Image Alt

BIMBINGAN INSKEN – BISNES ZAINOL MULAI DIKENALI WARGANET

  /  BIMBINGAN INSKEN – BISNES ZAINOL MULAI DIKENALI WARGANET

Tidak sekadar mencari alternatif permiagaan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebaliknya Zainol Lat tekad menceburkan diri dalam bidang lantai termasuk servis pemasangan selepas melihat pemain industri dalam sektor in agak terbatas. Usahawan berusia 46 tahun ini berkata keputusan menjalankan perniagaan itu dibuat selepas bisnes percetakan dan cenderahati yang dijalankan sejak 2009 terjejas akibat PKP.

 

“Sebelum itu saya bekerja di sebuah firma pengiklanan dan sekarang ini saya meneroka bidang baru iaitu perniagaan lantai dan servis pemasangannya.  Bisnes ini baru dibuat pada PKP pertama dan idea tercetus sebab industri ini hanya dipelopori oleh satu kelompok sahaja.” katanya. Jelasnya, dua lantai yang dijual termasuk servis pemasangan ialah jenis Stone Plastic Composite (SPC) dan Vinyl Homogeneous. “Lantai SPC adalah inovasi lantai baharu yang menjadi pilihan ramai hari ini. SPC antara lantai terbaik dan terkini selepas laminate, vinyl dan parquer.

 

 

“Manakala lantai homogeneous ialah lantai jenis yang dipasang di hospital dan kawasan pejabat,” katanya. Bercerita lanjut, Zainol berkata, sebelum beliau berdepan cabaran mempromosikan perniagaannya walaupun sudah mengiklankan di Facebook. Beliau akui tidak mempunyai asas dan kaedah pengiklanan yang betul di media sosial. Berikutan itu, Zainol mendaftarkan diri dalam kursus anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) selepas menerima maklumat daripada isterinya sendiri.

 

Kebetulan orang rumah saya bekerja di Perbadanan Harta Intelek Malavsia (MIPO) dan dia selalu berurusan dengan banyak agensi termasuk INSKEN. Jadi dia cadangkan untuk saya tanya INSKEN berkaitan kursus yang boleh membantu dalam perniagaan. Jadi selepas hubungi INSKEN, saya memilih untuk masuk kelas Online Onboarding Coaching Programme (E-Board) yang memfokuskan kepada Facebook dengan yuran hanya RM 100,kata bapa kepada empat anak itu. 

 

Menurut Zainol, kaedah pembelajaran di INSKEN sangat mudah difahami kerana setiap peserta akan dibimbing langkah demi langkah. “INSKEN ajar satu demi satu. Daripada tiada halaman Facebook kepada ada dan hinggalah sampai ada yang WhatsApp kita. Jika kita ada produk A, tak semestinya kita hanya boleh jual produk A tetapi kita boleh promo juga produk B dan C menggunakan platiorm sama, katanya. Hasil ikuti kursus itu, bisnes lantai mula mendapat perhatian khususnya bagi warganet setelah berjaya menguasai teknik pemasaran di Facebook.

 


Menurutnya, kebanyakan pelanggan yang membuat tempahan mendapat info perniagaannya daripada halaman Facebook. Dari kosong ilmu pengetahuan, saya dibimbing cara iklankan produk di Facebook. Contoh dari 30 yang bertanya, insya-Allah seorang atau dua akan close sale. Itu pun dah cukup. Alhamdulillah, dah banyak tempat kami pasang lantai ikut kehendak pelanggan. “Kebanyakan pelanggan ialah syarikat dan mereka yang tinggal di rumah persendirian di taman dan juga banglo, kata bekas penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang Sarjana Muda Komunikasi Massa itu.


Kata anak ketiga daripada lima beradik tersebut, ilmu INSKEN itu turut dipraktikkan bagi bisnes percetakan dan cenderamata yang sebelum ini telah mati bagaikan hidup semula. Pendapatan selepas PKP nak kata memberangsangkan sepenuhnya itu tak juga, setidak-tidaknya saya boleh selesaikan komitmen bulanan katanya yang menjalankan bisnes dari rumah kecuali percetakan.

 

1
1
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
209,091
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡

Setiap usahawan ada cerita sendiri.
Ada yang baru bermula, ada yang sedang bertahan, dan ada yang mahu melangkah lebih jauh.

Di INSKEN, perancangan inisiatif 2026 bermula dengan memahami realiti sebenar di lapangan.

Maklumat yang anda kongsikan melalui borang ini akan membantu kami merangka program yang lebih dekat dengan keperluan sebenar usahawan dan memberi impak yang bermakna.

Sertai inisiatif ini di sini:
👉 www.insken.gov.my/JJI26

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔

Photos from Sabah Creative Economy and Innovation Centre's post ... See MoreSee Less

Image attachment

𝟐 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈 - 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

2 hari lagi menjelang Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2026 bertemakan “Mempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi”.

📅 𝟏𝟓 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬)
🕙 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢
📍 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐃𝐞’ 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐄𝐧𝐝𝐨𝐧, 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀𝐏𝐔𝐑𝐈, 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚

Ikuti siaran langsung melalui 𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢.

#JabatanPerdanaMenteri
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#AmanatKSN2026

@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmo
... See MoreSee Less

Load more

...

6 0

...

130 27

...

85 8

...

13 0

...

8 0

...

8 0

...

9 0
@inskenofficial