PROGRAM BIMBINGAN PEMBANGUNAN PRODUK
Program bimbingan jangka pendek untuk membantu usahawan menguasai dan mempelajari komponen penting dalam bisnes!
TARIKH | TEMPAT Lembah Klang | YURAN |
APA YANG ANDA DAPAT?
- Bengkel Bersama BisKaunselor INSKEN (2 hari 1 malam)
Dikendalikan secara fizikal oleh BisKaunselor INSKEN yang akan meliputi modul berikut :
Menyemak enam (6) komponen pembangunan produk
Teknik penetapan harga
Pembungkusan produk / Penetapan Pakej
Mutu produk dan perkhidmatan
- Bimbingan Secara One-On-One (2 Kali)
- Dilaksanakan secara online melalui persidangan video Google Meet / Zoom atau melalui panggilan video menggunakan smartphone.
Sesi bimbingan akan diadakan sebanyak 3 kali dalam tempoh 2 bulan (selang 2 minggu antara sesi) oleh BisKaunselor INSKEN.
SYARAT PROGRAM
- Terbuka kepada usahawan yang memiliki perniagaan berdaftar dan mempunyai produk atau servis.
- Keutamaan kepada usahawan yang pernah mengikuti program KAPPS atau SAPPS.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 50 orang sahaja
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Bayaran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)