a

Kursus Asas Keusahawanan (KAK) – Online 19 (28-29 Ogos 2021)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
28 Aug 2021 12:00:AM - 29 Aug 2021 08:00:PM
Google Meet
DAFTAR

Program asas ini direka khas untuk individu yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Sesuai untuk bakal usahawan bagi mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai alam perniagaan.

PENGISIAN

  • Business Model Canvas (BMC)
  • Pengurusan operasi perniagaan (Asas)
  • Jualan dan pemasaran (Asas)
  • Pengurusan kewangan (Asas)
  • Penyediaan rancangan perniagaan (Asas)
  • Perundangan perniagaan (Asas)
  • Ujian personaliti usahawan

 

YURAN LATIHAN
RM50


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 50 orang sahaja
  • Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
  • Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
  • Walk-in tidak akan dilayan
  • Bayaran pendaftaran (RM50) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian

Venue

Google Meet

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
28 Aug 2021 12:00:AM - 29 Aug 2021 08:00:PM
Google Meet
RM50.00

Hilang punca pendapatan? Mungkin ini masanya untuk menceburkan diri menjadi usahawan yang berjaya!

Kejar impian anda dan pelajari langkah-langkah untuk memulakan perniagaan yang betul melalui Kursus Asas Keusahawanan (KAK).

Bagi yang sudah mempunyai bisnes pun boleh menyertai program ini untuk semak semula dan perbaiki asas perniagaan anda.Yuran RM50 je untuk 2 hari.

Ilmu yang anda akan dapat? Lebih dari nilai yang di bayar, malah lebih berharga lagi!

1. Tarikh: 2-3 Ogos 2021
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_Online2116

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
...

UJIAN PSIKOMETRIK USAHAWAN NASIONAL (MyNEPT)

Adakah ciri-ciri keusahawanan adalah salah satu faktor untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya?

Tapi apakah ciri-ciri tersebut?

Jom kita kenalpasti ciri-ciri keusahawanan dalam diri anda dengan mengambil Ujian Psikometrik Usahawan Nasional (MyNEPT) secara percuma.

Anda seorang usahawan? Atau anda ingin jadi usahawan?

Ya, kedua-duanya boleh menduduki ujian ini.

Nak buat apa dengan keputusan ini nanti?

Apabila graf dan skor telah dijana, anda boleh membuat penambahbaikan yang bersesuaian bagi memantapkan bisnes anda.

Selain itu, melalui keputusan itu nanti bolehlah buat perbandingan skor anda dengan usahawan yang telah berjaya di peringkat tempatan dan juga global.

Kiranya, nak capai tahap sama macam usahawan berjaya tu, apa lagi yang anda kena improve?

Layari www.mynept.com

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
...

Bolehkah perniagaan kecil-kecilan ditransformasikan menjadi perniagaan yang berdaya saing dan moden?

Bolehkah jenama dan produk tempatan dibangunkan ke arah francais dan berpotensi menembusi pasaran global?

Bolehkah “Bilis menjadi Jerung” melalui Program Business In Transformation (BIT) yang kami tawarkan?

Ya, BOLEH!

Ikuti temu bual bersama Bro Andy, Ketua Seksyen Pembangunan dan Khidmat Rundingan Francais yang akan mengupas topik “Bilis Jadi Jerung”.

🗓Tarikh : 29 Julai 2021 (Khamis)
⏰Masa : 9.00 malam
📱Platform : Secara Langsung di Facebook Pernas

#caripernas
#MEDAC2UFBLIVE
...

PEMASARAN MEDIA SOSIAL - CREATIVE MARKETING DENGAN INSTASTORY

Korang dah pernah cuba buat marketing guna InstaStory?

Dah explore semua features InstaStory?

Macam mana nak berinteraksi dengan pelanggan guna InstaStory?

Tahu tak cara nak buat video yang onzzz untuk menarik minat pelanggan dengan hanya menggunakan InstaStory?

Paling penting, content tu buat orang nak tengok lagi dan lagi, bukan terus skip.

Bukan itu sahaja, nak bina personal branding menggunakan video pun boleh tau!

Jom kita explore platform InstaStory pula. Mungkin teknik ini berkesan untuk bisnes anda. Jika berminat, daftar sekarang di www.rebrand.ly/IGStory_Online2102

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
...

Hilang punca pendapatan?

Mungkin ini masanya untuk menceburkan diri menjadi usahawan yang berjaya!

