Image Alt

Usahawan Bersedia Menghadapi PKP Melalui Penguasaan Platform Digital

  /  Usahawan Bersedia Menghadapi PKP Melalui Penguasaan Platform Digital

Dua tahun negara kita telah dilanda pandemik Covid-19.  Namun, sejak kebelakangan ini, angka kes positif Covid-19 semakin membimbangkan. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan telah diumumkan, tetapi sektor ekonomi masih lagi dibuka seperti biasa. Terdapat juga permintaan agar PKP dilaksanakan dengan lebih ketat dan semua sektor ekonomi perlu ditutup kecuali sektor yang penting. Apakah anda sebagai usahawan sudah bersedia jika sektor ekonomi ditutup secara keseluruhan? Adakah anda risau dan takut jika perkara ini akan menjejaskan sumber pendapatan anda?

Sepatutnya di tahun kedua pandemik ini, anda sudah bersedia terutamanya dalam menguasai platform digital. Anda sudah mempunyai pengalaman pahit pada tahun pertama pandemik. Tidak mungkin anda ingin ulangi semula situasi tersebut. Di sepanjang tahun lalu, INSKEN telah menjalankan 390 program latihan keusahawanan secara atas talian yang memfokuskan kepada topik pendigitalan. Usaha ini adalah untuk memastikan setiap usahawan sudah mahir menggunakan platform digital bagi meneruskan kelangsungan perniagaan.

Inilah masanya untuk anda menggunakan sehabis baik platform digital dalam perniagaan. Jika anda masih mempunyai rasa takut perniagaan merudum apabila PKP, ini bermakna anda belum bersedia mendigitalkan bisnes anda. Jangan ulangi kesilapan yang lama, kerana anda tidak boleh ketinggalan lagi dalam menguasai ekonomi digital. Namun begitu, anda masih belum terlambat untuk menyertai program anjuran INSKEN yang telah diadakan secara atas talian sejak pandemik bermula awal tahun lalu.  

Jangan jadikan alasan sukar untuk menyertai program secara atas talian. Tiada gajet, tiada internet dan pelbagai isu lagi. Jika anda usahawan, anda pasti akan usahakan yang terbaik demi perniagaan anda. Jika perlu keluar dari premis untuk mendapatkan capaian internet, maka itulah yang perlu anda lakukan. Perhatikan senario yang berlaku sekarang, anak-anak kecil sudah mula belajar secara atas talian. Apakah anda sebagai usahawan tidak mampu melakukannya?

 

 

Selain daripada menimba ilmu secara atas talian untuk menguasai platform digital, terdapat juga pelbagai peluang yang perlu diambil oleh usahawan melalui situasi hari ini. Permintaan gajet seperti komputer riba dan telefon mudah alih semakin tinggi. Lebih-lebih lagi, bagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak perlu menjalani kelas secara atas talian secara serentak. Namun, tidak semua golongan mampu untuk memiliki model-model gajet yang terdapat di pasaran terkini. Mungkin juga ada yang memerlukan lebih daripada 1 gajet bagi memenuhi permintaan anak atas tujuan pembelajaran. Andalah yang perlu memainkan peranan bagi memenuhi permintaan golongan ini. Sebagai contoh dengan menghasilkan gajet mampu milik dengan fungsi minima iaitu hanya untuk kegunaan kelas secara atas talian atau tawaran perkhidmatan meningkatkan jaringan internet. Inilah peluang untuk anda mengeluarkan idea kreatif dan inovatif sebagai usahawan yang mampu memudahkan urusan pelanggan. Bukankah ini juga peluang untuk menjana pendapatan ketika PKP?

Konklusinya, usahawan perlu melihat dari pelbagai sudut positif dengan situasi pandemik Covid-19 dan bukan hanya melihat ke arah negatif. Perniagaan hari ini tidak boleh bergantung secara fizikal semata-mata, malah usahawan digesa untuk membuat transformasi ke arah digital. Jika anda boleh berniaga secara atas talian, bisnes anda bukan sahaja semakin maju, malah akan lebih dikenali secara lebih meluas.

