a

Kursus Asas Keusahawanan Sosial (KAK Se) : Online

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
06 Mar 2024 08:00:AM - 07 Mar 2024 06:00:PM
DAFTAR

Kursus asas selama 2 hari ini direka khas untuk individu yang ingin mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai keusahawanan sosial (social enterprise).

Social enterprise adalah sebuah entiti perniagaan yang proaktif dalam mewujudkan kesan sosial atau persekitaran yang positif. Selain menjana pendapatan, social enterprise fokus membantu golongan yang memerlukan seperti komuniti kelainan upaya & miskin bandar bagi  meneruskan kelangsungan hidup mereka.

 

LEVEL
101 Permulaan

ONLINE
Google Meet

YURAN LATIHAN
RM100

 

TENTANG PROGRAM 

  • Perkongsian Menyeluruh Bermula Akar Umbi Perniagaan Termasuk Elemen Keusahawanan Sosial
    • Dapatkan gambaran yang menyeluruh mengenai bidang keusahawanan seperti Jualan & Pemasaran, Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Operasi, Pengurusan Kewangan, Penakrifan, Matlamat dan Pengukuran Impak Keusahawanan Sosial.
  • Templat dan Penyediaan Model Perniagaan
    • Pelajari cara yang tepat mencipta Social Business Model Canvas (SBMC) perniagaan serta hasilkan Rancangan Perniagaan secara komprehensif dan sedia untuk digunakan.
  • Ujian Psikometrik Usahawan Nasional (MyNEPT)
    • Akses PERCUMA MyNept bertujuan untuk mengenali ciri-ciri keusahawanan diri berbanding dengan usahawan lain di peringkat tempatan dan global.
  • Hanya RM 100!
    • Yuran latihan bagi kelas secara atas talian.

 

PENGISIAN:

  • Business Model Canvas
  • Jualan & Pemasaran (Asas)
  • Pengurusan Kewangan (Asas)
  • Penyediaan Rancangan Perniagaan (Asas)
  • Perundangan Perniagaan (Asas)
  • Operasi Perusahaan Sosial
  • Pengukuran Impak Sosial
  • Ujian Personaliti Usahawan

 

SIAPA PERLU HADIR?

  • Terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ingin membuka perniagaan.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my  

 


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
  • Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
  • Bayaran pendaftaran (RM100) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
06 Mar 2024 08:00:AM - 07 Mar 2024 06:00:PM
RM100
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,178
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


POV: Tahun Baru Cina 🤝 Permulaan Ramadhan.

INSKEN in sync 🫰🏼

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

Bisnes percetakan anda masih di tahap yang sama? 👀

Industri dah berubah.
Strategi pun kena berubah.

Program Bangkit Servis Percetakan di Lembah Klang ini membantu usahawan menyusun semula hala tuju perniagaan, kenal pasti ruang penambahbaikan dan bersedia untuk scale up dengan lebih tersusun.

Belajar terus daripada pakar industri.
Dapatkan perspektif sebenar pasaran.
Bina rangkaian yang boleh membuka peluang baharu.

Daftar sekarang 👇🏻
www.insken.gov.my/bangkit_pencetakan_01

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

Bisnes percetakan anImage attachmentImage attachment+3Image attachment

🕌 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐌𝐔𝐁𝐀𝐑𝐀𝐊 🕌

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 2026 | 1447H.
Semoga bulan yang mulia ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua.

Salam Ramadan daripada INSKEN.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

Load more

...

4 0

...

10 0

...

17 1

...

8 0