Image Alt

Notis 30 Hari Membakar Semangat Untuk Bangkit Menggunakan Platform Digital

  /  Notis 30 Hari Membakar Semangat Untuk Bangkit Menggunakan Platform Digital

“Saya diberi tempoh 30 hari untuk keluar dari premis kerana tidak mampu lagi untuk membayar tunggakan kos operasi yang mencecah puluhan ribu ringgit.”
– Puan Widad Fitriah

 

Hampir tersungkur dan tidak mampu bangkit apabila wanita berusia 32  tahun ini juga terkesan ekoran Pandemik COVID-19. Ketika itu, segala usahanya hampir 2 tahun seakan-akan berada di penghujung dan Teratak Ilmu seperti tidak dapat diselamatkan lagi. Impian untuk membantu anak muda menguasai Bahasa Arab dan Jawi bakal terkubur.

 

Teratak Ilmu merupakan pusat pembangunan ilmu yang memberi fokus kepada subjek Bahasa Arab dan Jawi. Di awal pembukaannya pada 1 Ogos 2018, Puan Widad hanya mempunyai belasan pelajar yang ingin mempelajari subjek tersebut. Pendapatan bulanannya ketika itu tidak mampu untuk menampung sewa premis, apatah lagi kos operasi yang lain termasuklah gaji pekerja.

 

Namun, anak kelahiran Johor ini tidak pernah berputus asa untuk memajukan perniagaannya sehingga di awal tahun 2020, Puan Widad mulai nampak perkembangan perniagaannya. Namun ianya  hanyalah seketika kerana dugaan Pandemik COVID-19 pula melanda negara.   

 

Maka bermulalah episod Teratak Ilmu tidak dapat beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Tiada pendapatan selama 3 bulan berturut-turut namun Puan Widad tidak memberhentikan pekerjanya. Beliau sedaya-upaya mencari jalan penyelesaian untuk menyelamatkan perniagaannya. Pencarian program latihan keusahawanan mula dibuat dan Puan Widad menjumpai Online Onboarding Coaching Programme (E-Board) anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

 

Hasratnya adalah untuk beliau sendiri mempelajari teknik pemasaran secara atas talian dan juga untuk pekerjanya menguasai platform digital melalui Program E-Board. Puan Widad mengikuti program ini selama 4 bulan secara atas talian. Pendedahan maksima diberikan mengenai platform atas talian seperti Whatsapp, Facebook dan Telegram. Lebih menarik, beliau dibimbing oleh pakar untuk menguasai salah satu platform tersebut khususnya teknik pemasaran secara atas talian dengan lebih mendalam dan intensif.

 

Keputusan untuk membuat teknik pemasaran secara atas talian melalui bimbingan ternyata membuahkan hasil positif.  Puan Widad merupakan usahawan yang berjaya melonjakkan jualan sebanyak 528% dan sekaligus menyumbang kepada peningkatan tertinggi bagi peserta kohort 1 program E-Board.

 

Menurut Puan Widad Fitriah, syarikatnya telah menerima arahan untuk keluar dari premis perniagaan dalam masa 30 hari kerana tidak mampu lagi untuk membayar kesemua kos operasi yang tertunggak dan telah mencecah puluhan ribu ringgit. Namun, setelah mengikuti program E-Board dan mempelajari teknik pemasaran secara atas talian, Puan Widad berjaya melunaskan kesemua tunggakan tersebut. Tambah beliau lagi, kesemua kos operasi Teratak Ilmu kini 100% mampu dibayar menggunakan hasil jualannya berbanding dahulu yang terpaksa menggunakan sumber pendapatan lain untuk menampung kesemua kos tersebut. Pencapaian ini sudah berjaya dikekalkan selama 4 bulan berturut-turut, hasil daripada bimbingan melalui program E-Board.

 

Sehingga hari ini, Teratak Ilmu sudah mempunyai lebih 60 pelajar yang hadir ke kelas Bahasa Arab dan Jawi secara fizikal. Pendaftaran pelajar dari luar negeri Johor juga semakin meningkat dan beliau bercita-cita untuk menganjurkan kelas secara atas talian bagi memenuhi permintaan tersebut pada tahun 2021.

20 Ya, amat menarik dan berguna
Tidak, ia kurang
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)

Anda ingin mempelajari perkara asas dalam perniagaan?
Atau ingin memperbaiki perkara asas dalam perniagaan anda?

Kursus Asas Keusahawanan (KAK) adalah untuk anda!

Program ini akan membantu anda menguasai perkara asas di dalam bidang keusahawanan melalui modul-modul yang amat bermanfaat untuk perniagaan anda.

Ilmu yang anda perolehi dapat membantu kelangsungan bisnes anda dan melebihi daripada nilai pelaburan untuk menyertai program ini. Daftar segera kerana tempat adalah terhad.

