Image Alt

PAU LAKU KERAS

  /  PAU LAKU KERAS

Penangan  Pau Azhar membuatkan pemiliknya ‘pening kepala’ berikutan permintaan terhadap produk yang mempunyai pelbagai jenis inti itu semakin digemari penggemar pau khususnya di bandar Kamunting dan Taiping, Perak. Menyingkap semula kisah di sebalik pau sejuk beku laku keras itu, ia bermula selepas Azhar Mat Desa, 47, mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pegawai bank pada 2013 bersama isterinya yang juga pekerja di tempat sama.

 

 

Menurut lelaki asal Taiping ini, mereka terpaksa berhenti kerja kerana enggan terlibat dengan urusan riba selain keinginan untuk menjalankan perniagaan sendiri. Beliau berkata, perniagaan pertama selepas berhenti ialah mengusahakan mini pizza dan roti dari rumah yang dijual kepada jiran-jiran dan ia berterusan hampir setahun sehinggalah mereka berpindah ke Kamunting.

 

“Anak turut bawa ke sekolah dan jual pada kawan-kawannya tetapi tidak lama kerana aduan dari pihak kantin. Pada masa sama, setiap hari raya saya sudah mula buat kek lapis Sarawak dan pau sejuk beku. Apabila sudah banyak permintaan barulah kami mencari kedai pada 2019,” katanya yang mempunyai ramai ejen termasuk dalam kalangan guru, jururawat dan kakitangan swasta. Menurutnya, jualan ‘jatuh’ lebih 70 peratus akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020. “Sewaktu PKP masih ada lagi permintaan kerana ia makanan sejuk beku, pelanggan boleh simpan di rumah sebagai bekalan makanan epanjang tempoh PKP.

 

 

Kedai kami hanya beroperasi untuk membuat pau sejuk beku tetapi permintaannya tidak lah seperti biasa,” katanya. Azhar berkata, pada tahun 2020 beliau menyertai Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) Bakeri yang dianjurkan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) bagi mendalami ilmu perniagaan. “Dengan adanya jurulatih iaitu Abang Jaq Osman’, telah membuka mata saya bahawa sebenarnya ada banyak cara lebih efektif dan unik untuk kita pasarkan perniagaan. Walaupun bukan secara dalam talian namun secara offline pun sebenarnya berkesan.

“Saya sudah nampak kaedah dan teknik yang berkesan untuk kembangkan perniagaan seperti apa diajar. Antaranya ialah berkaitan kaedah pemasaran, pengurusan kos dan kewangan susun atur kedai dan kaedah menembusi pasaran yang lebih besar. “Bagi saya, ilmu yang diajar oleh coach INSKEN tak dapat di tempat lain, ia sangat bermanfaat. Di tempat lain pasti kita terpaksa bayar dengan harga yang sangat mahal untuk mendapatkan ilmu tersebut, dan saya sangat terhutang budi dengan coach Abang ‘Jaq Osman’ dan pihak INSKEN,” katanya.

 

Menurutnya, ilmu daripada INSKEN membantu menaikkan jualan pau dan kek lapis selepas ia terjejas akibat PKP sebelum ini. Graf jualan memberangsangkan namun beliau akui masih belum dapat gunakan sepenuhnya ilmu yang diajar kerana masalah kekangan pekerja untuk memenuhi permintaan pasaran. “Ketika ini pau dihasilkan separuh melalui mesin dan separuh lagi secara manual. Dengan kekangan pekerja, membuatkan pengeluaran pau terhad.”

 

“Disebabkan itu, saya tak dapat keluarkan lebih untuk pasaran dan buat masa ini jika ejen membuat tempahan banyak, mereka terpaksa tunggu antara satu hingga tiga hari kerana pengeluaran sedia ada hanya mampu menghasilkan pau sekitar 900 biji sehari sahaja,” katanya. Menjadi harapan bapa kepada empat anak itu meluaskan empayar perniagaan Pau Azhar namun satu perkara yang perlu dicapai ialah mendapatkan mesin yang menghasilkan pau secara automatik sepenuhnya. “Perancangan saya untuk dapatkan mesin pau yang sesuai yang berharga lebih RM150,000. Dengan mesin itu, insya-Allah dapatlah saya pasarkan pau saya di kawasan utara Semenanjung,” katanya.

