Image Alt

BUKAN SEKADAR SPA

  /  BUKAN SEKADAR SPA

Di sebalik perniagaan IEQA Beauty De Spa, pusat rawatan dan kecantikan wanita itu sebenarnya telah membantu ramai beliawanis di Pantai Timur menjana pendapatan termasuk menyediakan kursus latihan secara intensif kepada mereka. Pengurusnya, Wan Hamzulaikha Wan Salleh, 41, berkata, IEQA Spa beroperasi sejak 2009 di Gua Musang dengan menjalankan semua jenis servis spa dan antaranva ialah estetik, rawatan muka, refleksologi, urutan, bekam dan postnatal.

 

Saya bermula buka kedai dari 2009 dengan buat servis spa biasa, kemudian kami memainkan peranan sebagai pusat latihan kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kemasukan pertama ialah pada tahun 2010, kita ambil pelajar dari Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDARI) kata bekas penuntut Ijazah Sariana Muda Periagaan dari Universiti Utara Malavsia (UUM) ini. Anak keempat dari sembilan beradik ini berkata, kursus latihan selama lapan bulan itu menyediakan elaun dengan waktu bekerja bermula jam lapan pagi hingga lima pelang. “Hingga kini setiap tahun, kami akan membuat sama ada satu atau dua pengambilan.”

 

Kami bukan pusat latihan kemahiran yang biasa-biasa tetapi sama tarat dengan Institut Kemahiran Belia Negara dan Institut Latihan Perindustrian dan Giat Mara kerana kami mengeluarkan Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) yang ditauliahkan JPK, katanya.  Wan Hamzulaikha berkata, bagi membantu para wanita, lEQA Beauty & Spa turut memyediakan peluang pekerjaan dan latihan kepada ibu tunggal, lepasan universiti yang menganggur termasuk pelajar-pelajar tercicir dengan syarat pandai menulis dan membaca sahaja.

 

Bercerita lanjut, Wan Hamzulaikha memberitahu yang perniagaannya beralih operasi di Jelawat Bachok pada 2015 kerana mengikut suami berpindah ke sana. “Di Gua Musang urutan kita lebih kepada aromaterapi dan urutan Thai, bila sampai di Bachok permintaan pelanggan lebih kepada urutan tradisional. “Postnatal pun pelanggan mahu kaedah tradisional, jadi di Bachok saya jumpa orang-orang hebat dalam urutan postnatal bagi mempelajari kaedah lanjut dalam bidang itu,” katanya.

 

Dalam memastikan bidang postnatal berkembang luas, Wan Hamzulaikha berkata, tahun lalu beliau mengikuti Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) yang dianjurkan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) secara dalam talian. “Banyak input yang saya perolehi daripada INSKEN dan semuanya bagus-bagus. Antara yang dipelajari ialah kaedah pemasaran menggunakan media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram selain diajar cara membuat pakej-pakej pengiklanan,” katanya.

 

Tambahnya, dirinya sangat kecewa apabila tidak dapat mengikuti kelas akaun dianjurkan INSKEN akibat positif Covid-19 ketika itu. Jadi slot akaun sahaja yang saya tidak dapat nak sertai, rasa rugi sangat. Sedangkan saya betul-betul nak belajar kursus tersebut.” kataпуа.

 

Katanya, menggunakan kaedah promosi yang diajar INSKEN, pendapatan perniagaannya turut bertambah berbanding kebiasaan. Pendapatan yang diraih selepas sertai kursus INSKEN itu meningkat membantu menambah
pendapatan permiagaan saya.  Secara keseluruhan, boleh dikatakan sebanyak 70 peratus saya dapat apa yang diajar INSKEN. Jika bersemuka saya yakin, pemahaman saya pasti akan lebih.” katanya. Wan Hamzulaikha berkata, untuk menambahkan lagi ilmu perniagaan, beliau akan mengikuti kursus INSKEN yang akan diadakan secara fizikal di Kuala Lumpur dan Kelantan tahun ini. 

 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
209,099
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


Bila pengurusan staf dan kedai dibuat dengan betul, bisnes jadi lebih teratur.
Bila ada bimbingan yang berterusan, keputusan pun lebih jelas.

Ilmu yang dipelajari di INSKEN bukan sekadar untuk difahami. Bila diamalkan, jualan meningkat, aliran kerja lebih lancar dan pengurusan masa semakin baik. Peningkatan ini bukan sementara, tetapi berterusan.

Pelanggan semakin konsisten, pesanan masuk tanpa henti dan operasi bisnes berjalan dengan lebih tersusun.
Inilah hasil apabila ilmu dan bimbingan digabungkan dengan tindakan.

Setiap usahawan melalui perjalanan dan cabaran yang tersendiri.
Perkongsian anda melalui borang ini membantu INSKEN memahami realiti sebenar usahawan dan merangka inisiatif yang lebih dekat dengan keperluan semasa serta memberi impak yang bermakna.

Jika ingin berkongsi pandangan dan pengalaman bisnes anda, sila isi borang di sini:
👉 www.insken.gov.my/JJI26

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡

Setiap usahawan ada cerita sendiri.
Ada yang baru bermula, ada yang sedang bertahan, dan ada yang mahu melangkah lebih jauh.

Di INSKEN, perancangan inisiatif 2026 bermula dengan memahami realiti sebenar di lapangan.

Maklumat yang anda kongsikan melalui borang ini akan membantu kami merangka program yang lebih dekat dengan keperluan sebenar usahawan dan memberi impak yang bermakna.

Sertai inisiatif ini di sini:
👉 www.insken.gov.my/JJI26

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔

Photos from Sabah Creative Economy and Innovation Centre's post ... See MoreSee Less

Image attachment
Load more

...

6 0

...

130 27

...

85 8

...

13 0

...

8 0

...

8 0

...

9 0
@inskenofficial