Image Alt

BESAR PERANAN, BESAR TANGGUNGJAWAB

  /  BESAR PERANAN, BESAR TANGGUNGJAWAB

Demikianlah amanah dipikul Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dalam membantu dan membimbing usahawan di negara ini.

Dengan tanda kata “Memperkasa Usahawan Hari Esok”, INSKEN komited menjalankan tanggungjawab dan fungsinya sebagai sebuah agensi yang melaksanakan program latihan dan bimbingan keusahawanan seiring dengan perubahan teknologi masa kini sekaligus memenuhi keperluan dan permintaan industri semasa.

Bagi menyelami tugas dan cabaran dihadapi INSKEN, Majalah Sosial Bispoint telah menemubual Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin. Menyentuh sejarah awal bersama INSKEN, Muhd Firdaus memaklumkan beliau dilantik sebagai CEO INSKEN mulai 15 Februari tahun 2017. Menurutnya, ketika itu INSKEN sebuah unit di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bertindak menjalankan program-program pembangunan usahawan. “Bermula 2018 apabila Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) diaktifkan semula oleh kerajaan, INSKEN dibawa keluar daripada TERAJU dan diletakkan di bawah kawal selia KUSKOP menjadi sebuah agensi penuh,” katanya. Seiring perkembangan itu katanya, INSKEN yang sebelum ini hanva memberi fokus kepada usahawan bumiputera telah diberikan peranan lebih luas.

 

“Apabila kita mula mengambil langkah sebagai sebuah agensi penuh, skop yang dilakukan INSKEN berbeza. Dulu kita hanya atur program-program untuk bumiputera, tetapi sekarang skop INSKEN terbuka kepada program keusahawanan untuk semua peringkat masyarakat dan usahawan di dalam negara,” kataпуа.

 

Bagaimanapun akuinya, bukan mudah untuk INSKEN menjalankan tanggungjawabnya berikutan hanyalah sebuah agensi paling kecil di bawah KUSKOP. “Kami hanya mempunyai 63 kakitangan dan belanja yang kecil setiap tahun,”katanya. Sehubungan itu, INSKEN sentiasa mengubah dan  mengambilkira apakah keperluan semasa usahawan-usahawan yang ada di luar sana.

 

Bercakap berkaitan jumlah usahawan yang ada di negara ini, Muhd Firdaus berkata, berdasarkan statistik, lebih dua juta orang usahawan dalam kategori mikro direkodkan. “Jika kita lihat di negara ini, apabila bercakap tentang usahawan, kita perlu tengok usahawan yang mana satu? Ramai orang sebut usahawan secara ‘cliché saja. Di radio macam-macam sekarang ini, sudah jadi satu industri untuk buat duit dengan usahawan. Itu menunjukkan betapa ramainya usahawan di luar sana.

 

“Secara statistik usahawan berdaftar di negara ini seramai satu juta orang di mana lebih daripada 90 peratus adalah usahawan mikro. la bermakna pendapatan mereka kurang daripada RM300,000 setiap tahun.”

 

“Tetapi data daripada jabatan statistik juga menunjukkan usahawan yang tidak berdaftar ada lebih kurang 1.2 juta, hampir 100 peratus usahawan tidak berdaftar ini adalah usahawan mikro. Bila kita bercakap tentang usahawan kita bercakap tentang siapa? Siapa sebenarnya target klien kita? Jika bercakap tentang usahawan mikro yang pendapatan kurang daripada RM300,000 setahun bermakna kita bercakap tentang usahawan yang menjalankan perniagaan kecil,” katanya

 

Justeru dalam memastikan matlamat membantu usahawan tercapai, beliau berkata, INSKEN dari masa ke masa akan melihat golongan usahawan manakah yang perlu dibantu. “Apabila Covid-19 melanda negara pada tahun 2020, kami melihat kumpuIan usahawan paling terjejas adalah usahawan kecil, mikro dan informal yang tidak mempunyal keupayaan menaikkan perniagaan mereka ke dunia digital.

“Semua orang cakap sahaja untuk digitalkan perniagaan, ‘talk is cheap‘. Tapi siapa yang betul-betul nak duduk depan usahawan? Nak ajar mereka macam mana nak digitalkan perniagaan mereka? Jadi itulah konsentrasi apa yang kita dah lakukan sewaktu mula PKP pada tahun 2020. Kita jalankan banyak latihan dan bimbingan untuk bantu usahawan-usahawan yang mahu mendigitalkan perniagaan mereka,” katanya

 

Begitu pun katanya, pada tahun 2022 kebanyakannya telah berbeza apabila ramai usahawan berpindah ke alam digital dan ia memberikan cabaran lain kepada INSKEN. Oleh sebab itu kami di INSKEN setiap tahun akan buat perancangan apakah cabaran-cabaran baru untuk usahawan-usahawan mikro dan kecil. Kami tengok cara terbaik yang kami boleh bantu mereka. “Paling penting untuk kami di INSKEN, setiap program yang kami lakukan mestilah program yang bersasar dan mempunyai ‘outcome’. Kami tidak akan lakukan sesuatu semata-mata nak jalankan program saja.”