 

3 Ya, amat menarik dan berguna
Tidak, ia kurang
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)

Khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course, dapatkan gambaran awal mengenai bisnes bersama kami di INSKEN!

Program ini akan membantu anda menguasai perkara asas di dalam bidang keusahawanan melalui lapan modul utama yang akan memberi manfaat kepada bisnes anda. Ilmu yang akan diperolehi boleh membantu anda memulakan bisnes dengan betul dan meneruskan kelangsungan bisnes anda.

KAK akan diadakan di beberapa lokasi seperti berikut:

Kuala Terengganu
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

2. Melaka
Tarikh: 22-23 Julai 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2307

3. Kota Penampang, Sabah
Tarikh: 29-30 Julai 2023
Pendaftaran:www.rebrand.ly/KAK_2308

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)

Khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course, dapatkan gambaran awal mengenai bisnes bersama kami di INSKEN!

Program ini akan membantu anda menguasai perkara asas di dalam bidang keusahawanan melalui lapan modul utama yang akan memberi manfaat kepada bisnes anda. Ilmu yang akan diperolehi boleh membantu anda memulakan bisnes dengan betul dan meneruskan kelangsungan bisnes anda.

KAK akan diadakan di beberapa lokasi seperti berikut:

Kuala Terengganu
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

2. Melaka
Tarikh: 22-23 Julai 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2307

3. Kota Penampang, Sabah
Tarikh: 29-30 Julai 2023
Pendaftaran:www.rebrand.ly/KAK_2308

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

INSKEN ingin memperkenalkan satu lagi industri baharu yang ditawarkan untuk Program IBBC iaitu Kraf & Hiasan.

Anda sedang menjalankan perniagaan tembikar, anyaman, tenunan, batik, ukiran, tekat atau apa sahaja yang berkaitan dengan kraf dan hiasan andalah yang kami cari!

Industry Coach akan memberikan bimbingan kepada anda selama 4 bulan untuk meningkatkan hasil jualan minima 20%

Program IBBC Kraf & Hiasan akan bermula pada 10 Julai 2023. Jika anda berminat, daftar segera di www.rebrand.ly/INSKEN_IBBC

#JomJoinINSKEN
#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Macam mana nak jaga pelanggan? Ini antara yang korang kena buat:

1. Melaksanakan sistem automasi untuk aktiviti pemasaran
2. Merancang pelan Komunikasi pelanggan
3. Memanfaatkan 3 alat database
4. Menggunakan teknik asas database marketing

Kalau tak tahu nak buat semua ni, jom sertai Program Pengurusan Pelanggan Untuk Perniagaan Kecil yang akan diadakan pada:

Tarikh: 6-7 Jun 2023
Tempat: Ancasa Hotel, Kuala Lumpur
Pendaftaran: www.rebrand.ly/CRM_2301

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Kursus Asas Keusahawanan (KAK) adalah program 2 hari direka khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course.

Apa yang dapat dipelajari dari program ini?

☑️ Ketahui kepentingan pendaftaran bisnes dan hala tuju bisnes yang jelas
☑️ Pengurusan Organisasi Bisnes dan Pelan Tindakan yang efektif
☑️ Pelajari Tips Bina Jenama melalui teknik pemasaran yang berkesan
☑️ Mendalami serta menguasai produk atau servis melalui SWOT Analysis
☑️ Mengurus simpan kira bisnes dan mengenalpasti untung rugi bisnes anda

Yuran pendaftaran hanya RM300 termasuk penginapan dan makan minum perserta.

Tidak lupa juga PERCUMA buku panduan asas usahawan INSKEN (PadU). Pada yang berminat, boleh mendaftar di:

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Tempat: Kuala Terengganu
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

Daftar segera kerana tempat adalah terhad!

#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
#jomjoininsken
...

This error message is only visible to WordPress admins
There has been a problem with your Instagram Feed.
Insken Facebook Messenger

Facebook