Image Alt

ANUGERAH USAHAWAN MADANI INSKEN 2025 (AUMI25)

  /  ANUGERAH USAHAWAN MADANI INSKEN 2025 (AUMI25)

INSKEN dengan julung kalinya memperkenalkan AUMI25 iaitu sebuah anugerah yang mengiktiraf usahawan alumni program latihan dan bimbingan INSKEN yang telah membuktikan kecemerlangan dalam perniagaan

Objektif AUMI25

Meraikan Kejayaan Usahawan Alumni

Menyediakan platform untuk meraikan usahawan alumni INSKEN yang telah menyertai latihan & bimbingan serta berjaya mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi.

Pengiktirafan Usahawan Berimpak

Mengiktiraf alumni INSKEN yang cemerlang sebagai usahawan berjaya yang mampu memberi impak positif kepada kemajuan dan pembangunan negara.

INSKEN Sebagai Peneraju Keusahawanan Negara

Menonjolkan peranan INSKEN sebagai agensi pembangunan keusahawanan unggul yang memperkasa usahawan selaras dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030.

Kategori Anugerah

Anugerah Usahawan

MADANI

Kategori bagi mengiktiraf usahawan yang menyelaras pertumbuhan perniagaan dengan nilai Malaysia MADANI iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Dayacipta, Hormat, Keyakinan & Ihsan.

Anugerah Usahawan

Legasi

Kategori bagi mengiktiraf usahawan yang melambangkan perjalanan kejayaan daripada permulaan hingga menjadi ikon, dengan penilaian berteraskan Prestasi Perniagaan, Keberadaan Pasaran & Inovasi.

Anugerah Usahawan

Gemilang

Kategori bagi mengiktiraf perjalanan keusahawanan dari penubuhan sehingga kejayaan terkini dengan penilaian berfokus kepada Prestasi Perniagaan, Keberadaan Pasaran, Keupayaan Pengurusan, Inovasi & ESG.

Anugerah Usahawan

Harapan

Kategori bagi mengiktiraf usahawan inspirasi yang mampu mendorong lahirnya perniagaan berjaya pada masa hadapan, dengan penilaian berfokus kepada Prestasi Perniagaan, Keupayaan Pengurusan, Inovasi & ESG.

Syarat Penyertaan Utama

  • Penyertaan terbuka kepada semua syarikat yang berdaftar dengan SSM / mana-mana badan berwajib dan berstatus sebagai Alumni INSKEN
  • Memiliki sijil atau bukti pernah menghadiri kursus anjuran INSKEN
  • Mengemukakan Penyata Kewangan yang diaudit selama 3 tahun

Maklumat Penyertaan AUMI25

PROSES MENYERTAI AUMI25

Syarikat yang layak dan berminat menyertai AUMI25 perlu:

  1. Memastikan perniagaan anda berdaftar dan merupakan alumni program INSKEN
  2. Mengemukan borang permohonan secara atas talian
  3. Melampirkan sebarang dokumen kewangan berkaitan bagi menunjukkan tahap kewangan syarikat seperti:
    – Laporan Audit (2024, 2023 dan 2022); dan/atau
    – ⁠Akaun Pengurusan (Management Account) (2024, 2023 dan 2022); dan/atau
    – ⁠Cukai Pendapatan Perniagaan (LHDN Business Income Tax) (2024, 2023 dan 2022); dan/atau
    – ⁠Penyata Bank Perniagaan (Business Bank Statement) November & Disember (2024, 2023 dan 2022); dan/atau
    – ⁠Sebarang dokumen kewangan yang sesuai bagi tujuan saringan
  4. Melampirkan profil syarikat & sijil pendaftaran syarikat (SSM / Badan Berwajib)
  5. Melampirkan sijil latihan INSKEN
  6. Melengkapkan maklumat tambahan
  7. Menghantar borang penyertaan kepada urusetia AUMI25 sebelum tarikh tutup penyertaan (31 Oktober 2025, jam 11.59pm)
PROSES PENILAIAN AUMI25
  1. Penyertaan Dibuka – pemakluman bagi menyertai anugerah melalui emel, media sosial dan platform komunikasi atas talian serta portal rasmi AUMI25
  2. Menerima borang penyertaan oleh syarikat/enterprise selewat-lewatnya sebelum atau pada 31 Oktober 2025, jam 11.59pm bersama dokumen yang diperlukan
  3. Penilaian dalaman dijalankan kepada semua syarikat/enterprise berpandukan maklumat yang dilampirkan dan menjalankan proses “Short listing’ bagi syarikat / enterprise
  4. Menjalankan audit di lapangan (on site audit) bagi syarikat/enterprise yang berjaya dalam saringan (short listing process)
  5. Pembentangan senarai cadangan pemenang kepada Jawatankuasa berkaitan
  6. Majlis Penyampaian Anugerah Usahawan MADANI 2025
TERMA DAN SYARAT
  1. Semua permohonan mesti dihantar menggunakan pautan yang telah dikemukakan.
  2. Borang penyertaan perlu disahkan oleh pegawai berpangkat tertinggi mewakili syarikat sebelum dihantar kepada urusetia anugerah.
  3. Permohonan yang tidak lengkap dan/atau dihantar selepas tarikh akhir akan ditolak secara automatik.
  4. Jika mana-mana maklumat yang diberikan oleh pemohon didapati palsu atau tidak benar atau terdapat salah nyata atau tidak lengkap, permohonan tersebut akan dibatalkan secara automatik. Perkara yang sama akan terpakai kepada mana-mana maklumat yang diberikan oleh pemenang di mana anugerah yang diberikan akan dibatalkan secara automatik.
  5. Pihak penganjur berhak untuk menggunakan maklumat bukan sulit dan logo syarikat yang diberikan oleh pemohon/pemenang sama ada dalam semua penerbitan atau lain-lain yang berkaitan dengan anugerah.
  6. Pemohon tidak boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tiap syarikat / organisasi bagi setiap kategori.
  7. Pemenang anugerah akan diumumkan pada malam Majlis Penyampaian Anugerah. Pihak penganjur berhak untuk mengambil gambar pemohon dan pemenang sebelum atau semasa Majlis Anugerah dan menggunakan gambar dan nama pemohon dan pemenang ini pada bila-bila masa, tanpa notis atau persetujuan terlebih dahulu.
  8. Semua keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur yang berkaitan dengan anugerah adalah muktamad. Tiada rayuan akan dibenarkan dan / atau dilayan.
  9. Permohonan akan dibatalkan jika Terma dan Syarat penyertaan tidak dipatuhi secara lengkap.
SOALAN LAZIM

