a

KELAS PENUH! Kursus Asas Keusahawanan (KAK) : Miri, Sarawak

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
04 Sep 2024 08:00:AM - 05 Sep 2024 06:00:PM
DAFTAR

Program asas ini direka khas untuk individu yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Sesuai untuk bakal usahawan bagi mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai alam perniagaan.

 

LEVEL
101 Permulaan

TEMPAT
Miri, Sarawak

YURAN LATIHAN
RM50

 

TENTANG PROGRAM 

  • Perkongsian Menyeluruh Bermula Daripada Akar Umbi Perniagaan
    • Dapatkan gambaran yang menyeluruh mengenai bidang keusahawanan seperti Jualan & Pemasaran, Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Operasi dan Pengurusan Kewangan.
  • Templat dan Penyediaan Model Perniagaan
    • Pelajari cara yang tepat mencipta Business Model Canvas (BMC) perniagaan serta hasilkan Rancangan Perniagaan secara komprehensif dan sedia untuk digunakan.
  • Buku Panduan Asas Usahawan (PadU)
    • PERCUMA Buku PadU INSKEN berteraskan ilmu asas keusahawanan yang bertindak untuk membantu usahawan baharu, serta berfungsi sebagai rujukan teras kepada usahawan berpengalaman.
  • Ujian Psikometrik Usahawan Nasional (MyNEPT)
    • Akses PERCUMA MyNept bertujuan untuk mengenali ciri-ciri keusahawanan diri berbanding dengan usahawan lain di peringkat tempatan dan global.
  • Hanya RM 50!
    • Yuran termasuk kos latihan, PERCUMA t-shirt INSKEN, penginapan, makanan dan minuman di sepanjang program.

 

APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?

Pendedahan komprehensif mengenai proses dan prosedur memulakan perniagaan melalui 6 modul berikut:

  • Penetapan Minda Usahawan
  • Cara Memulakan Perniagaan
  • Business Model Canvas (BMC) dan Rancangan Perniagaan
  • Pengurusan Perniagaan & Pentadbiran Organisasi
  • Pengurusan Kewangan
  • Pemasaran Online dan Offline

 

SIAPA PERLU HADIR

  • Terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ingin membuka perniagaan.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my  


Sebenarnya saya dalam bidang kafe & restoran sudah 4 tahun, jadi kita boleh refresh semula balik semua benda. Makin lama bisnes struktur itu berubah berdasarkan kehendak semasa. Jadi program ini boleh membantu saya selarikan dengan kehendak semasa dan dalam masa yang sama, kita boleh memperbanyakkan lagi hubungan kita.

 

Ikhwan Hanif

Pemilik Perniagaan Kafe & Restoran

Peserta Kursus Asas Keusahawanan (KAK), Bangi Selangor

 

Kursus Asas Keusahawanan ini saya nampak ia memberi bird’s eye view, tentang apa yang kita perlu rancang untuk kita jalankan bisnes. Jadi amat bermakna dan membantu saya untuk mengembangkan bisnes dan menceburi bidang baharu iaitu saya ingin membuka klinik pediatrik.

 

Dr Fazlina Abdul Aziz

Pakar Pediatrik

Peserta Kursus Asas Keusahawanan (KAK)


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
  • Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
  • Bayaran pendaftaran (RM50) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
04 Sep 2024 08:00:AM - 05 Sep 2024 06:00:PM
RM50
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,082
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐍 𝐃𝐀𝐘 𝟐𝟎𝟐𝟔

INSKEN menjemput para usahawan dan bakal usahawan untuk menghadiri INSKEN Open Day 2026.

Apa yang menanti anda?
✨ Pengenalan kepada inisiatif & peluang kerjasama bersama INSKEN
✨ Sesi networking santai bersama komuniti usahawan
✨ Sesi soal jawab (Q&A) secara langsung bersama pasukan INSKEN

Butiran program:
🗓 13 Februari 2026, Jumaat
⏰ 2.30 petang hingga 5.30 petang
📍 Main Lobby Boardroom, INSKEN

Pastikan anda bersama kami. Daftar di:
www.insken.gov.my/open_day/

Setiap edisi membawa fokus dan pengalaman yang tersendiri. Nantikan tarikh yang seterusnya.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍 𝐊𝐄 𝐓𝐘𝐓 𝐓𝐔𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐄𝐊𝐎𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈

04 Februari 2026, Rabu | Seri Negeri, Melaka

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Keusahawanan Negara INSKEN, Datuk Mustaffa Kamil Ayub telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka sebagai langkah memperkukuh sinergi strategik dalam pembangunan ekosistem keusahawanan yang mampan dan berdaya saing.

Pertemuan ini menjadi platform memperkenalkan peranan dan inisiatif INSKEN dalam memperkasa usahawan melalui program pembangunan kapasiti, pemerkasaan ilmu serta peningkatan daya tahan perniagaan. Ia juga membuka ruang kolaborasi program berimpak tinggi termasuk Festival Saudagar Alam Melayu Nusantara.

Turut hadir Dato’ Hjh Joyah binti Abd Rashid, Ketua Saudagar Dunia Melayu Dunia Islam DMDI merangkap Pengerusi DMDI Putrajaya bersama delegasi, sebagai tanda komitmen bersama dalam memperluas jaringan strategik usahawan di peringkat nasional, serantau dan global.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔Image attachmentImage attachment+3Image attachment
Load more

...

20 0

...

5 0

...

22 0