Image Alt

MELUNCUR LAJU – HANNAE MIRAE BANGKIT LEPAS SERTAI INSKEN

  /  MELUNCUR LAJU – HANNAE MIRAE BANGKIT LEPAS SERTAI INSKEN

Bermula dengan suka-suka menjual telekung solat, seorang wanita dari Setia Alam, Shah Alam bagaikan bermimpi apabila pendapatannya kini mencecah sebanyak RM300,000 sebulan. Menurut Muzlina Murat, 41, jualan telekung berjenama Hanna Mirae itu dimulakan bersama suami, Zailan Kamaruzaman, 44, secara kecil-keci-lan dan ketika itu beliau masih berkhidmat di sebuah bank. “Saya mula berniaga telekung pada 2014 dan waktu itu syarikat pun belum daftar lagi. Tahun pertama perniagaan telekung kami sudah mendapat permintaan dan kami berdua yang menguruskan semua daripada pembungkusan sampailah kepada pemasaran.”


“Siang kami bekerja, malam kami berdua mulakan pembungkusan tudung yang ditempah. Suami saya memberi sokongan penuh usaha ini,’ kata anak ketiga daripada 11 beradik ini. Menurutnya, bidang perniagaan itu diceburi sepenuh masa pada 2015 selepas terpaksa berpindah dari Puchong ke Balakong dan beliau membuat keputusan berhenti kerja kerana sukar untuk menguruskan anak pulang dari sekolah.

 


“Selepas berhenti kerja, saya fokus buat sendiri berniaga dari rumah selama setahun. Sampailah pada 2016, saya buka pejabat dan ambil dua pekerja. Tugas mereka hanya menjawab WhatsApp.” katanya.
Kata Muzlina, di peringkat awal penghasilan telekung, beliau hanya membuat lakaran design berkonsepkan umrah dan haji sebelum diberikan kepada tukang jahit.


Sasaran pembeli saya waktu itu adalah wanita berusia 30 tahun ke atas yang mahu mengerjakan umrah dan haji. “Saya tak panda menjahit, saya pandai design saja yang dipelajari daripada internet. Jadi saya akan minta tukang jahit buatkan sampailah dapat hasil yang diinginkan,” katanya yang ingin melakukan kelainan dalam corak rekaan telekung di negara ini.

 

Katanya, permintaan terhadap telekung Hanna Mirae naik mendadak ketika berlakunya pandemik Covid-19 pada tahun 2020. Beberapa bulan sebelum pandemik saya telah tukar konsep telekung kepada konsep pengantin dan hadiah dengan menyasarkan wanita muda bersia 20 tahun ke atas dan bakal pengantin. Selepas menukar konsep itu, pendapatan saya naik berganda-ganda.


“Sewaktu 2014 hinggalah sebelum pandemik pendapatan diraih bagi jualan telekung ini sekitar RM60,000 hingga RM100,000 sebulan. Namun semasa pandemik pendapatan meningkat kepada RM200,000 sebulan,” katanya yang tidak menggunakan pinjaman mahupun bantuan geran kerajaan.

 


Ujar anak kelahiran Jelebu, Negeri Sembilan ini, perniagaan semakin maju selepas menyertai Business Enhancement Programme (BEP) yang dianjurkan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) selama tiga bulan. “Masalah saya ketika itu tidak cukup stok, jadi pihak INSKEN menasihati saya untuk membuat pengeluaran telekung sendiri. INSKEN banyak membantu memberi nasihat. Pada waktu itu saya masih takut-takut nak buat production sendiri.


“Tetapi selepas menerima nasihat daripada jurulatih INSKEN, saya kini sudah mempunyai 28 kakitangan termasuk 13 tukang jahit sendiri. Jurulatih juga membantu saya membuat pengiraan kos dan sebagainya.” katanya. Bercerita cabaran sepanjang mengendalikan perniagaan berkenaan, ibu kepada empat anak itu mengakui telekung Hanna Mirae berdepan dengan produk tiruan. “Banyak saingan meniru produk telekung Hanna Mirae sama ada dari segi rekaan mahupun konsep tudung.


Jatuh bangun itu biasa tetapi jangan sesekali putus asa. Teruskan apa yang kita nak buat. Orang nak tiru kita pun biarkan saja dia tiru, kita bergerak dengan lebih baik lagi. Maka orang yang meniru itu tidak akan mencapai apa yang kita dapat.” katanya.

 

 

 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
209,099
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


Bila pengurusan staf dan kedai dibuat dengan betul, bisnes jadi lebih teratur.
Bila ada bimbingan yang berterusan, keputusan pun lebih jelas.

Ilmu yang dipelajari di INSKEN bukan sekadar untuk difahami. Bila diamalkan, jualan meningkat, aliran kerja lebih lancar dan pengurusan masa semakin baik. Peningkatan ini bukan sementara, tetapi berterusan.

Pelanggan semakin konsisten, pesanan masuk tanpa henti dan operasi bisnes berjalan dengan lebih tersusun.
Inilah hasil apabila ilmu dan bimbingan digabungkan dengan tindakan.

Setiap usahawan melalui perjalanan dan cabaran yang tersendiri.
Perkongsian anda melalui borang ini membantu INSKEN memahami realiti sebenar usahawan dan merangka inisiatif yang lebih dekat dengan keperluan semasa serta memberi impak yang bermakna.

Jika ingin berkongsi pandangan dan pengalaman bisnes anda, sila isi borang di sini:
👉 www.insken.gov.my/JJI26

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡

Setiap usahawan ada cerita sendiri.
Ada yang baru bermula, ada yang sedang bertahan, dan ada yang mahu melangkah lebih jauh.

Di INSKEN, perancangan inisiatif 2026 bermula dengan memahami realiti sebenar di lapangan.

Maklumat yang anda kongsikan melalui borang ini akan membantu kami merangka program yang lebih dekat dengan keperluan sebenar usahawan dan memberi impak yang bermakna.

Sertai inisiatif ini di sini:
👉 www.insken.gov.my/JJI26

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔

Photos from Sabah Creative Economy and Innovation Centre's post ... See MoreSee Less

Image attachment
Load more

...

6 0

...

130 27

...

85 8

...

13 0

...

8 0

...

8 0

...

9 0
@inskenofficial