Image Alt

KURSUS ASAS INDUSTRI

  /  KURSUS ASAS INDUSTRI

Rasai Pengalaman Sebenar Pengurusan Perniagaan!

Program 3 hari yang memberikan “real-life experience” kepada individu yang ingin menceburi perniagaan mengikut spesifik industri. Kursus ini menyediakan peluang kepada para peserta untuk merasai sendiri pengalaman menguruskan perniagaan bersama pakar industri.

 

Mulakan Perniagaan Mengikut Industri Pilihan

Perkongsian dan Latihan Asas Tips Bisnes Yang Menyeluruh

Dalami ilmu asas keusahawanan mengikut industri secara spesifik merangkumi aspek asas seperti Jualan & Pemasaran, Pengurusan Operasi, Pengurusan Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan

Dapatkan Tips Bisnes Terus Daripada Pakar Industri Yang Berkaitan

Pakar industri adalah usahawan yang berpengalaman di dalam sesebuah bisnes mengikut industri yang berkaitan.

Rasai Pengalaman Sebenar Menguruskan Perniagaan

Memberikan pengalaman sebenar menguruskan perniagaan di lapangan mengikut industri

Pelbagai Industri Yang Ditawarkan

Antara industri yang ditawarkan adalah seperti Kafe & Restoran, Bakeri, Spa, Postnatal, Klinik, Farmasi, Fertigasi, Penjagaan Warga Emas dan banyak lagi!

Hanya RM 300!

Yuran termasuk kos latihan, PERCUMA

t-shirt INSKEN, penginapan, makanan dan minuman di sepanjang program.

Apakah Pengisian Kursus Ini?

RANCANGAN PERNIAGAAN

Tips dan Amalan Terbaik Industri Berkaitan

CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN

Standard dan Garis Panduan Penubuhan Bisnes Mengikut Industri

PENGURUSAN KEWANGAN

Kos dan peralatan yang diperlukan untuk permulaan perniagaan

PENGURUSAN PERNIAGAAN

Teknik jualan yang sesuai digunakan untuk industri berkaitan

PENGURUSAN OPERASI SUMBER

Teknik pemasaran yang relevan mengikut trend terkini

PEMASARAN OFFLINE ONLINE

Pengurusan kewangan bisnes yang efektif

Siapa Perlu Hadir?

Terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ingin memulakan perniagaan dalam industri secara spesifik.

APA KATA ALUMNI KURSUS INI?

Apa yang saya dapat belajar, selama ini benda yang kita dah buat, kita rasa sudah sistematik, tapi bila kita masuk kelas ini, baru kita tahu situasi sebenar, macam mana kita nak buat loan dengan bank, macam mana kita nak berinteraksi dengan orang dan macam mana kos sebenar kita nak kira. Sangat banyak ilmu, saya suka belajar dan banyak benda saya boleh improve untuk bisnes saya.

 

Dinie Fadhli bin Khairuddin

Peserta Kursus Asas Industri Gerai Makanan & Penjaja 2023

Perniagaan Sejuk Beku, Kuantan Pahang

 

Saya rasa sangat bersyukur kerana dengan program yang INSKEN berikan ini, bukan sekadar memberi ilmu baru. Saya memang dapat banyak strategi-strategi untuk pembukaan klinik, belajar daripada asas, bagaimana penyediaan kos, pelesenan, dengan siapa kita patut hubungi, segala strategi dan paling penting dapat motivasi untuk membuat bisnes.

 

Dr Syaza

Peserta Kursus Asas Industri Klinik 2023

Petaling Jaya, Selangor

Senarai Latihan Terkini

No Results.

Daftar Minat Program 2025

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?