a

Online OnBoarding Coaching Programme (E-Board) – Cohort 04 2021

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
15 May 2021 12:00:AM - 15 Sep 2021 06:00:PM
Google Meet
DAFTAR

Adakah anda ingin berniaga secara atas talian menggunakan teknik yang betul dan tepat? Jangan risau! Program ini akan memperkukuhkan kemampuan anda menggunakan platform dalam talian (online) seperti Shopee, Lazada, WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram dan YouTube untuk membuat pemasaran dan jualan.

Program selama 4 bulan ini dilengkapi dengan aspek latihan, bimbingan (coaching) intensif dan hand-holding daripada pakar-pakar penjualan dalam talian (online) dalam platform di atas untuk memastikan anda berjaya mendigitalkan bisnes anda dan mempelopori pemasaran dan penjualan dalam talian (online). Program ini sesuai untuk usahawan permulaan dan sedia ada yang mempunyai produk dan perkhidmatan untuk dipasarkan.


HASIL PROGRAM

  • Transformasi ke arah mendigitalkan perniagaan (Shopee, Lazada, Facebook, Instagram, YouTube, WhatsApp dan Telegram)

  • Peningkatan jualan melalui bisnes online

  • Memperluas capaian kepada pelanggan


SASARAN PESERTA

  • Terbuka kepada semua usahawan sama ada yang belum menjual secara atas talian (online) dan juga yang sudah menjual secara atas talian (online)

  • Usahawan yang mempunyai produk atau perkhidmatan

  • Usahawan permulaan (yang baru mula berniaga)

  • Usahawan sedia ada


YURAN LATIHAN
RM100


TEMPOH PROGRAM

Mei-Ogos

  • Latihan: 2 hari
  • Coaching: 3 bulan
  • Pemantauan: Setahun

Fasa pertama program iaitu latihan akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan kesemua peserta akan melalui latihan tersebut. Peserta kemudian akan dimasukkan ke dalam fasa kedua iaitu bimbingan selama 3 bulan berdasarkan kepada platform yang telah dipilih.

(Tarikh sebenar program akan dimaklumkan semula dalam masa terdekat)


TERMA DAN SYARAT

  • Peserta perlu komited dan memberi komitmen sepenuhnya sepanjang tempoh program dijalankan

  • Peserta perlu mengikuti kesemua modul program sehingga tamat tanpa meninggalkan sebarang sesi tanpa sebab yang munasabah

  • Kegagalan peserta untuk menghadiri program tanpa alasan munasabah akan menyebabkan peserta mungkin disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan untuk menyertai program-program INSKEN yang akan datang

  • Peserta perlu mengemaskini laporan jualan bulanan perniagaan di dalam aplikasi IPRO INSKEN setiap bulan semasa dalam tempoh bimbingan dan pemantauan selepas tamat program. Kegagalan membuat sedemikian akan menyebabkan peserta digugurkan daripada program

  • Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN

  • Bayaran pendaftaran (RM100) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri serta melengkapkan tempoh durasi program

  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan

  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan lain melainkan yang telah dinyatakan di atas

  • Syarat penyertaan bagi alumni program E-Board adalah pemilihan platform yang berlainan

  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang berkenaan dengan anda oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh pihak INSKEN melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan-bahan sedemikian

Venue

Google Meet

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
15 May 2021 12:00:AM - 15 Sep 2021 06:00:PM
Google Meet
RM100.00
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,178
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


POV: Tahun Baru Cina ๐Ÿค Permulaan Ramadhan.

INSKEN in sync ๐Ÿซฐ๐Ÿผ

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

Bisnes percetakan anda masih di tahap yang sama? ๐Ÿ‘€

Industri dah berubah.
Strategi pun kena berubah.

Program Bangkit Servis Percetakan di Lembah Klang ini membantu usahawan menyusun semula hala tuju perniagaan, kenal pasti ruang penambahbaikan dan bersedia untuk scale up dengan lebih tersusun.

Belajar terus daripada pakar industri.
Dapatkan perspektif sebenar pasaran.
Bina rangkaian yang boleh membuka peluang baharu.

Daftar sekarang ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
www.insken.gov.my/bangkit_pencetakan_01

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

Bisnes percetakan anImage attachmentImage attachment+3Image attachment

๐Ÿ•Œ ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐€๐‹-๐Œ๐”๐๐€๐‘๐€๐Š ๐Ÿ•Œ

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 2026 | 1447H.
Semoga bulan yang mulia ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua.

Salam Ramadan daripada INSKEN.

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

Load more

...

4 0

...

10 0

...

17 1

...

8 0