JOM BELAJAR TEKNIK FOTOGRAFI HANYA GUNA TELEFON PINTAR!
Program khas untuk membantu usahawan menghasilkan gambar produk yang menarik menggunakan telefon pintar tanpa bergantung kepada jurugambar profesional. Anda akan belajar asas fotografi, suntingan dan strategi visual untuk pemasaran di media sosial dan platform e-dagang, sambil menjimatkan kos dan menggalakkan kreativiti.
LEVEL | TEMPAT Pulau Pinang | YURAN |
APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?
Teori dan praktikal untuk hasilkan gambar menarik guna telefon pintar.
Teknik jimat kos pemasaran dan tingkatkan kreativiti.
Cara fotografi yang boleh digunakan untuk menu, platform e-dagang (GrabFood, Foodpanda) dan media sosial.
SIAPA PERLU HADIR?
- Terbuka kepada semua usahawan yang ingin menguasai kemahiran menghasilkan gambar menarik menggunakan hanya smartphone.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja.
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira.
- Bayaran pendaftaran (RM300) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program.
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan.
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu.
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan.
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)