Hari ini, anda sepatutnya sudah berani menghadapi PKP dan bersiap sedia dengan pelbagai strategi pemasaran digital. Nak tambah lagi ilmu? Institut Keusahawanan Negara boleh membantu anda melalui pelbagai latihan dan bimbingan keusahawanan, klik disini untuk maklumat lanjut atau ikuti Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di media sosial Facebook dan Instagram.

4 Ya, amat menarik dan berguna
1 Tidak, ia kurang
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?

Di sepanjang bulan Ramadan ini, kami akan kongsikan video-video ilmiah dan motivasi daripada Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah bagi sesi Pengisian Rohani Ramadan.

Video yang pertama untuk minggu ini adalah mengenai cara menjadi insan yang terbaik seolah-olah tiada hari esok. Ingat, tiada manusia yang sempurna. Maka, janganlah anda bandingkan diri anda dengan orang lain tetapi bandingkanlah diri anda yang sebelum ini dengan diri anda hari ini.

Ikuti kupasannya dalam perkongsian yang bertajuk Anjakan Paradigma Orang Cemerlang.

Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.

#inskenofficial
#inskenprihatin
#jomjoininsken
#keluargausahawan
...

KEUNTUNGAN MENU UNTUK PERNIAGAAN F&B

Jom kami kongsikan sedikit apa yang akan dipelajari di sepanjang 2 hari program ini dijalankan:

1. Mengira semua kos dengan tepat
2. Mengira kos setiap menu dan period cost
3. Menarik perhatian dan meningkatkan selera pelanggan melalui penggunaan peralatan dan warna

Berminat? Daftar segera program ini yang akan diadakan pada:

Keuntungan Menu Untuk Perniagaan F&B
Tarikh: 24-25 Mei 2023
Tempat: Kuching, Sarawak
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KeuntunganME_2302

#JomJoinINSKEN
#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

INSKEN ingin memperkenalkan satu lagi industri baharu yang ditawarkan untuk Program IBBC iaitu Kraf & Hiasan.

Anda sedang menjalankan perniagaan tembikar, anyaman, tenunan, batik, ukiran, tekat atau apa sahaja yang berkaitan dengan kraf dan hiasan andalah yang kami cari!

Industry Coach akan memberikan bimbingan kepada anda selama 4 bulan untuk meningkatkan hasil jualan minima 20%

Program IBBC Kraf & Hiasan akan bermula pada 5 Mei 2023. Jika anda berminat, daftar segera di www.rebrand.ly/INSKEN_IBBC

#JomJoinINSKEN
#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Program bulan Mac semua dah full tau. Program yang seterusnya akan diadakan pada bulan Mei sehingga Julai. Jom lihat senarainya!

1. Membina SOP Untuk Perniagaan Postnatal
Tarikh: 17-18 Mei 2023
Pautan: www.rebrand.ly/SOP-Postnatal_2301

2. Kursus Asas Industri Bisnes Spa
Tarikh: 19-21 Mei 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/INBT2023_Spa

3. Keuntungan Menu Untuk Perniagaan F&B
Tarikh: 24-25 Mei 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KeuntunganME_2302

4. Kursus Asas Industri Bisnes Bakeri
Tarikh: 26-28 Mei 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/INBT2023_Bakeri

5. Kursus Asas Industri Bisnes Klinik
Tarikh: 2-4 Jun 2021
Tempat: Bangi
Pendaftaran: www.rebrand.ly/INBT2023_Klinik

6. Pengurusan Pelanggan Untuk Perniagaan Kecil
Tarikh: 6-7 Jun 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/CRM_2301

7. Kursus Asas Industri Bisnes Printing
Tarikh: 28-30 Julai 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/INBT2023_Printing

Daftar segera sementara masih ada kekosongan!

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Anda baru sahaja mula berniaga?

Perlukan bimbingan dari pakar untuk meningkatkan lagi perniagaan?

INSKEN telah membuka pendaftaran bagi Program Bimbingan Usahawan Permulaan (Start-Up Coaching) 2023.

Program bimbingan ini akan memberi peluang kepada usahawan permulaan untuk mempelajari teknik & amalan terbaik industri untuk memulakan perniagaan. Peserta akan mendapat bimbingan intensif sebanyak 5 kali secara fizikal bersama pakar industri & kaunselor perniagaan.

