PENDAFTARAN PROGRAM N-GENE TAHUN 2025 KINI DI BUKA!
Program ini merupakan sebuah Latihan Keusahawanan merangkumi Latihan & Bimbingan Perniagaan serta berpeluang mendapatkan Geran Peningkatan Perniagaan.
KELAS ONLINE Kelas Melalui Google Meet | TEMPAT TERHAD |
APA YANG ANDA AKAN DAPAT?
- Peningkatan Jualan Perniagaan Minima 20%
- Latihan Asas Perniagaan Terhad Untuk 300 Orang Sahaja
- Sesi Bimbingan & Geran Perniagaan RM 3,000 Bagi 100 Peserta Yang Terpilih
KRITERIA PESERTA
- Graduan dengan pengalaman perniagaan kurang 5 tahun (Wajib sertakan transkrip berkaitan)
- Warganegara Malaysia
- Perniagaan berdaftar dengan SSM atau Pihak Berkuasa Tempatan (Dokumen sokongan diperlukan)
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 300 orang sahaja
- Hanya 100 orang peserta yang terpilih sahaja yang layak untuk mendapatkan Geran Perniagaan
- Sebarang penukaran program adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)