Image Alt

Mengenai INSKEN

  /  Mengenai INSKEN

Mengenai INSKEN

INSKEN merupakan sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program-program latihan dan bimbingan.

INSKEN memastikan program-program yang dianjurkan adalah berdasarkan keperluan dan permintaan industri dengan kerjasama pengamal industri, profesional dan agensi-agensi kerajaan bagi memantapkan ekosistem keusahawanan negara.

 

Membangun Usahawan MADANI

Perutusan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah

Sesungguhnya Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) sebagai suatu entiti di bawah naungan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bertekad untuk menggerakkan semaraknya semangat dan ekosistem keusahawanan, melakar ke tahap global namun berakar lokal. Ini dapat dilakukan dengan mengukuhkan ekosistem pembangunan usahawan, kolaborasi pelbagai pihak, meningkatkan daya tahan dan daya saing usahawan serta menjadi pemangkin ekonomi manusiawi negara.

Wawasan pembangunan negara terkini atas nama Malaysia MADANI sesungguhnya menghimbau kepada suatu penghayatan nilai yang menekankan kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Ia semestinya diterjemahkan dalam ekosistem keusahawanan semasa.

Bagi menyahut wawasan negara, INSKEN menjadikan moto Membangun Usahawan MADANI sebagai idea pendorong (driving ideas) membangunkan usahawan.

Sejumlah gerakerja baharu seumpama Kempen Saya Usahawan MADANI (SAMA), pembinaan rangkaian bisnes antarabangsa dan pengukuhan alumni INSKEN sedang diusahakan, disamping kemaskini program sedia ada.

Budaya kerja INSKEN yang menekankan elemen sinergi, kolaborasi, itqan, kepemimpinan berhikmah, minda madani, keusahawanan suatu ibadah akan terus dimantapkan.

 

“Penduduk desa gigih bertani,

Di tepi bendang menjamu selera,

INSKEN Membangun Usahawan MADANI,

Demi menyahut wawasan Negara”

 

YBhg. Datuk Mustaffa Kamil Ayub

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah
Institut Keusahawanan Negara Berhad

Visi

Merealisasikan aspirasi negara keusahawanan unggul melalui pembangunan kapasiti usahawan berpaksikan keberhasilan

Misi

Mengukuhkan ekosistem pembangunan keusahawanan melalui pengukuran keberhasilan.

Menggiatkan kolaborasi rentas kementerian, agensi dan industri.

Meningkatkan kebolehupayaan usahawan agar berdaya tahan, berdaya saing & bercirikan global.

Mempersiapkan usahawan ke arah menjadi pemangkin dan peneraju trend serta pasaran.

Lembaga Pemegang Amanah


YBhg. Datuk Mustaffa Kamil Bin Ayub
Pengerusi
YBhg. Datuk Dr Nayan Bin Yambu @ Laurentius
YBhg. Datuk Sham Shamrat Sen Gupta
YBhg. Datin Sabrina Binti Ahmad
YBrs. Dr Salmah Binti Sathiman
YBrs. Puan Hajah Mazlina Binti Kamaruddin
YBrs. Puan Mary Binti Jim
YBrs. Puan Kiren Kaur A/P Hari Singh
YBrs. Tuan Zulkifili Amim Bin Ismail

Pengurusan Kanan

Viviantie Sarjuni Ketua Pegawai Eksekutif
Dr. Maizura binti Mohamad Pengarah Bahagian Perkhidmatan Korporat
Ts. Dr. Izham Shah bin Arif Shah Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti & Ekosistem
Norasiah binti Harun Pengurus Kanan Jabatan Pembangunan Kapasiti
Fais Azlan bin Che Hamzah Pengurus Kanan Jabatan Pemerkasaan Ekosistem & Pengantarabangsaan
Khyruz Tasyriq bin Abu Samah Pemangku Pengurus Jabatan Komunikasi Strategik
Rozaimi bin Md Saman Pengurus Jabatan Perolehan & Kewangan
Farhana binti Suhaimi Pengurus Jabatan Data, Analitik & Strategi
Nur 'Ain Binti Khairol Aidi Pemangku Pengurus Jabatan Sumber Manusia, Tadbir Urus & Teknologi Maklumat
Muhammad Hafizul Khair Bin Mohd Yusuf Pengurus Jabatan Keusahawanan Sosial
Izaidi Salmy Bin Yazid Pengurus Pembangunan Kapasiti
Mohammad Ezzemet Iswan Bin Ismail Pengurus Pembangunan Bisnes
Allan Ron Ambrews Pengurus Pembangunan Industri
Muhamad Asyraf Bin Mohd. Ridhwan Pengurus Pengurusan Pemegang Taruh
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?