a

Pemasaran Media Sosial : Jana Pendapatan Melalui YouTube : Online 03 (15-16 Jun 2021)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
15 Jun 2021 12:00:AM - 16 Jun 2021 06:00:PM
Google Meet
DAFTAR

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada para peserta dalam membina sebuah saluran YouTube khusus bagi pemasaran perniagaan mereka. Dengan menggunakan medium YouTube ini, ia dapat memaksimumkan pendapatan perniagaan yang dijalankan oleh para peserta, sekaligus dapat mengembangkan jenama produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

  • Mencipta dan membina sebuah saluran YouTube khusus untuk produk dan perkhidmatan yang ditawarkan
  • Mempraktikan teknik bagaimana untuk meletakkan saluran YouTube pada enjin carian utama dengan menggunakan SEO (Search Engine Optimization), serta menerapkan faktor-faktor yang mempengaruhi kedudukan carian
  • Memuat naik video dan iklan yang dihasilkan di YouTube
  • Menghasilkan tajuk video dan gambar thumbnail yang tepat dan ideal
  • Membuat siaran langsung di YouTube dengan menggunakan kaedah yang betul
  • Mengaplikasikan teknik penjanaan pendapatan melalui saluran YouTube
  • Menganalisis dan menggunakan YouTube Analytics untuk meningkatkan kualiti saluran dan teknik pemasaran

YURAN LATIHAN
RM50


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 50 orang sahaja
  • Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
  • Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
  • Walk-in tidak akan dilayan
  • Bayaran pendaftaran (RM50) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian

Venue

Google Meet

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
15 Jun 2021 12:00:AM - 16 Jun 2021 06:00:PM
Google Meet
RM50.00

Jangan risau jika anda tidak boleh berniaga ketika PKP. Jangan berputus asa umpama tiada lagi jalan penyelesaian. INSKEN sedia membantu anda melalui Online Onboarding Coaching Programme (E-Board).

Jom kita transformasikan perniagaan anda ke arah digital. Anda tidak perlu bergantung kepada kedai secara fizikal semata-mata untuk kekal bertahan kerana perniagaan anda masih boleh diteruskan melalui platform online.

Belum mahir menggunakan platform secara atas talian? Jom INSKEN bantu mendigitalkan perniagaan anda melalui bimbingan selama 4 bulan.

Jadikan pandemik Covid-19 ini sebagai cabaran untuk anda memajukan perniagaan melalui platform seperti Telegram, WhatsApp, YouTube, Facebook, Instagram, Shopee, Lazada. Bukan itu sahaja, platform TikTok pun ada!

Melalui program ini, anda akan diajar mengenai kesemua 8 platform ini dan yang paling best, anda boleh pilih 1 platform untuk anda kuasai.

Kalau anda pilih platform TikTok, coach akan membimbing anda cara untuk membuat pemasaran menggunakan TikTok. Ingat, lain platform, lain caranya. Jadi, pelanggan anda berada di platform yang mana? Kuasai platform tersebut!

Jangan mengalah, kita mesti kekal bertahan ketika pandemik melanda dan perniagaan secara atas talian adalah salah satu cara untuk membantu usahawan dapat meningkatkan jualan.

Daftar segera di www.rebrand.ly/E-Board_2021

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
...

Mungkin ramai yang baru kali pertama mendengar istilah keusahawanan sosial.

Buat kerja-kerja CSR ke? Atau macam NGO?

Matlamatnya mungkin sama. Tapi maksudnya kurang tepat.

Bila sebut sahaja perkataan usahawan, mestilah ada produk atau servis yang diusahakan.

Itu syarat asas.

Kedua, mestilah mempunyai model perniagaan yang kukuh supaya keuntungan dapat dijana dan perniagaan bertahan lama di pasaran.

Dan terakhir, keusahawanan sosial mestilah mempunyai matlamat sosial dalam memberi impak positif kepada masyarakat dan persekitaran melalui perniagaan yang diusahakan.

Contohnya kalau bisnes anda dapat mengurangkan kes pengangguran dengan membuka peluang pekerjaan.

Atau mungkin produk bisnes anda menggunapakai bahan-bahan kitar semula yang dapat memberi kesan baik kepada alam sekitar.

Inilah yang dimaksudkan dengan matlamat sosial yang menghasilkan impak positif.

Dan semua matlamat sosial ini mestilah dapat diukur.

Anda dapat belajar semua ini dengan menyertai Kursus Asas Keusahawanan Sosial (KAK Se).

Daftar sekarang di www.rebrand.ly/KAKSe_Online2108

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
...

