Program ini membimbing usahawan mengenal pasti kelemahan operasi dan kewangan, mengurus kos secara strategik serta merangka pelan tindakan praktikal bagi memastikan perniagaan kekal stabil dan berdaya tahan dalam situasi krisis
|
LEVEL |
TEMPAT Lembah Klang |
PENDAFTARAN PERCUMA |
APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?
- Fahami titik lemah dalam operasi, kewangan dan aliran tunai sebelum ia menjadi krisis yang menjejaskan kelangsungan bisnes.
- Pelajari pendekatan sebenar untuk mengurus kos, menyesuaikan operasi dan mengawal kewangan dalam keadaan ekonomi mencabar.
- Hasilkan pelan tindakan yang jelas dan boleh terus dilaksanakan untuk memastikan bisnes kekal stabil dan berdaya tahan.
SIAPA PERLU HADIR?
- Khas untuk usahawan mikro dan SME yang berdepan cabaran kewangan dan operasi serta ingin mengurus kos dengan lebih strategik untuk kelangsungan perniagaan.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 100 orang sahaja.
- Sebarang penukaran program adalah tidak dibenarkan.
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu.
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan.
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
