a

Online On-Boarding Coaching Programme (E BOARD) – Cohort 02

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
30 Nov 2020 12:00:AM
Google Meet
DAFTAR

Adakah anda ingin berniaga secara atas talian menggunakan teknik yang betul dan tepat? Jangan risau! Program ini akan memperkukuhkan kemampuan anda menggunakan platform dalam talian (online) seperti Whatsapp, Telegram, Facebook, Instagram dan YouTube untuk membuat pemasaran dan jualan.

Program selama 4 bulan ini dilengkapi dengan aspek latihan, bimbingan (coaching) intensif dan hand-holding daripada pakar-pakar penjualan dalam talian (online) dalam platform di atas untuk memastikan anda berjaya mendigitalkan bisnes anda dan mempelopori pemasaran dan penjualan dalam talian (online). Program ini sesuai untuk usahawan permulaan dan sedia ada yang mempunyai produk dan perkhidmatan untuk dipasarkan.


HASIL PROGRAM

  • Peningkatan jualan dalam talian (online) bisnes 

  • Transformasi ke arah perniagaan melalui platform dalam talian (online) (Facebook, Instagram, YouTube, WhatsApp dan Telegram)

  • Memperluas capaian kepada pelanggan


SASARAN PESERTA

  • Terbuka kepada semua usahawan sama ada yang belum menjual secara dalam talian (online) dan juga yang sudah menjual secara dalam talian (online)

  • Usahawan yang mempunyai produk atau perkhidmatan

  • Usahawan permulaan (yang baru mula berniaga)

  • Usahawan sedia ada


YURAN LATIHAN
RM100


TEMPOH PROGRAM
4-5 Bulan (November – February)

Fasa pertama program iaitu latihan akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan kesemua peserta akan melalui kelas tersebut. Peserta kemudian akan dimasukkan ke dalam fasa kedua iaitu bimbingan selama 3 bulan berdasarkan kepada platform yang telah dipilih.

(Tarikh yang diletakkan sewaktu pendaftaran hanyalah sebagai indikator sahaja. Tarikh sebenar program akan dimaklumkan semula, bergantung kepada jumlah dan persetujuan "batch")


TERMA DAN SYARAT

  • Peserta perlu komited dan memberi komitmen sepenuhnya sepanjang tempoh program dijalankan

  • Peserta perlu mengikuti kesemua modul program sehingga tamat tanpa meninggalkan sebarang sesi tanpa sebab yang munasabah

  • Kegagalan peserta untuk menghadiri program tanpa alasan munasabah akan menyebabkan peserta mungkin disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan untuk menyertai program-program INSKEN yang akan datang

  • Peserta perlu mengemaskini laporan jualan bulanan perniagaan di dalam aplikasi IPRO INSKEN setiap bulan semasa dalam tempoh bimbingan dan pemantauan selepas tamat program. Kegagalan membuat sedemikian akan menyebabkan peserta digugurkan daripada program

  • Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN

  • Bayaran pendaftaran (RM100) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri serta melengkapkan tempoh durasi program

  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan

  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan lain melainkan yang telah dinyatakan di atas

  • Peserta daripada program E-Board Cohort 1 adalah tidak dibenarkan untuk mendaftar bagi program ini

  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang berkenaan dengan anda oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh pihak INSKEN melalui Whatsapp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan-bahan sedemikian

 

Venue

Google Meet

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
30 Nov 2020 12:00:AM
Google Meet
RM100.00
Insken Facebook Messenger

Facebook