Senarai soalan lazim boleh didapati di pautan ini.

Pertanyaan Lanjut AUMI25

Sekretariat AUMI25

Bahagian Bimbingan INSKEN

Kampus INSKEN, CoPlace 1, 2270 Jalan Usahawan 2, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

 

No Telefon: 03-83148807 (Puan Aida) | 03-83148854 (Encik Amin)

Emel: aumi@insken.gov.my

Konsultan Rasmi AUMI25

Daya Fasih Sdn. Bhd.

70-1 Amber Business Plaza 2, Jalan Jelawat 1, 56000 Cheras, Kuala Lumpur

 

WhatsApp: 012-7997739 | No Telefon: 03-91717173

Emel: dayafasih@gmail.com

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,040
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


Setiap bisnes ada fasanya untuk berkembang ke tahap seterusnya.

Apabila asas sudah kukuh, yang membezakan ialah strategi, perspektif dan akses pasaran yang tepat.

Ada masanya satu ruang perbincangan yang betul
membuka peluang yang lebih besar daripada yang disangka.

INSKEN Bangkit Market Access diwujudkan untuk fasa itu. Untuk usahawan yang bersedia melangkah dengan lebih strategik dan signifikan.

Daftar Segera:
🔗 www.insken.gov.my/bangkit_market_01

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

Setiap bisnes ada fa

𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜

AGROPRENEUR MAMPAN: MEMPERKASA RANGKAIAN NILAI & PERTUMBUHAN PERNIAGAAN

Satu ruang perkongsian untuk melihat aliran perniagaan agro dengan lebih jelas dan memahami bagaimana setiap peringkat boleh menyumbang kepada pertumbuhan.

Program ini percuma dan terbuka kepada usahawan yang ingin menambah perspektif baharu dalam merancang langkah seterusnya.

Jika topik ini dekat dengan perniagaan anda, jangan lepaskan peluang untuk turut serta.

Daftar di:
www.insken.gov.my/mc_marketing_06

𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍
𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝑼𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝑩𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #GengINSKEN #HebatkanPerniagaanMalaysia #MakeMalaysianBusinessesGreat
... See MoreSee Less

𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧

Program Bangkit Grocery Store khas untuk pengusaha kedai runcit yang telah beroperasi dan mahu memperkukuh struktur perniagaan.

Mengurus kedai runcit memerlukan kawalan stok yang tepat, margin yang sihat dan aliran tunai yang stabil. Program ini membantu usahawan menambah baik operasi, strategi jualan serta pengurusan perniagaan secara lebih sistematik.

Jika anda serius untuk mengembangkan bisnes ke tahap seterusnya, ini masanya.

🔗 Daftar di sini
www.insken.gov.my/bangkit_grocery_01

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

Program Bangkit Groc
Load more

...

2 0

...

4 0

...

6 0

...

5 0

...

8 0

...

6 0