Pendaftaran 11 program latihan keusahawanan bagi bulan Julai 2021 telah dibuka. Jom mendaftar sekarang.

1. Unique Selling Proposition (USP) : Apakah Keunikan Produk Anda? (Level 101: Permulaan)
Tarikh: 6-7 Julai 2021
Pendaftaran: www.rebrand.ly/USP_Online2102

2. Sales Closing Techniques: How to Close Your Next Sale (Level 101: Permulaan)
Tarikh: 6-7 Julai 2021
Pendaftaran: www.rebrand.ly/SC_Online2103

3. Digital Poster Menggunakan Smartphone (Level 101: Permulaan) Tarikh: 6-7 Julai 2021
Pendaftaran: www.rebrand.ly/DP_Online2103

4. Kursus Asas Keusahawanan (KAK)
Tarikh: 10-11 Julai 2021
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_Online2113

5. Pemasaran Media Sosial: Facebook Ads (Level 101: Permulaan) Tarikh: 13-14 Julai 2021
Pendaftaran: www.rebrand.ly/FB-B_Online2103

6. Tingkatkan Sales Anda Melalui Business Branding (Level 101: Permulaan)
Tarikh: 13-14 Julai 2021
Pendaftaran: www.rebrand.ly/Branding_Online2103

7. Menghasilkan Video Pemasaran Media Sosial Dengan Smartphone (Level 101: Permulaan)
Tarikh: 13-14 Julai 2021
Pendaftaran: www.rebrand.ly/Video_Online2103

8. Kursus Asas Keusahawanan (KAK)
Tarikh: 14-15 Julai 2021
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_Online2114

9. Masterclass 2021 - Shopee
Tarikh: 15 Julai 2021
Pendaftaran: www.rebrand.ly/MC2021_Shopee03

10. Kursus Asas Keusahawanan (KAK)
Tarikh: 24-25 Julai 2021
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_Online2115

11. Kursus Asas Keusahawanan Sosial (KAK Se)
Tarikh: 24-25 Julai 2021
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAKSe_Online2108

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
...

ONLINE BIZ PLAN REVIEW

Encik Ahmad Shafiq juga telah menerima maklum balas mengenai rancangan perniagaannya daripada CEO INSKEN dan BisKaunselor melalui sesi Online Biz Plan Review.

Semoga bermanfaat dan dapat membuat penambahbaikan demi memajukan bisnes.

Jika anda juga berminat untuk membuat semakan semula rancangan perniagaan anda, jom sertai program ini dengan mendaftar di www.rebrand.ly/BPReview

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
...

PKP lagi, mungkin ini masanya untuk menceburkan diri menjadi usahawan yang berjaya!

Kejar impian anda dan pelajari langkah-langkah untuk memulakan perniagaan yang betul melalui Kursus Asas Keusahawanan (KAK).

Bagi yang sudah mempunyai bisnes pun boleh menyertai program ini untuk semak semula dan perbaiki asas perniagaan anda.Yuran RM50 je untuk 2 hari.

Ilmu yang anda akan dapat? Lebih dari nilai yang di bayar, malah lebih berharga lagi!

1. Tarikh: 10-11 Julai 2021
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_Online2113

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
...

Perniagaan baru nak bernafas semula, tup-tup dah masuk PKP 3.0

Runsing, buntu, risau,macam mana dengan masa hadapan bisnes? Perasaan bercampur baur, bermacam-macam soalan yang bermain di fikiran sekarang. Semuanya yang negatif, tak tahu masih ada harapan lagi ke untuk meneruskan bisnes atau terpaksa gulung tikar?

Jangan berputus asa, buang semua fikiran negatif kerana INSKEN sedia membantu anda melalui bimbingan percuma dari yang pakar. Dapatkan konsultasi dari BisKaunselor INSKEN secara atas talian untuk berkongsi pendapat,cadangan dan tindakan yang harus diambil bagi memastikan bisnes anda kekal bertahan ketika PKP.

Caranya mudah sahaja, layari www.e-bizclinic.com

Daftar segera kerana program ini adalah PERCUMA.

Selain konsultasi dan bimbingan, anda juga akan menerima faedah lain seperti:
1. Informasi mengenai bantuan atau insentif terkini kerajaan sempena menghadapi PKP 3.0
2. Maklumat program-program yang ditawarkan INSKEN dan agensi agensi kerajaan di sepanjang tempoh PKP 3.0
3. Input mengenai hala tuju yang perlu dilakukan bagi meneruskan operasi perniagaan serta terus kekal bertahan

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
...

Insken Facebook Messenger

Facebook