a

INSKEN Masterclass Business Operation: Pembangunan Produk – Kedah

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
15 Jun 2026 08:00:AM
DAFTAR


Program ini membantu usahawan mengenal pasti produk berpotensi, memperkukuh penjenamaan serta membina strategi jualan yang lebih berkesan untuk meningkatkan prestasi perniagaan secara digital.

 

LEVEL
Masterclass

TEMPAT
Kedah

PENDAFTARAN PERCUMA
Sijil Penyertaan Disediakan

 

APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?

  • Mengenal pasti produk berpotensi dan memahami trend pasaran.
  • Memahami ciri produk serta keperluan pelanggan digital.
  • Membina nilai unik produk (USP), penjenamaan dan pembungkusan yang menarik.
  • Menghasilkan gambar dan deskripsi produk yang berkesan.
  • Memilih platform jualan yang sesuai serta merancang strategi untuk meningkatkan jualan.

 

SIAPA PERLU HADIR?

  • Sesuai untuk usahawan yang ingin mengenal pasti produk berpotensi, memperkukuh penjenamaan dan meningkatkan jualan melalui platform digital.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my

 


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 100 orang sahaja.
  • Sebarang penukaran program adalah tidak dibenarkan.
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu.
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan.
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
15 Jun 2026 08:00:AM
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?