Sekiranya industri atau topik yang anda cari tidak tersenarai pada kali ini, jangan risau. Ikuti media sosial rasmi INSKEN untuk makluman program seterusnya dan daftar minat anda melalui pautan berikut: 👉 www.insken.gov.my/JJI2
Sekiranya industri atau topik yang anda cari tidak tersenarai pada kali ini, jangan risau. Ikuti media sosial rasmi INSKEN untuk makluman program seterusnya dan daftar minat anda melalui pautan berikut: 👉 https://www.insken.gov.my/JJI2
Maklumat lanjut dan senarai penuh program boleh dirujuk di: https://www.insken.gov.my/pendaftaran/
INSKEN yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Puan Viviantie Sarjuni bersama YBhg. Datuk Dr. Nayan Bin Yambu @ Laurentius, Naib Pengerusi Ahli Lembaga Amanah INSKEN dan YBrs. Puan Mary Binti Jim, Ahli Lembaga Amanah INSKEN serta pegawai INSKEN telah mengadakan Kunjungan Hormat dan Perbincangan Strategik bersama Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah yang dipimpin oleh YB Datuk Ewon Benedick.
Pertemuan ini menjadi platform memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka potensi kerjasama dalam pembangunan keusahawanan di Sabah.
Antara fokus utama perbincangan: • Perkongsian pencapaian program INSKEN 2025 • Pengenalan inisiatif strategik termasuk MOFA dan BANGKIT • Perbincangan potensi pelaksanaan program di Sabah selaras industri tumpuan negeri
Perbincangan berlangsung secara positif dan konstruktif dengan kedua-dua pihak menyatakan keterbukaan untuk meneroka kerjasama lanjut melalui penyelarasan susulan.
Semoga usaha ini terus memperkukuh jaringan kolaborasi demi manfaat komuniti usahawan Sabah.