Anda akan didedahkan dengan teknik dan teknologi untuk mengadakan ‘virtual events’. Anda dapat mempelajari teknik menghasilkan ‘customer experience’ yang berkesan, mewujudkan interaksi dari pelanggan serta menarik minat terhadap servis & produk anda walaupun melalui ‘virtual events’.
PESERTA DAPAT MEMPELAJARI:
Keperluan teknologi asas yang diperlukan untuk memasarkan produk / perkhidmatan anda secara online
Teknik berkesan untuk berinteraksi bersama pelanggan untuk mempromosikan produk / perkhidmatan anda
Cara untuk mengadakan sesi jualan online yang interaktif dan mampu menarik lebih ramai pelanggan
Cara pemasaran produk seperti product preview, service sampling dan product launching
YURAN LATIHAN
RM50
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 50 orang sahaja
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
- Bayaran pendaftaran (RM50) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Venue
Google Meet
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)