a

Kursus Asas Industri Ecotourism : Sarawak

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
25 Jul 2025 08:00:AM - 27 Jul 2025 06:00:PM
DAFTAR

JOM MULAKAN BISNES ECOTOURISM!

Program 3 hari ini memberikan “real-life experience” kepada individu yang ingin menceburi bisnes mengikut industri. Dilatih oleh ‘Industri Coach‘ (Pemain Industri), kursus asas ini menyediakan peluang kepada para peserta untuk merasai sendiri pengalaman menguruskan bisnes dalam industri ini.

LEVEL
101 Permulaan

TEMPAT
Sarawak

YURAN LATIHAN
RM300 (termasuk kos latihan, penginapan, makan dan minum)

 

TENTANG PROGRAM 

  • Perkongsian dan Latihan Asas Tips Bisnes Yang Menyeluruh
    • Dalami ilmu asas keusahawanan mengikut industri secara spesifik merangkumi aspek asas seperti Jualan & Pemasaran, Pengurusan Operasi, Pengurusan Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan.
  • Dapatkan Tips Bisnes Terus Daripada Pakar Industri Yang Berkaitan
    • Pakar industri adalah usahawan yang berpengalaman di dalam sesebuah bisnes mengikut industri yang berkaitan.
  • Rasai Pengalaman Sebenar Menguruskan Perniagaan
    • Memberikan pengalaman sebenar menguruskan perniagaan di lapangan mengikut industri
  • Pelbagai Industri Yang Ditawarkan
    • Antara industri yang ditawarkan adalah seperti Kafe & Restoran, Bakeri, Spa, Postnatal, Klinik, Farmasi, Fertigasi, Penjagaan Warga Emas dan banyak lagi!
  • Hanya RM 300!
    • Yuran termasuk kos latihan, PERCUMA t-shirt INSKEN, penginapan, makanan dan minuman di sepanjang program.

 

APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?

Memahami proses, prosedur, dan senario indusri secara spesifik serta merasai pengalaman sebenar menguruskan perniagaan mengikut industri melalui 6 komponen seperti berikut:

  • Dapatkan Tips dan Amalan Terbaik Industri
  • Standard dan Garis Panduan Penubuhan Bisnes Ecotourism
  • Ketahui Kos dan Peralatan yang Diperlukan untuk Permulaan Bisnes
  • Selami Teknik Jualan yang Digunakan untuk Industri ini
  • Teknik Pemasaran yang Relevan Mengikut Trend Terkini
  • Pengurusan Kewangan Bisnes yang Efektif
  • Alami Pengalaman Sebenar Bisnes di Lapangan (Hari Ketiga Latihan)

 

SIAPA PERLU HADIR?

  • Terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ingin membuka perniagaan dalam industri ecotourism.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my  


Apa yang saya dapat belajar, selama ini benda yang kita dah buat, kita rasa sudah sistematik, tapi bila kita masuk kelas ini, baru kita tahu situasi sebenar, macam mana kita nak buat loan dengan bank, macam mana kita nak berinteraksi dengan orang dan macam mana kos sebenar kita nak kira. Sangat banyak ilmu, saya suka belajar dan banyak benda saya boleh improve untuk bisnes saya.

 

Dinie Fadhli bin Khairuddin

Peserta Kursus Asas Industri Gerai Makanan & Penjaja 2023

Perniagaan Sejuk Beku, Kuantan Pahang

 

Saya rasa sangat bersyukur kerana dengan program yang INSKEN berikan ini, bukan sekadar memberi ilmu baru. Saya memang dapat banyak strategi-strategi untuk pembukaan klinik, belajar daripada asas, bagaimana penyediaan kos, pelesenan, dengan siapa kita patut hubungi, segala strategi dan paling penting dapat motivasi untuk membuat bisnes.

 

Dr Syaza

Peserta Kursus Asas Industri Klinik 2023

Petaling Jaya, Selangor


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
  • Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
  • Bayaran pendaftaran (RM300) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
25 Jul 2025 08:00:AM - 27 Jul 2025 06:00:PM
RM300
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
209,099
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


Bila pengurusan staf dan kedai dibuat dengan betul, bisnes jadi lebih teratur.
Bila ada bimbingan yang berterusan, keputusan pun lebih jelas.

Ilmu yang dipelajari di INSKEN bukan sekadar untuk difahami. Bila diamalkan, jualan meningkat, aliran kerja lebih lancar dan pengurusan masa semakin baik. Peningkatan ini bukan sementara, tetapi berterusan.

Pelanggan semakin konsisten, pesanan masuk tanpa henti dan operasi bisnes berjalan dengan lebih tersusun.
Inilah hasil apabila ilmu dan bimbingan digabungkan dengan tindakan.

Setiap usahawan melalui perjalanan dan cabaran yang tersendiri.
Perkongsian anda melalui borang ini membantu INSKEN memahami realiti sebenar usahawan dan merangka inisiatif yang lebih dekat dengan keperluan semasa serta memberi impak yang bermakna.

Jika ingin berkongsi pandangan dan pengalaman bisnes anda, sila isi borang di sini:
👉 www.insken.gov.my/JJI26

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡

Setiap usahawan ada cerita sendiri.
Ada yang baru bermula, ada yang sedang bertahan, dan ada yang mahu melangkah lebih jauh.

Di INSKEN, perancangan inisiatif 2026 bermula dengan memahami realiti sebenar di lapangan.

Maklumat yang anda kongsikan melalui borang ini akan membantu kami merangka program yang lebih dekat dengan keperluan sebenar usahawan dan memberi impak yang bermakna.

Sertai inisiatif ini di sini:
👉 www.insken.gov.my/JJI26

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔

Photos from Sabah Creative Economy and Innovation Centre's post ... See MoreSee Less

Image attachment
Load more

...

6 0

...

130 27

...

85 8

...

13 0

...

8 0

...

8 0

...

9 0
@inskenofficial