a

Kursus Asas Industri Penjagaan Warga Emas : Selangor

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
08 Sep 2023 08:00:AM - 10 Sep 2023 10:00:PM
DAFTAR

JOM MULAKAN BISNES PENJAGAAN WARGA EMAS!

Program 3 hari ini memberikan “real-life experience” kepada individu yang ingin menceburi bisnes mengikut industri. Dilatih oleh ‘Industri Coach’ (Pemain Industri), kursus asas ini menyediakan peluang kepada para peserta untuk merasai sendiri pengalaman menguruskan bisnes dalam industri ini.

LEVEL
101 Permulaan

TEMPAT
Selangor

YURAN LATIHAN
RM300 (termasuk kos latihan, penginapan, makan dan minum)

 

APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?

Memahami proses, prosedur, dan senario indusri secara spesifik serta merasai pengalaman sebenar menguruskan perniagaan mengikut industri melalui 6 komponen seperti berikut:

  • Dapatkan Tips dan Amalan Terbaik Industri
  • Standard dan Garis Panduan Penubuhan Bisnes Penjagaan Warga Emas
  • Ketahui Kos dan Peralatan yang Diperlukan untuk Permulaan Bisnes
  • Selami Teknik Jualan yang Digunakan untuk Industri ini
  • Teknik Pemasaran yang Relevan Mengikut Trend Terkini
  • Pengurusan Kewangan Bisnes yang Efektif
  • Alami Pengalaman Sebenar Bisnes di Lapangan (Hari Ketiga Latihan)

 

SIAPA PERLU HADIR?

  • Terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ingin membuka perniaagaan dalam industri penjagaan warga emas.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my  


Apa yang saya dapat belajar, selama ini benda yang kita dah buat, kita rasa sudah sistematik, tapi bila kita masuk kelas ini, baru kita tahu situasi sebenar, macam mana kita nak buat loan dengan bank, macam mana kita nak berinteraksi dengan orang dan macam mana kos sebenar kita nak kira. Sangat banyak ilmu, saya suka belajar dan banyak benda saya boleh improve untuk bisnes saya.

 

Dinie Fadhli bin Khairuddin

Peserta Kursus Asas Industri Gerai Makanan & Penjaja 2023

Perniagaan Sejuk Beku, Kuantan Pahang

 

Saya rasa sangat bersyukur kerana dengan program yang INSKEN berikan ini, bukan sekadar memberi ilmu baru. Saya memang dapat banyak strategi-strategi untuk pembukaan klinik, belajar daripada asas, bagaimana penyediaan kos, pelesenan, dengan siapa kita patut hubungi, segala strategi dan paling penting dapat motivasi untuk membuat bisnes.

 

Dr Syaza

Peserta Kursus Asas Industri Klinik 2023

Petaling Jaya, Selangor


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
  • Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
  • Bayaran pendaftaran (RM300) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
08 Sep 2023 08:00:AM - 10 Sep 2023 10:00:PM
RM300
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,075
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


𝐇𝐈𝐆𝐇𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 | 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐇𝐈-𝐓𝐄𝐀 𝟏𝟎 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔

Sekitar sesi Media Hi-Tea yang berlangsung petang semalam, menghimpunkan rakan-rakan media daripada pelbagai platform bagi sesi apresiasi dan perkongsian hala tuju strategik INSKEN.

Terima kasih atas kehadiran dan sokongan yang berterusan.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

𝗜𝗡𝗦𝗞𝗘𝗡 𝗘𝗡𝗧𝗥𝗘𝗣𝗥𝗘𝗡𝗘𝗨𝗥𝗜𝗔𝗟 𝗜𝗠𝗠𝗘𝗥𝗦𝗜𝗢𝗡 𝗧𝗥𝗜𝗣 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

Buat julung kalinya, INSKEN menganjurkan 𝘌𝘯𝘵𝘳𝘦𝘱𝘳𝘦𝘯𝘦𝘶𝘳𝘪𝘢𝘭 𝘐𝘮𝘮𝘦𝘳𝘴𝘪𝘰𝘯 𝘛𝘳𝘪𝘱 ke Kelantan sebagai usaha memahami secara langsung potensi dan cabaran sebenar ekosistem keusahawanan negeri.

Lawatan pada 7 hingga 10 Februari 2026 ini turut disertai oleh Encik Syahrunizam Bin Shahwan, Timbalan Setiausaha Bahagian, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersama Puan Viviantie Binti Sarjuni, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN serta barisan pengurusan dan BisKaunselor INSKEN.

Sepanjang lawatan, sesi libat urus diadakan bersama usahawan alumni, pusat perniagaan tempatan, fasiliti industri, agensi kerajaan negeri dan institusi pendidikan di beberapa daerah utama Kelantan bagi mengenal pasti potensi sektor berimpak tinggi serta jurang pembangunan yang perlu diberi perhatian.

Dapatan menunjukkan budaya keusahawanan yang aktif dan beridentiti kuat, dengan potensi besar dalam sektor makanan, minuman dan kraftangan, di samping keperluan pengukuhan pemasaran digital serta peluasan pasaran.

Dapatan ini akan diterjemahkan kepada pelaksanaan inisiatif pembangunan dan sokongan keusahawanan yang lebih bersasar di peringkat negeri.

Ini adalah permulaan.

Seterusnya, 𝘐𝘮𝘮𝘦𝘳𝘴𝘪𝘰𝘯 𝘛𝘳𝘪𝘱 akan diteruskan ke Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Sabah.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia
... See MoreSee Less

𝗜𝗡𝗦𝗞𝗘Image attachmentImage attachment+Image attachment

Photos from Sabah Creative Economy and Innovation Centre's post ... See MoreSee Less

Image attachmentImage attachment+7Image attachment
Load more

...

0 0

...

3 0

...

19 0