a

KELAS PENUH! Kursus Asas Pembangunan Produk & Servis (KAPPS) : Johor Bahru

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
05 Mar 2024 08:00:AM - 07 Mar 2024 10:00:PM
DAFTAR

Memberi latihan secara teori & teknikal (‘step-by-step’) kepada bakal usahawan terhadap proses pembangunan produk/servis baru atau penambahbaikan produk/servis.

 

LEVEL
101 Permulaan

TEMPAT
Johor Bahru

YURAN LATIHAN
RM300

 

TENTANG PROGRAM 

  • Pengenalan 6 Komponen Penting Pembangunan Produk & Servis
    • Merangkumi Kajian Pasaran, Validasi Pasaran, Prototaip, Pengeluaran, Pengkomersilan & Kitar Hayat Produk
  • Perkongsian Tips & Teknik Perancangan Pembangunan Produk Yang Betul
    • Tips untuk merancang, membangun dan mengembangkan produk atau servis termasuk teknik pengiraan kos dan penetapan harga
  • Templat dan Penyediaan Kanvas Asas Pembangunan Produk & Servis
    • Pelajari cara yang tepat menghasilkan Kanvas Asas Pembangunan Produk & Servis dan seterusnya mempunyai keyakinan untuk membangunkan produk atau servis
  • Hanya RM 300!
    • Yuran termasuk kos latihan, PERCUMA t-shirt INSKEN, penginapan, makanan dan minuman di sepanjang program.

 

APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?

Setiap peserta berpeluang melengkapkan kanvas pembangunan produk / servis secara individu mengikut 6 komponen penting dalam pembangunan produk & servis seperti berikut:

  • Kajian Pasaran
  • Validasi Pasaran
  • Prototaip
  • Pengeluaran
  • Pengkomersilan
  • Kitar Hayat Produk

 

SIAPA PERLU HADIR?

  • Bakal usahawan yang belum mempunyai produk / servis
  • Usahawan yang telah mempunyai produk / servis sedia ada untuk sasaran pasaran baharu
  • Usahawan yang ingin membangunkan produk variasi baharu untuk sasaran pasaran sedia ada

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my


Analisa saya upgrade daripada segi produk lebih stylis dan exclusive. Lepastu idea dan solusi kita dapat daripada kelas ni, kami cuba target dengan kuantiti pula, Alhamdulillah teori menjadi. Alhamdulillah ada job yang exclusive ni, lagi laju sale.

 

Mohd Wahidin Bin Abdul Rahman

Peserta Kursus Asas Pembangunan Produk & Servis 2023

Perniagaan Perkhidmatan Kanopi / Event Planner | Pasir Gudang, Johor

 

Saya letakkanpakejuntuk 3 kali rawatan merangkumi hari pertama urutan saraf untuk lembutkan saraf dan lancarkan darah, hari kedua pembetulan tulang dan urutan terapi, hari ketiga urutan saraf, terapi, dan herba-herba yang sesuai untuk saraf. Sebelum ini saya tidak buat pakej jadi satu kali sahaja pelanggan urut. Bila buat pakej dapat 3 kali rawatan.

 

Zaid Bin Che Halim

Peserta Kursus Asas Pembangunan Produk & Servis 2023

Perniagaan Perkhidmatan Urutan | Pekan, Pahang


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
  • Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
  • Bayaran pendaftaran (RM300) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
05 Mar 2024 08:00:AM - 07 Mar 2024 10:00:PM
RM300
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
209,099
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


Bila pengurusan staf dan kedai dibuat dengan betul, bisnes jadi lebih teratur.
Bila ada bimbingan yang berterusan, keputusan pun lebih jelas.

Ilmu yang dipelajari di INSKEN bukan sekadar untuk difahami. Bila diamalkan, jualan meningkat, aliran kerja lebih lancar dan pengurusan masa semakin baik. Peningkatan ini bukan sementara, tetapi berterusan.

Pelanggan semakin konsisten, pesanan masuk tanpa henti dan operasi bisnes berjalan dengan lebih tersusun.
Inilah hasil apabila ilmu dan bimbingan digabungkan dengan tindakan.

Setiap usahawan melalui perjalanan dan cabaran yang tersendiri.
Perkongsian anda melalui borang ini membantu INSKEN memahami realiti sebenar usahawan dan merangka inisiatif yang lebih dekat dengan keperluan semasa serta memberi impak yang bermakna.

Jika ingin berkongsi pandangan dan pengalaman bisnes anda, sila isi borang di sini:
👉 www.insken.gov.my/JJI26

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡

Setiap usahawan ada cerita sendiri.
Ada yang baru bermula, ada yang sedang bertahan, dan ada yang mahu melangkah lebih jauh.

Di INSKEN, perancangan inisiatif 2026 bermula dengan memahami realiti sebenar di lapangan.

Maklumat yang anda kongsikan melalui borang ini akan membantu kami merangka program yang lebih dekat dengan keperluan sebenar usahawan dan memberi impak yang bermakna.

Sertai inisiatif ini di sini:
👉 www.insken.gov.my/JJI26

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔

Photos from Sabah Creative Economy and Innovation Centre's post ... See MoreSee Less

Image attachment
Load more

...

6 0

...

130 27

...

85 8

...

13 0

...

8 0

...

8 0

...

9 0
@inskenofficial