penjagaan ibu dan bayi.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖,
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍!

#JomJoinINSKEN #inskenofficial #GengINSKEN #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒Image attachmentImage attachment+Image attachment
Load more