a

Gardenpreneur Talk Show: Putrajaya

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
27 Jun 2026 02:00:PM - 27 Jun 2026 05:00:PM
DAFTAR

Gardenpreneur Talk Show INSKEN 2026 merupakan sebuah program eksklusif yang menggabungkan sesi perkongsian ilmu, networking dan pengalaman hi-tea dalam suasana santai. Gardenpreneur bukan sekadar sesi hi-tea biasa. Ia merupakan peluang untuk bertemu individu yang mempunyai minat dan aspirasi yang sama, membina hubungan baharu serta mendapatkan inspirasi melalui perbincangan yang santai tetapi penuh nilai. Sama ada anda seorang usahawan berpengalaman atau baru ingin memulakan langkah dalam dunia perniagaan, Gardenpreneur menawarkan ruang yang sesuai untuk belajar, berhubung dan berkembang bersama komuniti usahawan.

 

LEVEL
Hi-Tea Session

TEMPAT
Putrajaya

YURAN
RM185 (termasuk Hi-Tea Session)

 

APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?

  • Menggalakkan perkongsian ilmu dan pengalaman dalam kalangan peserta.
  • Membina rangkaian profesional dan peluang kolaborasi baharu.
  • Memberi inspirasi serta pendedahan kepada trend dan perkembangan industri semasa.
  • Mewujudkan platform perbincangan yang santai tetapi berimpak tinggi.

 

SIAPA PERLU HADIR?

  • Usahawan daripada pelbagai sektor industri
  • Bakal usahawan
  • Pelajar dan graduan
  • Pensyarah dan penyelidik
  • Wakil agensi kerajaan
  • Wakil sektor korporat
  • NGO dan badan berkaitan
  • Individu yang ingin memperluaskan rangkaian profesional

 

APA YANG MENARIK?

  • Hi-Tea Networking Session
  • Talk Show Interaktif bersama panel jemputan
  • Peluang membina rangkaian profesional
  • Perkongsian idea, pengalaman dan inspirasi
  • Suasana santai dan eksklusif di taman

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my

 


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 60 orang sahaja.
  • Sebarang penukaran program adalah tidak dibenarkan.
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu.
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan.
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
27 Jun 2026 02:00:PM - 27 Jun 2026 05:00:PM
RM185
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?