Image Alt

INSKEN MINI COACHING

  /  INSKEN MINI COACHING

Tingkat Keupayaan Perniagaan Dengan INSKEN Mini Coaching

Program bimbingan jangka pendek selama 1-2 bulan yang padat dengan ilmu praktikal untuk membantu usahawan menguasai 4 komponen penting perniagaan bermula dari pengurusan pekerja, pembangunan produk, pemasaran sehingga pengurusan kewangan—demi mencapai kejayaan yang mampan.

Kuasai 4 Komponen Utama Untuk Memantapkan Perniagaan

4 Program Bimbingan Komprehensif

Merangkumi 4 pilihan iaitu Program Bimbingan Pengurusan Pekerja, Program Bimbingan Pembangunan Produk, Program Bimbingan Pemasaran, & Program Bimbingan Pengurusan Kewangan

Fleksibel & Mudah

Belajar di mana sahaja, pada bila-bila masa – Sesi bimbingan dilaksanakan secara atas talian (Google Meet / Zoom) atau melalui panggilan video

Teknik & Strategi Berkesan Dalam 4 Komponen Penting Perniagaan

Bengkel bersama BisKaunselor selama 2 hari 1 malam & pembelajaran berfokus dengan bimbingan one-on-one daripada mentor berpengalaman

Hanya RM 350!

Yuran termasuk bimbingan selama 1-2 bulan, PERCUMA t-shirt INSKEN dan buku Rekod Tunai Saya bagi Program Bimbingan Pengurusan Kewangan

Apakah Pengisian Program Ini?

PENGURUSAN OPERASI SUMBER

Program Bimbingan Pengurusan Pekerja (1 Bulan)

  • Akta Kerja 1995 (Pindaan 2022) dan akta-akta yang berkaitan
  • Prosedur sah untuk pengambilan & pemberhentian pekerja
  • Pengurusan gaji & faedah pekerja mengikut undang-undang
KRITERIA PEMILIHAN PESERTA
  • Mempunyai pendaftaran perniagaan yang sah
  • Terbuka kepada semua usahawan yang berminat dan mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) orang pekerja
PEMASARAN OFFLINE ONLINE

Program Bimbingan Pembangunan Produk (2 Bulan)

  • Semakan semula kanvas pembangunan produk / servis
  • Teknik penetapan harga
  • Pelan penambahbaikan produk / servis yang ditawarkan
KRITERIA PEMILIHAN PESERTA
  • Mempunyai pendaftaran perniagaan yang sah
  • Terbuka kepada semua usahawan yang memiliki produk/servis
  • Keutamaan kepada usahawan Alumni INSKEN yang pernah mengikuti Kursus Asas Pembangunan Produk & Servis (KAPPS) atau Seminar Asas Pembangunan Produk & Servis (SAPPS) INSKEN
RANCANGAN PERNIAGAAN

Program Bimbingan Pemasaran (2 Bulan)

  • Strategi pemasaran yang berkesan untuk meningkatkan jualan
  • Teknik pemasaran terkini
  • Kanvas pemasaran tahunan
KRITERIA PEMILIHAN PESERTA
  • Mempunyai pendaftaran perniagaan yang sah
  • Terbuka kepada semua usahawan yang berminat
PENGURUSAN KEWANGAN

Program Bimbingan Pengurusan Kewangan (2 Bulan)

  • Penyediaan penyata kewangan syarikat
  • Pengurusan rekod kewangan
  • Persediaan untuk memfailkan cukai
KRITERIA PEMILIHAN PESERTA
  • Mempunyai pendaftaran perniagaan yang sah
  • Mempunyai rekod aliran tunai sekurang-kurangnya satu (1) tahun kebelakang / sebelum dengan lengkap

Siapa Perlu Hadir?

Terbuka kepada usahawan dengan mempunyai pendaftaran sah perniagaan yang mahu:

  • Mengurus pekerja dengan lebih berkesan & efektif
  • Belajar cara penyediaan penyata kewangan dengan efektif & mudah
  • Terokai teknik pemasaran untuk tarik minat pelanggan
  • Produk lebih laris & dikenali di pasaran

Senarai Latihan Terkini

No Results.

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?