
Program ini membantu usahawan mengenal pasti produk berpotensi, memperkukuh penjenamaan serta membina strategi jualan yang lebih berkesan untuk meningkatkan prestasi perniagaan secara digital.
|
LEVEL |
TEMPAT Kedah |
PENDAFTARAN PERCUMA |
APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?
- Mengenal pasti produk berpotensi dan memahami trend pasaran.
- Memahami ciri produk serta keperluan pelanggan digital.
- Membina nilai unik produk (USP), penjenamaan dan pembungkusan yang menarik.
- Menghasilkan gambar dan deskripsi produk yang berkesan.
- Memilih platform jualan yang sesuai serta merancang strategi untuk meningkatkan jualan.
SIAPA PERLU HADIR?
- Sesuai untuk usahawan yang ingin mengenal pasti produk berpotensi, memperkukuh penjenamaan dan meningkatkan jualan melalui platform digital.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 100 orang sahaja.
- Sebarang penukaran program adalah tidak dibenarkan.
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu.
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan.
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