Kejar impian anda dan pelajari langkah-langkah untuk memulakan perniagaan yang betul melalui Kursus Asas Keusahawanan (KAK).

Bagi yang sudah mempunyai bisnes pun boleh menyertai program ini untuk semak semula dan perbaiki asas perniagaan anda.

Yuran RM50 je untuk 2 hari.

Ilmu yang anda akan dapat? Lebih dari nilai yang di bayar, malah lebih berharga lagi!

Tarikh: 2-3 Ogos 2021
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_Online2116

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
...

Setengah jam sahaja lagi kita akan bersiaran langsung melalui sesi MEDAC2U dengan topik Bantuan Kerajaan Kepada PKS Mikro Di Bawah GKP 4.0

Jangan lupa kongsikan kepada semua usahawan agar lebih ramai dapat manfaat dari sesi ini.

Jumpa di Facebook Institut Keusahawanan Negara tepat pada jam 9.00 malam hari ini.

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
...

BANTUAN KERAJAAN KEPADA PKS MIKRO DI BAWAH GKP 4.0

Malam ini INSKEN akan membawakan Encik Mohd Rusydi Md Akir, Pengarah Bahagian Bantuan Khas Kerajaan, Jabatan Operasi Cukai LHDNM yang akan bersama dengan anda secara langsung di FB Live MEDAC2U untuk berkongsi mengenai topik Bantuan Kerajaan Kepada PKS Mikro Di Bawah GKP 4.0

Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam sesi perkongsian yang bermanfaat ini pada:

Tarikh: 28 Julai 2021 (Rabu)
Masa: 9:00 malam
Facebook: Institut Keusahawanan Negara

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
...

1. Time PKP ni orang kahwin simple-simple je, nak dapat tempahan pelamin pun susah. Tak tau la bisnes masih boleh bertahan atau kena gulung tikar.

2. Siapa yang nak datang bercuti dekat pusat ekopelancongan kalau rentas negeri pun tak boleh? Habis la bisnes saya.

3. Dah lama saya menawarkan servis penjagaan warga emas. Tapi tak ramai yang tahu.

4. Tak de majlis, tak de kenduri kahwin, macam mana income saya nak masuk? Nak bayar gaji staff, komitmen dan macam-macam lagi.

5. Kami yang menjalankan bisnes dalam industri sukan & aktiviti lasak pun sama, susah nak cari makan.

Apa pun jua masalah yang anda sedang hadapi sekarang, INSKEN sedia membantu anda. Jom dapatkan bimbingan secara one-on-one melalui program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) yang akan diadakan selama 4 bulan.

Kami membuka tawaran ini kepada usahawan dalam industri wedding planner, ecotourism, penjagaan warga emas, katering serta sukan dan aktiviti lasak.

Daftar segera di www.rebrand.ly/IBBC2021

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
...

Jangan risau jika anda tidak boleh berniaga ketika PKP. Jangan berputus asa umpama tiada lagi jalan penyelesaian. INSKEN sedia membantu anda melalui Online Onboarding Coaching Programme (E-Board).

Jom kita transformasikan perniagaan anda ke arah digital. Anda tidak perlu bergantung kepada kedai secara fizikal semata-mata untuk kekal bertahan kerana perniagaan anda masih boleh diteruskan melalui platform online.

Belum mahir menggunakan platform secara atas talian? Jom INSKEN bantu mendigitalkan perniagaan anda melalui bimbingan selama 4 bulan.

Jadikan pandemik Covid-19 ini sebagai cabaran untuk anda memajukan perniagaan melalui platform seperti Telegram, WhatsApp, YouTube, Facebook, Instagram, Shopee, Lazada. Bukan itu sahaja, platform TikTok pun ada!

Melalui program ini, anda akan diajar mengenai kesemua 8 platform ini dan yang paling best, anda boleh pilih 1 platform untuk anda kuasai.

Kalau anda pilih platform TikTok, coach akan membimbing anda cara untuk membuat pemasaran menggunakan TikTok. Ingat, lain platform, lain caranya. Jadi, pelanggan anda berada di platform yang mana? Kuasai platform tersebut!

Jangan mengalah, kita mesti kekal bertahan ketika pandemik melanda dan perniagaan secara atas talian adalah salah satu cara untuk membantu usahawan dapat meningkatkan jualan.

Daftar segera di www.rebrand.ly/E-Board_2021

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
...

Insken Facebook Messenger

Facebook