a

Kursus Asas Industri Ecotourism : Sarawak

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
25 Jul 2025 08:00:AM - 27 Jul 2025 06:00:PM
DAFTAR

JOM MULAKAN BISNES ECOTOURISM!

Program 3 hari ini memberikan “real-life experience” kepada individu yang ingin menceburi bisnes mengikut industri. Dilatih oleh ‘Industri Coach‘ (Pemain Industri), kursus asas ini menyediakan peluang kepada para peserta untuk merasai sendiri pengalaman menguruskan bisnes dalam industri ini.

LEVEL
101 Permulaan

TEMPAT
Sarawak

YURAN LATIHAN
RM300 (termasuk kos latihan, penginapan, makan dan minum)

 

TENTANG PROGRAM 

  • Perkongsian dan Latihan Asas Tips Bisnes Yang Menyeluruh
    • Dalami ilmu asas keusahawanan mengikut industri secara spesifik merangkumi aspek asas seperti Jualan & Pemasaran, Pengurusan Operasi, Pengurusan Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan.
  • Dapatkan Tips Bisnes Terus Daripada Pakar Industri Yang Berkaitan
    • Pakar industri adalah usahawan yang berpengalaman di dalam sesebuah bisnes mengikut industri yang berkaitan.
  • Rasai Pengalaman Sebenar Menguruskan Perniagaan
    • Memberikan pengalaman sebenar menguruskan perniagaan di lapangan mengikut industri
  • Pelbagai Industri Yang Ditawarkan
    • Antara industri yang ditawarkan adalah seperti Kafe & Restoran, Bakeri, Spa, Postnatal, Klinik, Farmasi, Fertigasi, Penjagaan Warga Emas dan banyak lagi!
  • Hanya RM 300!
    • Yuran termasuk kos latihan, PERCUMA t-shirt INSKEN, penginapan, makanan dan minuman di sepanjang program.

 

APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?

Memahami proses, prosedur, dan senario indusri secara spesifik serta merasai pengalaman sebenar menguruskan perniagaan mengikut industri melalui 6 komponen seperti berikut:

  • Dapatkan Tips dan Amalan Terbaik Industri
  • Standard dan Garis Panduan Penubuhan Bisnes Ecotourism
  • Ketahui Kos dan Peralatan yang Diperlukan untuk Permulaan Bisnes
  • Selami Teknik Jualan yang Digunakan untuk Industri ini
  • Teknik Pemasaran yang Relevan Mengikut Trend Terkini
  • Pengurusan Kewangan Bisnes yang Efektif
  • Alami Pengalaman Sebenar Bisnes di Lapangan (Hari Ketiga Latihan)

 

SIAPA PERLU HADIR?

  • Terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ingin membuka perniagaan dalam industri ecotourism.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my  


Apa yang saya dapat belajar, selama ini benda yang kita dah buat, kita rasa sudah sistematik, tapi bila kita masuk kelas ini, baru kita tahu situasi sebenar, macam mana kita nak buat loan dengan bank, macam mana kita nak berinteraksi dengan orang dan macam mana kos sebenar kita nak kira. Sangat banyak ilmu, saya suka belajar dan banyak benda saya boleh improve untuk bisnes saya.

 

Dinie Fadhli bin Khairuddin

Peserta Kursus Asas Industri Gerai Makanan & Penjaja 2023

Perniagaan Sejuk Beku, Kuantan Pahang

 

Saya rasa sangat bersyukur kerana dengan program yang INSKEN berikan ini, bukan sekadar memberi ilmu baru. Saya memang dapat banyak strategi-strategi untuk pembukaan klinik, belajar daripada asas, bagaimana penyediaan kos, pelesenan, dengan siapa kita patut hubungi, segala strategi dan paling penting dapat motivasi untuk membuat bisnes.

 

Dr Syaza

Peserta Kursus Asas Industri Klinik 2023

Petaling Jaya, Selangor


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
  • Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
  • Bayaran pendaftaran (RM300) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
25 Jul 2025 08:00:AM - 27 Jul 2025 06:00:PM
RM300
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
209,241
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


AI bukan lagi pilihan. Ia keperluan untuk bisnes yang mahu kekal relevan.

Marketing Masterclass Artificial Intelligence direka khas untuk usahawan yang mahu memahami dan mengaplikasikan AI dalam perniagaan secara praktikal.
Peserta akan didedahkan kepada penggunaan AI dalam operasi, pemasaran, kewangan, automasi tugasan, pengurusan inventori serta pembangunan chatbot bagi meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan pelanggan.

Daftar segera di www.insken.gov.my/mc_marketing_03

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

AI bukan lagi piliha

Setiap perniagaan berdepan cabaran yang berbeza.
Sebab itu INSKEN Masterclass ditawarkan merangkumi topik-topik khusus, mengikut keperluan sebenar usahawan.

Daripada penghasilan visual menggunakan telefon pintar, strategi pembungkusan dan pelabelan, pemahaman AI, hinggalah kepada pengurusan operasi dan laluan kerjaya dalam TVET automotif, setiap sesi direka dengan fokus dan objektif yang berbeza.

Pendekatan yang digunakan adalah teknikal dan praktikal, supaya peserta boleh memahami konteks sebenar dan aplikasi di lapangan.

📍 Lembah Klang
💰 Yuran pendaftaran RM50
👥 Terhad kepada 100 peserta

👉 Maklumat lanjut dan pendaftaran
www.insken.gov.my/insken-masterclass

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessgreat
... See MoreSee Less

Setiap perniagaan be

Dalam BizLive INSKEN Episod 2 yang lalu, Nazri Hamdan berkongsi pelbagai cerita dan pandangan berdasarkan pengalaman beliau sebagai usahawan. Perbincangan merangkumi realiti operasi bisnes, isu semasa seperti SST, serta bagaimana AI mula mempengaruhi cara usahawan bekerja hari ini, dan banyak lagi perkongsian lain.

Terlepas Episod 2?
📍 YouTube INSKEN
🔗 youtu.be/eajAkYGhcRo?si=l2x49LWcqk7c9KjU

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

Load more

...

12 0

...

2 0

...

9 0

...

16 0

...

20 2

...

43 2

...

5 0

...

12 0

...

167 9
@inskenofficial