INSKEN dengan julung kalinya memperkenalkan AUMI25 iaitu sebuah anugerah yang mengiktiraf usahawan alumni program latihan dan bimbingan INSKEN yang telah membuktikan kecemerlangan dalam perniagaan
Objektif AUMI25
Meraikan Kejayaan Usahawan Alumni
Menyediakan platform untuk meraikan usahawan alumni INSKEN yang telah menyertai latihan & bimbingan serta berjaya mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi.
Pengiktirafan Usahawan Berimpak
Mengiktiraf alumni INSKEN yang cemerlang sebagai usahawan berjaya yang mampu memberi impak positif kepada kemajuan dan pembangunan negara.
INSKEN Sebagai Peneraju Keusahawanan Negara
Menonjolkan peranan INSKEN sebagai agensi pembangunan keusahawanan unggul yang memperkasa usahawan selaras dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030.
Kategori Anugerah
Anugerah Usahawan
MADANI
Kategori bagi mengiktiraf usahawan yang menyelaras pertumbuhan perniagaan dengan nilai Malaysia MADANI iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Dayacipta, Hormat, Keyakinan & Ihsan.
Anugerah Usahawan
Legasi
Kategori bagi mengiktiraf usahawan yang melambangkan perjalanan kejayaan daripada permulaan hingga menjadi ikon, dengan penilaian berteraskan Prestasi Perniagaan, Keberadaan Pasaran & Inovasi.
Anugerah Usahawan
Gemilang
Kategori bagi mengiktiraf perjalanan keusahawanan dari penubuhan sehingga kejayaan terkini dengan penilaian berfokus kepada Prestasi Perniagaan, Keberadaan Pasaran, Keupayaan Pengurusan, Inovasi & ESG.
Anugerah Usahawan
Harapan
Kategori bagi mengiktiraf usahawan inspirasi yang mampu mendorong lahirnya perniagaan berjaya pada masa hadapan, dengan penilaian berfokus kepada Prestasi Perniagaan, Keupayaan Pengurusan, Inovasi & ESG.
Syarat Penyertaan Utama
- Penyertaan terbuka kepada semua syarikat yang berdaftar dengan SSM / mana-mana badan berwajib dan berstatus sebagai Alumni INSKEN
- Memiliki sijil atau bukti pernah menghadiri kursus anjuran INSKEN
- Mengemukakan Penyata Kewangan yang diaudit selama 3 tahun
Maklumat Penyertaan AUMI25
PROSES MENYERTAI AUMI25
Syarikat yang layak dan berminat menyertai AUMI25 perlu:
- Memastikan perniagaan anda berdaftar dan merupakan alumni program INSKEN
- Mengemukan borang permohonan secara atas talian
- Melampirkan Penyata Kewangan yang telah diaudit selama 3 tahun
- Melampirkan profil syarikat & sijil pendaftaran syarikat (SSM / Badan Berwajib)
- Melampirkan sijil latihan INSKEN
- Melengkapkan maklumat tambahan
- Menghantar borang penyertaan kepada urusetia AUMI25 sebelum tarikh tutup penyertaan (31 Oktober 2025, jam 11.59pm)
PROSES PENILAIAN AUMI25
- Penyertaan Dibuka – pemakluman bagi menyertai anugerah melalui emel, media sosial dan platform komunikasi atas talian serta portal rasmi AUMI25
- Menerima borang penyertaan oleh syarikat/enterprise selewat-lewatnya sebelum atau pada 31 Oktober 2025, jam 11.59pm bersama dokumen yang diperlukan
- Penilaian dalaman dijalankan kepada semua syarikat/enterprise berpandukan maklumat yang dilampirkan dan menjalankan proses “Short listing’ bagi syarikat / enterprise
- Menjalankan audit di lapangan (on site audit) bagi syarikat/enterprise yang berjaya dalam saringan (short listing process)
- Pembentangan senarai cadangan pemenang kepada Jawatankuasa berkaitan
- Majlis Penyampaian Anugerah Usahawan MADANI 2025
TERMA DAN SYARAT
- Semua permohonan mesti dihantar menggunakan pautan yang telah dikemukakan.
- Borang penyertaan perlu disahkan oleh pegawai berpangkat tertinggi mewakili syarikat sebelum dihantar kepada urusetia anugerah.
- Permohonan yang tidak lengkap dan/atau dihantar selepas tarikh akhir akan ditolak secara automatik.
- Jika mana-mana maklumat yang diberikan oleh pemohon didapati palsu atau tidak benar atau terdapat salah nyata atau tidak lengkap, permohonan tersebut akan dibatalkan secara automatik. Perkara yang sama akan terpakai kepada mana-mana maklumat yang diberikan oleh pemenang di mana anugerah yang diberikan akan dibatalkan secara automatik.
- Pihak penganjur berhak untuk menggunakan maklumat bukan sulit dan logo syarikat yang diberikan oleh pemohon/pemenang sama ada dalam semua penerbitan atau lain-lain yang berkaitan dengan anugerah.
- Pemohon tidak boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tiap syarikat / organisasi bagi setiap kategori.
- Pemenang anugerah akan diumumkan pada malam Majlis Penyampaian Anugerah. Pihak penganjur berhak untuk mengambil gambar pemohon dan pemenang sebelum atau semasa Majlis Anugerah dan menggunakan gambar dan nama pemohon dan pemenang ini pada bila-bila masa, tanpa notis atau persetujuan terlebih dahulu.
- Semua keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur yang berkaitan dengan anugerah adalah muktamad. Tiada rayuan akan dibenarkan dan / atau dilayan.
- Permohonan akan dibatalkan jika Terma dan Syarat penyertaan tidak dipatuhi secara lengkap.
SOALAN LAZIM
Senarai soalan lazim boleh didapati di pautan ini.
Pertanyaan Lanjut AUMI25
Sekretariat AUMI25
Bahagian Bimbingan INSKEN
Kampus INSKEN, CoPlace 1, 2270 Jalan Usahawan 2, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
No Telefon: 03-83148807 (Puan Aida) | 03-83148854 (Encik Amin)
Emel: aumi@insken.gov.my
Konsultan Rasmi AUMI25
Daya Fasih Sdn. Bhd.
70-1 Amber Business Plaza 2, Jalan Jelawat 1, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
WhatsApp: 012-7997739 | No Telefon: 03-91717173
Emel: dayafasih@gmail.com