Image Alt

DROPSHIP BIKIN DUIT

  /  DROPSHIP BIKIN DUIT

Keriuhan suara murid-murid di bilik dariah dan aktiviti luar yang dijalankan bersama mereka hanya tinggal kenangan buat seorang guru yang bersara pada Jun 2021. Kini Mohd Zabidi Nordin, 56, dari Ulu Kinta, Perak memanfaatkan masa yang terluang dengan menjual pelbagai batik jenama Noor Arfa menerusi Program Usahawan Bisnes Dropship dan Ejen (DNA) anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). 

 

Beliau mula menceburi bidang permiagaan pada 9 November 2021 selepas bergelar Noor Arfa Stylist. Sebelum itu beliau berkhidmat sebagai seorang guru selama hampir 31 tahun. “Antara produk yang saya jual ialah sarung batik, kain pasang. blaus, kaftan, pelekat, poncho dan lain-lain lagi. Saya jual produk tersebut melalui platform e-dagang Shopee dan Lazada dengan nama BIZKIS serta membuat pemasaran melalui media sosial WhatsApp dan Facebook peribadi.” kata anak kelahiran Balu Kurau, Perak

 

Menceritakan pembabitan awal dalam dunia perniagaan, anak ketiga daripada sembilan beradik itu berkata, ia bermula selepas melihat perniagaan dalam talian berkembang pesat sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. 
(PKP) dilaksanakan.

Selepas bersara saya tidak mengambil masa yang lama untuk berehat, saya buat keputusan untuk memulakan kerjaya baru dalam bidang perniagaan.

 

“Dalam tempoh PKP kita semua kena berkurung dalam rumah bagi mengelakkan jangkitan Covid-19. Saya nampak perniagaan online sangat rancak. Kenderaan syarikat kurier kerap keluar masuk kawasan perumahan untuk menghantar barang-barang pelanggan,” katanya.
Kata bapa kepada dua anak itu, perniagaan online dilihat mempunyai potensi untuk berjaya tetapi masalah utama ketika itu ialah cara untuk memulakan perniagaan. Disebabkan isu itu, beliau mengambil keputusan untuk menyertal program-program anjuran INSKEN bagi mempelajari ilmu perniagaan.

 

“Mula-mula saya mengikuti Kursus Asas Keusahawanan Sosial (KAK Se) pada 25 hingga 26 September 2021 yang dijalankan secara online melalui Google Meet. “Saya pilih INSKEN kerana yurannya sangat murah, hanya RM50 sahaja pada masa itu. Tambahan pula INSKEN
merupakan agensi di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),” katanya.

 

Menurutnya, sebagai bekas kakitangan kerajaan, beliau yakin dengan program latihan dan bimbingan yang disediakan oleh agensi tersebut. “Selepas tamat kursus itu, INSKEN perkenalkan program baru Iaitu Program Usahawan Bisnes Dropship dan Ejen (Program DNA). Melalui program tersebut, INSKEN berkolaborasi dengan pemilik perniagaan sedia ada untuk membantu peserta program memulakan perniagaan dropship.”Saya terus memohon untuk menyertai program tersebut kerana tertarik dengan tagline Mulakan Bisnes Anda Bersama Kami dan oleh kerana saya memang baru nak mulakan bisnes, saya fikir eloklah ikuti program itu. Sebelum menyertai INSKEN, saya tak pernah menghadiri apa-apa kursus berkaitan bidang perniagaan.

 

“Selepas Kursus Asas Dropship selama dua hari, saya memilih untuk menjadi dropship Noor Arfa. Alhamdulillah, permohonan saya diterima dan bermulalah kerjaya baru saya dalam bidang perniagaan, katanya. Mengulas lebih lanjut, Cikgu Zabidi berkata, beliau mendapat gambaran keseluruhan mengenai alam perniagaan selepas mengikuti Kursus Asas Keusahawanan Sosial (KAK Se). Menurutnya, terdapat sembilan modul yang diajar dan kesemua modul itu membantunya membuat rancangan perniagaan. Manakala Program DNA pula memberikan pendedahan tentang konsep dan sistem periagaan dropship secara menyeluruh.

 

“Alhamdulillah, kursus anjuran INSKEN in sangat menarik dan berkesan. la banyak membantu saya bagi memulakan perniagaan. Apa yang dipelajari itu dapat saya praktikkan ketika menjalankan perniagaan dropship Noor Arfa. “Pihak Noor Arfa pula memberikan latihan dan bimbingan berterusan bagi meningkatkan jualan seterusnya menambahkan pendapatan,” katanya.

 

 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,105
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


✨ 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗦𝗣𝗔! ✨

Tahniah kepada usahawan spa yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun. Bertahan dan berkembang dalam industri ini bukan sesuatu yang mudah 👏🏻

Kini tiba masa untuk level up.

INSKEN Bangkit Spa merupakan program bimbingan 3 bulan bersama industry coach untuk membantu meningkatkan jualan, memperkukuh operasi dan mengembangkan perniagaan ke tahap lebih berdaya saing.

📍 Pulau Pinang
🗓 9 hingga 11 Mac 2026
💰 RM500
👥 Terhad kepada 30 orang sahaja

Rasa dah sampai masa untuk pergi lebih jauh?

Daftar sekarang:
www.insken.gov.my/bangkit_spa_02

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia
... See MoreSee Less

✨ 𝗕𝗘𝗥𝗜

𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐍 𝐃𝐀𝐘 𝟐𝟎𝟐𝟔

INSKEN menjemput para usahawan dan bakal usahawan untuk menghadiri INSKEN Open Day 2026.

Apa yang menanti anda?
✨ Pengenalan kepada inisiatif & peluang kerjasama bersama INSKEN
✨ Sesi networking santai bersama komuniti usahawan
✨ Sesi soal jawab (Q&A) secara langsung bersama pasukan INSKEN

Butiran program:
🗓 13 Februari 2026, Jumaat
⏰ 2.30 petang hingga 5.30 petang
📍 Main Lobby Boardroom, INSKEN

Pastikan anda bersama kami. Daftar di:
www.insken.gov.my/open_day/

Setiap edisi membawa fokus dan pengalaman yang tersendiri. Nantikan tarikh yang seterusnya.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄
Load more

...

3 0

...

25 0

...

6 0

...

23 0