 

“Apabila kita sebut outcome bererti kita mahu lihat peningkatan jualan, akses pasaran, serta mengukur kejayaan mereka. Untuk kami nak jalankan satu-satu program itu akan kami rangka sebaik-baik mungkin.” katanya.

 

Dalam pada itu Muhd Firdaus berkata, INSKEN tidak akan menganjurkan program yang telah dijalankan pihak lain kerana itu prinsip yang dipegang agensi itu. “Jika orang lain dah banyak buat program dan latihan sama ada dari agensi lain atau swasta, maka kami tidak akan melakukan perkara sama kerana ia sudah ada dalam pasaran. Buat apa nak buat lagi? Jangan ulang. Duit kerajaan yang diberikan kepada INSKEN, kami cuba jalankan program yang orang lain belum buat supaya usahawan di luar sana dapat kepelbagaian,” katanya. Tambahnya, program INSKEN juga tidak terlepas dari ‘diceduk’ pihak lain namun bagi Firdaus ia satu perkara yang positif.

 

“Saya sangat suka ia berlaku. Apabila mereka dah inovasi program kami, kami akan berhenti buat program yang sama dan fokus program lain.” katanya. Berkongsi rahsia kekuatan dan kejayaan INSKEN membantu para usahawan keluar dari masalah dihadapi, Muhd Firdaus akui ia adalah kerana niat yang lurus untuk membantu orang ramai. “Niat nak tolong orang itu penting. Saya selalu bercakap berpuluh-puluh kali sampai semua orang dalam INSKEN bosan bahawa ketika kita rasa keliru, tercabar, letih dan putus asa buat kerja di INSKEN, maka ingat dan perbaharui semula niat kita. Sentiasalah ingat dengan niat asal, niat itu akan berikan bimbingan saat kita hadapi masalah,” katanya yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam operasi dan pengurusan am yang pelbagai termasuk minyak dan gas, kurier, logistik dan rantaian bekalan, pelancongan, pembinaan dan industri pembangunan hartanah.

 

Kongsinya, sebelum berlangsungnya program besar, beliau akan menghimpunkan para pegawai dan kakitangan INSKEN untuk membetulkan semula niat masing-masing dan tindakan itu jelas melancarkan setiap program yang dianjurkan. Ibarat pepatah semakin padi berisi semakin menunduk, Muhd Firdaus seorang lepasan Universiti Negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat dengan Ijazah Sarjana Muda Sains (Dengan Kepujian) Petroleum dan Gas Asli enggan mengaitkan kejayaan seseorang usahawan adalah daripada INSKEN semata-mata. Menurutnya, banyak pihak membuat tuntutan bahawa merekalah yang melahirkan satu-satu usahawan sedangkan secara dasarnya tidak begitu.

 

Ini kerana katanya, seseorang usahawan yang berjaya melalui pelbagai proses dan dibantu oleh banyak pihak dan agensi. “Pembiayaan, latihan, pembangunan diberikan oleh orang yang berbeza. Kadang-kadang premis untuk berniaga pun pihak lain bagi. Jadi sangat tidak tepat jika sesiapa saja mengatakan dia melahirkan usahawan. Tak betul. Pada saya, saya tak sanggup buat kenyataan begitu. Saya sangat berhati-hati untuk katakan bahawa seseorang usahawan itu berjaya kerana INSKEN melainkan ia keluar dari mulut usahawan itu sendiri.

 

“Macam INSKEN kami tak ada pembiayaan. Satu sen pun kami tak bagi pinjaman, pembiayaan atau geran pada orang lain melainkan ia program khas. Mungkin ada sedikit tapi selalunya 99 peratus, kami tak beri apa-apa pembiayaan, premis mahu pun peralatan perniagaan. Kami hanya beri ilmu dan bimbingan tetapi itu pun tidak cukup untuk berjaya kerana ia perlu ada modal, premis dan peralatan. Maka di sebalik itu, kami hubungkan para usahawan dengan lain-lain agensi kerajaan untuk membantu mereka.” katanya.