Yuran penyertaan adalah RM500.00 sahaja yang telah merangkumi kos penginapan, makan, minum dan bimbingan sepanjang 6 bulan program.

Daftar segera di www.rebrand.ly/Start-Up_Coaching2023

#JomJoinINSKEN
#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

MEMBINA SOP UNTUK PERNIAGAAN POSTNATAL

Ini antara yang korang akan pelajari dalam masa 2 hari nanti:

1. Keperluan dan kepentingan SOP dalam menjalankan bisnes postnatal
2. Cara mudah dan efektif penyediaan SOP
3. Keberkesanan SOP dalam mengekalkan prestasi perniagaan dan pengurusan postnatal

Bukan 3 perkara ni je tau, tapi ada banyak lagi yang trainer akan cover untuk membantu anda membina SOP yang padu!

Program: Membina SOP Untuk Perniagaan Postnatal
Tarikh: 17-18 Mei 2023
Tempat: Hotel Mardhiyyah Shah Alam
Pendaftaran: www.rebrand.ly/SOP-Postnatal_2301

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Miliki T-shirt INSKEN yang kini dijual di Shopee! Dapatkannya sementara semua saiz masih ada.

Selain T-shirt INSKEN, anda juga boleh membeli Buku Rekod Tunai Saya, Rekod Stok Saya dan Buku Panduan Asas Keusahawanan (PadU) di Shopee INSKEN Official.

Pautan: https://shopee.com.my/inskenofficial

#JomJoinINSKEN
#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Dekat Sabah memang banyak tempat tarikan pelancong untuk dilawati. Bila sesuatu tempat tu selalu dikunjungi pelancong, dah tentu tempat penginapan pun mesti banyak. Salah satunya adalah homestay!

Siapa dekat Sabah yang sedang mengusahakan bisnes homestay? Atau mungkin mak ayah korang yang tengah mengusahakan bisnes ini di kampung?

Jom kita bantu anda semua meningkatkan hasil jualan bisnes homestay melalui Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC).

Program bimbingan daripada industri coach ini akan bermula pada 12 April 2023. Jika anda berminat, daftar segera di www.rebrand.ly/INSKEN_IBBC

#JomJoinINSKEN
#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Adakah anda baru sahaja memulakan bisnes postnatal?

Perlukan bimbingan one-on-one daripada Industry Coach dan Biskaunselor INSKEN?

Kami ada program yang sangat sesuai untuk usahawan permulaan khususnya dalam bisnes postnatal.

INSKEN Start-Up Coaching Postnatal akan dijalankan selama 6 bulan dan dalam tempoh tersebut anda akan diberikan:

1. Workshop pengenalan industri selama 3 hari 2 malam secara fizikal
2. Sesi lawatan penanda aras - 1 kali secara fizikal
3. Penilaian diagnostik perniagaan yang menyeluruh untuk mengenal pasti tahap ketersediaan perniagaan semasa
4. Latihan Khusus Teknikal Perniagaan – 2 kali secara fizikal.
5. Sesi bimbingan sebanyak 5 kali secara fizikal bersama pakar industri & Biskaunselor INSKEN

Yuran Penyertaan adalah RM500.00 sahaja yang telah merangkumi kos penginapan, makan, minum dan bimbingan sepanjang 6 bulan program.

Jika anda berminat, daftar segera di www.rebrand.ly/Start-Up_Coaching2023

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Berita baik untuk anda!

Buat pertama kalinya INSKEN akan menjalankan Kursus Asas Industri Klinik kepada anda yang baru ingin memulakan bisnes dalam industri ini.

Tapi, untuk yang dah start bisnes klinik pun boleh join tau!

Banyak ilmu yang akan dikongsikan oleh Industry Player dari Megaklinik Zahran mengenai latihan asas, tips bisnes dan paling best, anda berpeluang untuk menguruskan bisnes ini sendiri selama satu hari.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Kursus Asas Industri Klinik yang pertama ini!

Kursus ini akan diadakan pada:
Tarikh: 2-4 Jun 2023
Tempat: Bangi Selangor
Pendaftaran: www.rebrand.ly/INBT2023_Klinik

#JomJoinINSKEN
#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Insken Facebook Messenger

Facebook