Image Alt

Notis 30 Hari Membakar Semangat Untuk Bangkit Menggunakan Platform Digital

  /  Notis 30 Hari Membakar Semangat Untuk Bangkit Menggunakan Platform Digital

“Saya diberi tempoh 30 hari untuk keluar dari premis kerana tidak mampu lagi untuk membayar tunggakan kos operasi yang mencecah puluhan ribu ringgit.”
– Puan Widad Fitriah

 

Hampir tersungkur dan tidak mampu bangkit apabila wanita berusia 32  tahun ini juga terkesan ekoran Pandemik COVID-19. Ketika itu, segala usahanya hampir 2 tahun seakan-akan berada di penghujung dan Teratak Ilmu seperti tidak dapat diselamatkan lagi. Impian untuk membantu anak muda menguasai Bahasa Arab dan Jawi bakal terkubur.

 

Teratak Ilmu merupakan pusat pembangunan ilmu yang memberi fokus kepada subjek Bahasa Arab dan Jawi. Di awal pembukaannya pada 1 Ogos 2018, Puan Widad hanya mempunyai belasan pelajar yang ingin mempelajari subjek tersebut. Pendapatan bulanannya ketika itu tidak mampu untuk menampung sewa premis, apatah lagi kos operasi yang lain termasuklah gaji pekerja.

 

Namun, anak kelahiran Johor ini tidak pernah berputus asa untuk memajukan perniagaannya sehingga di awal tahun 2020, Puan Widad mulai nampak perkembangan perniagaannya. Namun ianya  hanyalah seketika kerana dugaan Pandemik COVID-19 pula melanda negara.   

 

Maka bermulalah episod Teratak Ilmu tidak dapat beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Tiada pendapatan selama 3 bulan berturut-turut namun Puan Widad tidak memberhentikan pekerjanya. Beliau sedaya-upaya mencari jalan penyelesaian untuk menyelamatkan perniagaannya. Pencarian program latihan keusahawanan mula dibuat dan Puan Widad menjumpai Online Onboarding Coaching Programme (E-Board) anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

 

Hasratnya adalah untuk beliau sendiri mempelajari teknik pemasaran secara atas talian dan juga untuk pekerjanya menguasai platform digital melalui Program E-Board. Puan Widad mengikuti program ini selama 4 bulan secara atas talian. Pendedahan maksima diberikan mengenai platform atas talian seperti Whatsapp, Facebook dan Telegram. Lebih menarik, beliau dibimbing oleh pakar untuk menguasai salah satu platform tersebut khususnya teknik pemasaran secara atas talian dengan lebih mendalam dan intensif.

 

Keputusan untuk membuat teknik pemasaran secara atas talian melalui bimbingan ternyata membuahkan hasil positif.  Puan Widad merupakan usahawan yang berjaya melonjakkan jualan sebanyak 528% dan sekaligus menyumbang kepada peningkatan tertinggi bagi peserta kohort 1 program E-Board.

 

Menurut Puan Widad Fitriah, syarikatnya telah menerima arahan untuk keluar dari premis perniagaan dalam masa 30 hari kerana tidak mampu lagi untuk membayar kesemua kos operasi yang tertunggak dan telah mencecah puluhan ribu ringgit. Namun, setelah mengikuti program E-Board dan mempelajari teknik pemasaran secara atas talian, Puan Widad berjaya melunaskan kesemua tunggakan tersebut. Tambah beliau lagi, kesemua kos operasi Teratak Ilmu kini 100% mampu dibayar menggunakan hasil jualannya berbanding dahulu yang terpaksa menggunakan sumber pendapatan lain untuk menampung kesemua kos tersebut. Pencapaian ini sudah berjaya dikekalkan selama 4 bulan berturut-turut, hasil daripada bimbingan melalui program E-Board.

 

Sehingga hari ini, Teratak Ilmu sudah mempunyai lebih 60 pelajar yang hadir ke kelas Bahasa Arab dan Jawi secara fizikal. Pendaftaran pelajar dari luar negeri Johor juga semakin meningkat dan beliau bercita-cita untuk menganjurkan kelas secara atas talian bagi memenuhi permintaan tersebut pada tahun 2021.

23
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
209,092
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


INSKEN berbesar hati menghadiri Majlis Penutup SEAM Kohort 1 anjuran Biji-Biji Initiative (BBI) bersama IKEA Social Entrepreneurship (ISE) sebagai sebahagian daripada peranan INSKEN dalam jawatankuasa penasihat program Social Enterprise Accelerator Malaysia (SEAM).

Majlis ini menandakan penutup kohort pertama SEAM yang menghimpunkan perusahaan sosial, agensi kerajaan serta rakan ekosistem bagi sesi pembentangan dan perkongsian hasil pelaksanaan program dalam memperkukuh keupayaan serta impak perusahaan sosial. Sesi dimulakan dengan ucapan oleh Encik Rashvin Pal, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Biji-Biji Initiative dan Mereka, serta pengenalan program oleh Cik Tirva Voss daripada IKEA Social Entrepreneurship.

Sebanyak 10 perusahaan sosial Kohort 1 telah membentangkan inisiatif masing-masing, merangkumi Angel Community, Batik Boutique, Earth Heir, Lemme Learn, Asli Co., Saving Graze, Moms Village, Oupus Organics, Upcycled by Fuze Ecoteer dan Jiwa Asli, yang mencerminkan kepelbagaian pendekatan dan fokus impak sosial.

INSKEN akan terus memainkan peranan dalam menyokong pembangunan perusahaan sosial melalui fasilitasi strategik serta kerjasama bersama rakan ekosistem di Malaysia.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

INSKEN berbesar hatiImage attachmentImage attachment+2Image attachment

Majlis Amanat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tahun 2026 menegaskan hala tuju KUSKOP selari dengan RMK13.

Fokus diberikan kepada penskalaan PMKS serta pemerkasaan koperasi, perusahaan sosial dan perniagaan inklusif.

Melalui Teras Strategi ABCD dan Agenda Rekayasa KUSKOP, penekanan diberikan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih pantas, telus dan mesra perniagaan.

Amanat ini menjadi asas tindakan bersama bagi memastikan setiap inisiatif memberi impak nyata kepada usahawan dan rakyat.

#inskenofficial #hebatkanperniagaanmalaysia
#makemalaysianbusinessesgreat
#MalaysiaMadani
... See MoreSee Less

Load more

...

8 0

...

14 0

...

5 0

...

4 0

...

29 2

...

10 2

...

9 1

...

2 0
@inskenofficial