Kusus Asas Keusahawanan (KAK)
Tarikh: 29-30 Januari 2022
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_Online2202

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
#bangsausahawan
...

PROGRAM LATIHAN SECARA FIZIKAL!

Ya, betul apa yang anda baca ini. INSKEN sudah mula menjalankan program secara fizikal dan Program Menghasilkan Video Pemasaran Media Sosial Dengan Smartphone adalah yang pertama dibuka untuk kesemua usahawan.

Inilah masanya untuk anda asah bakat nak buat video tu bersama usahawan-usahawan lain. Kalau tak tahu macam mana nak shoot, tak mahir nak buat editing, apa lagi.. Terus tanya trainer tu nanti.

Anda akan sama-sama shoot serta edit video tu dan anda akan pulang dengan 1 video pemasaran selepas tamat program ini nanti. Balik je program dah boleh guna video tu untuk promote produk korang tau!

Jom sertai program ini yang akan diadakan pada 29-30 Januari 2022 di Best Western i-City Shah Alam. Daftar sekarang di www.rebrand.ly/Video_Online2201

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
#bangsausahawan
...

Sejak kebelakangan ni banyak betul berita melibatkan kerosakan alam sekitar. Bohong kalau rasa tak risau dengan berita kemusnahan alam.

Tapi apa yang kita boleh buat? Eh dalam masa yang sama kita pun nak buat bisnes. Pening pulak.

Pernah dengar perusahaan sosial? Hah itulah jawapan kepada persoalan di atas. Kita boleh buat bisnes, jana untung dan pelihara alam sekitar dalam masa yang sama! Itu belum lagi impak sosial tau kepada penduduk setempat.

Tapi, ada impak bisnes ke bisnes kita, macam mana pulak nak kira impaknya?

Persoalan akan terjawap dalam kelas Kursus Asas Keusahawanan Sosial anjuran INSKEN tau.

Jom daftar sekarang!

Tarikh: 10 & 11 Februari 2022
Link: www.rebrand.ly/KAKSe_Online2201

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
#bangsausahawan
...

Tahun baru ni, azam nak mulakan bisnes baru, nak jadi usahawan baru!

Jom kami bantu anda untuk capai azam tahun ini.

Apa kata anda mulakan dengan bisnes dropship dahulu?

Langkah pertama, sertai Program DNA dan anda akan diberikan pendedahan mengenai konsep bisnes dropship dan ejen daripada usahawan berpengalaman yang turut menjalankan bisnes dengan konsep ini.

Lepastu nak jadi dropship untuk produk apa?

Macam-macam produk akan ditawarkan melalui program ini, ada farm Fresh, Das Abdul, Dexandra, dan banyak lagi. Anda hanya perlu memilih salah satu produk yang anda berminat untuk menjadi dropship dan boleh terus mula menjual tanpa menggunakan modal.

Jika berminat, daftar segera Program Dropship 101 yang akan diadakan pada:

Tarikh: 29-30 Januari 2022
Pendaftaran: http://www.rebrand.ly/DNA_Dropship101

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
#bangsausahawan
...

Adakah anda berminat untuk menjalankan perniagaan bakeri tetapi tak pasti nak mulakan macam mana?

Maklumlah nak menguruskan operasi bisnes seperti bakeri ni, pelbagai perkara asas perlu dititikberatkan. Senang cerita tak boleh "main langgar" je.

Nak pastikan korang tak "main langgar" je, kami di INSKEN menyediakan kursus Latihan Asas Bakeri kepada semua golongan masyarakat yang ingin menjana pendapatan. Syaratnya anda perlu berminat dan komited di sepanjang program ini dijalankan.

Ini juga merupakan peluang untuk anda menimba ilmu dan merasai sendiri pengalaman dalam industri ini bersama pemain industri yang hebat dan tidak asing lagi iaitu Anne Idris.

Jom daftar segera kerana tempat adalah terhad!

Latihan Asas Bakeri
Tarikh: 4-6 Februari 2022
Pendaftaran: www.rebrand.ly/INBT2022_Bakeri01

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
#bangsausahawan
...

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)

Anda ingin mempelajari perkara asas dalam perniagaan?
Atau ingin memperbaiki perkara asas dalam perniagaan anda?

Kursus Asas Keusahawanan (KAK) adalah untuk anda!

Program ini akan membantu anda menguasai perkara asas di dalam bidang keusahawanan melalui modul-modul yang amat bermanfaat untuk perniagaan anda.

Ilmu yang anda perolehi dapat membantu kelangsungan bisnes anda dan melebihi daripada nilai pelaburan untuk menyertai program ini. Daftar segera kerana tempat adalah terhad.

Kusus Asas Keusahawanan (KAK)
Tarikh: 29-30 Januari 2022
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_Online2202

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
#bangsausahawan
...

Insken Facebook Messenger

Facebook