
Pelajari cara membangunkan dan melaksanakan SOP yang mudah, praktikal dan berkesan bagi melancarkan operasi F&B, memastikan
kebersihan, keselamatan makanan dan pengurusan yang lebih teratur.
|
LEVEL |
TEMPAT Pahang |
PENDAFTARAN PERCUMA |
APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?
- Memahami peranan SOP serta teras utama dalam operasi perniagaan F&B.
- Membangunkan SOP yang mudah, praktikal dan mematuhi prinsip keselamatan serta kebersihan makanan.
- Melaksanakan SOP dengan berkesan bagi meningkatkan kecekapan operasi harian.
SIAPA PERLU HADIR?
- Program ini memberi panduan kepada pengusaha F&B dalam membangunkan SOP yang berkesan untuk meningkatkan kebersihan, keselamatan makanan dan kecekapan operasi.
ย
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 100 orang sahaja.
- Sebarang penukaran program adalah tidak dibenarkan.
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu.
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan.
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)