 

Berkongsi perancangan INSKEN bagi tahun ini, Muhd Firdaus berkata, pihaknya akan cuba memenuhi citarasa pelanggan yang mahukan kelas secara fizikal walaupun kos penganjurannya tiga kali ganda lebih mahal daripada kelas dalam talian yang diadakan sejak tahun 2020. Enam tahun bersama INSKEN pastinya ada momen indah yang tidak dapat dilupakan dan bagi Muhd Firdaus, saat itu adalah apabila ada bekas peserta program INSKEN menegurnya. “Sampai sekarang saya rasa “surprise”, ke mana saja saya pergi di seluruh negara, contohnya ketika tengah makan, akan ada yang datang tegur. Perasaan ini seperti jadi guru dalam tempoh 30 atau 40 tahun, tiba-tiba bekas anak murid datang bertegur sapa.

Ya, amat menarik dan berguna
Tidak, ia kurang
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)

Khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course, dapatkan gambaran awal mengenai bisnes bersama kami di INSKEN!

Program ini akan membantu anda menguasai perkara asas di dalam bidang keusahawanan melalui lapan modul utama yang akan memberi manfaat kepada bisnes anda. Ilmu yang akan diperolehi boleh membantu anda memulakan bisnes dengan betul dan meneruskan kelangsungan bisnes anda.

KAK akan diadakan di beberapa lokasi seperti berikut:

Kuala Terengganu
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

2. Melaka
Tarikh: 22-23 Julai 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2307

3. Kota Penampang, Sabah
Tarikh: 29-30 Julai 2023
Pendaftaran:www.rebrand.ly/KAK_2308

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)

Khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course, dapatkan gambaran awal mengenai bisnes bersama kami di INSKEN!

Program ini akan membantu anda menguasai perkara asas di dalam bidang keusahawanan melalui lapan modul utama yang akan memberi manfaat kepada bisnes anda. Ilmu yang akan diperolehi boleh membantu anda memulakan bisnes dengan betul dan meneruskan kelangsungan bisnes anda.

KAK akan diadakan di beberapa lokasi seperti berikut:

Kuala Terengganu
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

2. Melaka
Tarikh: 22-23 Julai 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2307

3. Kota Penampang, Sabah
Tarikh: 29-30 Julai 2023
Pendaftaran:www.rebrand.ly/KAK_2308

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

INSKEN ingin memperkenalkan satu lagi industri baharu yang ditawarkan untuk Program IBBC iaitu Kraf & Hiasan.

Anda sedang menjalankan perniagaan tembikar, anyaman, tenunan, batik, ukiran, tekat atau apa sahaja yang berkaitan dengan kraf dan hiasan andalah yang kami cari!

Industry Coach akan memberikan bimbingan kepada anda selama 4 bulan untuk meningkatkan hasil jualan minima 20%

Program IBBC Kraf & Hiasan akan bermula pada 10 Julai 2023. Jika anda berminat, daftar segera di www.rebrand.ly/INSKEN_IBBC

#JomJoinINSKEN
#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Macam mana nak jaga pelanggan? Ini antara yang korang kena buat:

1. Melaksanakan sistem automasi untuk aktiviti pemasaran
2. Merancang pelan Komunikasi pelanggan
3. Memanfaatkan 3 alat database
4. Menggunakan teknik asas database marketing

Kalau tak tahu nak buat semua ni, jom sertai Program Pengurusan Pelanggan Untuk Perniagaan Kecil yang akan diadakan pada:

Tarikh: 6-7 Jun 2023
Tempat: Ancasa Hotel, Kuala Lumpur
Pendaftaran: www.rebrand.ly/CRM_2301

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Kursus Asas Keusahawanan (KAK) adalah program 2 hari direka khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course.

Apa yang dapat dipelajari dari program ini?

☑️ Ketahui kepentingan pendaftaran bisnes dan hala tuju bisnes yang jelas
☑️ Pengurusan Organisasi Bisnes dan Pelan Tindakan yang efektif
☑️ Pelajari Tips Bina Jenama melalui teknik pemasaran yang berkesan
☑️ Mendalami serta menguasai produk atau servis melalui SWOT Analysis
☑️ Mengurus simpan kira bisnes dan mengenalpasti untung rugi bisnes anda

Yuran pendaftaran hanya RM300 termasuk penginapan dan makan minum perserta.

Tidak lupa juga PERCUMA buku panduan asas usahawan INSKEN (PadU). Pada yang berminat, boleh mendaftar di:

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Tempat: Kuala Terengganu
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

Daftar segera kerana tempat adalah terhad!

#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
#jomjoininsken
...

This error message is only visible to WordPress admins
There has been a problem with your Instagram Feed.
Insken Facebook Messenger

Facebook