a

Seminar Usahawan MADANI (SUM): Keusahawanan Sosial – Kota Marudu, Sabah

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
16 Aug 2025 08:00:AM - 16 Aug 2025 01:00:PM
DAFTAR

BARU BERMULA ATAU SUDAH MEMILIKI BISNES KEUSAHAWANAN SOSIAL? JOM TINGKATKAN PERNIAGAAN ANDA DENGAN BETUL!

Social enterprise adalah sebuah entiti perniagaan yang proaktif dalam mewujudkan kesan sosial atau persekitaran yang positif. Selain menjana pendapatan, social enterprise fokus membantu golongan yang memerlukan seperti komuniti kelainan upaya & miskin bandar bagi  meneruskan kelangsungan hidup mereka.

 

LEVEL
101 Permulaan

TEMPAT
Kota Marudu, Sabah

SEMINAR PERCUMA!
(sijil penyertaan, makan dan minum disediakan)

 

ELEMEN KEUSAHAWANAN SOSIAL

  • Penakrifan Keusahawanan Sosial
    • Keusahawanan sosial ialah usaha perniagaan yang bertujuan menyelesaikan isu sosial secara inovatif dan mampan.
  • Maklamat Keusahawanan Sosial
    • Matlamat utamanya adalah mencipta impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar melebihi keuntungan semata-mata.
  • Kumpulan Sasar Keusahawanan Sosial
    • Golongan sasar termasuk B40, OKU, ibu tunggal, belia menganggur dan komuniti terpinggir.
  • Model Perniagaan Keusahawanan Sosial
    • Menggabungkan keuntungan dan impak sosial melalui model hibrid, pekerjaan sosial dan subsidi silang.
  • Penarafan Keusahawanan Sosial
    • Dinilai berdasarkan impak sosial, kelestarian, inovasi, penglibatan komuniti dan ketelusan operasi.

 

ELEMEN PENGURUSAN PERNIAGAAN

  • Operasi Perniagaan
  • Kewangan Perniagaan
  • Tadbir Urus Perniagaan

 

SIAPA PERLU HADIR?

  • Terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ingin mengenali Keusahawanan Sosial!

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my  

 


TERMA DAN SYARAT

  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
16 Aug 2025 08:00:AM - 16 Aug 2025 01:00:PM
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?