Image Alt

PROGRAM BIMBINGAN START-UP COACHING

  /  PROGRAM BIMBINGAN START-UP COACHING

Kurangkan Risiko Kerugian Sebelum Memulakan Perniagaan

Program bimbingan usahawan permulaan selama 6 bulan untuk terokai cabaran, teknik & amalan terbaik industri bagi memulakan perniagaan.

12 Dimensi Perniagaan

Prestasi perniagaan dinilai sebelum dan selepas program secara sistematik berdasarkan 12 skor diagnostik perniagaan

Spesifik Mengikut Industri

Bimbingan spesifik mengikut industri merangkumi proses, tips dan amalan terbaik yang boleh dipraktikan

Daripada Pakar Kepada Anda

Program dibawa khas oleh Industry Coach and BisKaunselor INSKEN yang berpengalaman dalam sesuatu industri

Hanya RM 500!

Yuran termasuk kos latihan dan bimbingan intensif secara one-on-one

Objektif Program

Memberi kefahaman asas secara teori dan teknikal (step-by-step) kepada bakal usahawan terhadap proses, tips dan amalan terbaik dalam sesuatu industri secara spesifik.

Siapa Perlu Hadir?

  • Usahawan yang memiliki perniagaan informal / tidak berdaftar
  • Sudah beroperasi / bermula perniagaan kurang dari 2 tahun
  • Usahawan daripada industri berikut:
    • Kafe & Restoran
    • Spa
    • Postnatal
    • Barbershop
    • Jahitan
    • Lain-lain

KOMPONEN 01:
Bengkel Diagnostik (1 Kali)

 

Penilaian diagnostik berdasarkan kepada 12 perkara asas perniagaan di awal program dan akhir program dengan sasaran peningkatan skor.

KOMPONEN 02:
Lawatan Case Study (1 Kali)

 

Lawatan ke premis perniagaan untuk merasai pengalaman dan perkongsian daripada pemilik mengenai pengurusan perniagaan dan teknik yang diterapkan.

KOMPONEN 03:
Bimbingan One-on-One Bersama Pakar (5 Kali)

Bimbingan selama 2 jam setiap sesi mengenai Rancangan Perniagaan, Business Model Canvas (BMC), Pemasaran, Operasi, Kewangan, Pengurusan dan lain-lain.

KOMPONEN 04:
Latihan Khusus Teknikal Perniagaan (2 Kali)

Kelas latihan oleh Industry Coach & BisKaunselor INSKEN berdasarkan kepada analisa penambahbaikan ilmu dan aspek yang perlu diperbaiki.

Apa Peserta Akan Dapat?

Setiap peserta berpeluang menilai tahap skor diagnostik perniagaan masing-masing serta elemen yang perlu diperbaiki selain penyediaan Rancangan Perniagaan yang lebih strategik.

APA KATA PESERTA START-UP COACHING INSKEN?

Banyak peningkatan yang saya alami selepas menyertai program ini. Yang paling ketara sekali adalah jualan saya meningkat daripada RM3K sebulan kepada RM20K sebulan. Apa yang coaches nasihat dan minta saya lakukan, saya akan terus buat tindakan.

 

Anis binti Mahadi

Peserta Start-Up Coaching 2022

Perniagaan Bakeri Secretbanana | Kuala Lumpur

Daftar Minat Program 2025

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?