Image Alt

Program Latihan

  /  Program Latihan

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)

Program 2 hari yang direka khas untuk usahawan baharu yang ingin menceburkan diri di dalam dunia perniagaan. Dapatkan gambaran yang menyeluruh mengenai bidang keusahawanan seperti Jualan & Pemasaran, Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Operasi dan Pengurusan Kewangan.

Kursus Asas Keusahawanan Sosial (KAK Se)

Program 2 hari untuk usahawan permulaan yang berminat untuk menceburkan diri di dalam keusahawanan sosial. Dapatkan gambaran yang menyeluruh mengenai bidang asas pengurusan perniagaan dan pendedahan kepada elemen keusahawanan sosial.

Kursus Asas Industri

Program 3 hari ini memberikan “real-life experience” kepada individu yang ingin menceburi bisnes mengikut industri. Dilatih oleh Industry Coach, kursus asas ini menyediakan peluang kepada para peserta untuk merasai sendiri pengalaman menguruskan bisnes dalam industri.

Kursus Asas Pembangunan Produk & Servis (KAPPS)

Program 3 hari yang direka khas untuk memberi kefahaman asas secara teori & teknikal terhadap proses menghasilkan produk atau servis yang relevan dan bertahan dalam pasaran. Jom belajar rancang pembangunan produk atau servis anda sebelum bermula.

Daftar Minat Program 2025

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,137
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍 𝐅𝐈𝐍𝐀𝐍𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑𝐂𝐋𝐀𝐒𝐒 (𝐌𝐎𝐅𝐀)
𝐉𝐮𝐚𝐥 𝐁𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐓𝐚𝐤 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠? 𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐆𝐮𝐧𝐚 𝐀𝐫𝐭𝐢𝐟𝐢𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐥𝐥𝐢𝐠𝐞𝐧𝐜𝐞 (𝐀𝐈) 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐢𝐫𝐚 𝐊𝐨𝐬, 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 & 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠
📍 Tenera Hotel & Suites
📅 14 Februari 2026

Masterclass ini memperkenalkan penggunaan Artificial Intelligence (AI) dalam pengurusan kewangan bagi membantu usahawan membuat keputusan harga yang lebih tepat dan berasaskan data.

Peserta memahami struktur kos sebenar perniagaan, mengenal pasti margin keuntungan serta mengelakkan risiko penetapan harga yang boleh menjejaskan keuntungan.

Sesi ini menegaskan bahawa harga bukan sekadar angka, tetapi keputusan strategik yang menentukan keuntungan dan daya saing perniagaan.

Semoga ilmu yang diperoleh menjadi asas kepada keputusan harga yang lebih strategik dan seterusnya meningkatkan keuntungan perniagaan.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄Image attachmentImage attachment+7Image attachment

𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑𝐂𝐋𝐀𝐒𝐒 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 (𝐌𝐎𝐅𝐀)
𝐀𝐠𝐫𝐨𝐩𝐫𝐞𝐧𝐞𝐮𝐫: 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐑𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢 & 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐦𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧
📍 Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)
📅 13 Februari 2026

Sektor agromakanan merupakan antara industri penting yang menyokong keselamatan makanan negara serta membuka peluang ekonomi yang luas kepada usahawan tempatan.

Peserta didedahkan kepada cabaran utama sektor pertanian seperti perubahan iklim, kos pengeluaran dan isu tenaga kerja, di samping strategi pengurusan pemasaran, operasi dan kewangan yang lebih terancang.

Perkongsian oleh En. Mohamad Zamir Ghazali memberikan pandangan praktikal berdasarkan pengalaman industri sebenar, manakala sesi demonstrasi penanaman anak benih bawang memberi pendedahan langsung kepada proses asas pengeluaran tanaman.

Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi pemangkin kepada perkembangan perniagaan masing-masing.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄Image attachmentImage attachment+4Image attachment

INSKEN terus melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan usahawan sepanjang tahun 2025.

Sepanjang tahun lalu, seramai 20,196 usahawan telah dibimbing dengan jumlah hasil jualan direkodkan sebanyak RM22.4 juta.

Laporan penuh boleh diakses melalui pautan berikut:
1. Astro Awani
www.astroawani.com/berita-bisnes/insken-latih-20196-usahawan-jana-rm224-juta-jualan-pada-2025

2. The Star
www.thestar.com.my/business/business-news/2026/02/11/insken-leverages-ai-to-empower-entrepreneurs...

3. Utusan Borneo Online
www.utusanborneo.com.my/2026/02/11/insken-latih-20196-usahawan-jana-rm224-juta-hasil-jualan-pada-...

4. Malaysia Gazette
malaysiagazette.com/2026/02/11/insken-sasar-penskalaan-usahawan-mikro-ke-tahap-perusahaan-kecil-t...

5. Utusan Melayu Plus
utusanmelayuplus.com/insken-sasar-tingkatkan-penskalaan-usahawan-mikro-perkenal-150-program-latih...

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

INSKEN terus melaksa
Load more