a

(IBT) Teknik Pemasaran WhatsApp 101 : Permulaan : Online

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
15 Jul 2022 08:00:AM - 16 Jul 2022 06:00:PM
DAFTAR

Ketahui cara untuk blast WhatsApp ke senarai nombor telefon prospek pelanggan dengan cara paling jimat dari segi masa & wang. Belajar cara menggunakan WhatsApp untuk menjawab pertanyaan secara pantas.

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
15 Jul 2022 08:00:AM - 16 Jul 2022 06:00:PM
RM100
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?

SIARAN LANSUNG JAM 11 PAGI ESOK !

Saksikan Sesi Technical Mastery: Platform Digital Untuk Latihan Ejen (MyCourse & iUrus) bersama-sama dengan Dr. Zaharuddin Abdul Rahman menerusi Facebook Live pada 10 Ogos 2022 (Rabu), pada pukul 11.00 pagi.

Sama-sama kita saksikan lontaran perkongsian daripada ahli panel jemputan!

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

IBBC POSTNATAL

Postnatal adalah bermaksud penjagaan dan rawatan untuk ibu selepas waktu bersalin.

Industri Postnatal mampu menjana pendapatan kerana semakin mendapat permintaan yang tinggi. Ia juga adalah salah satu cabang kerjaya di Malaysia. Juga, rata-rata pengusaha untuk bidang ini mempunyai kemahiran mengurut.

Selain daripada itu, perkhidmatan dalam bidang ini juga sudah menjadi semakin luas, kerana biasanya pakej didatangi sekali dengan pengurusan bayi, makanan berpantang dan lain-lain bagi memudahkan si ibu dan si suami.

Oleh itu, INSKEN akan menjalankan Program Bimbingan Industri Postnatal selama 4 bulan untuk membantu anda meningkatkan hasil jualan. Terbuka untuk usahawan yang sudah menjalankan perniagaan ini sekurang-kurangnya 2 tahun dan sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Daftar segera :

IBBC Postnatal Cohort 2
Tarikh: Ogos
Link: www.rebrand.ly/IBBC2022_Postnatal2

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Kalau ada business plan yang mantap, apa kami boleh buat?

Banyak benda yang korang boleh buat dengan business plan seperti apply loan, apply geran di bawah agensi lain, boleh guna untuk mencari pelabur untuk bisnes korang atau jadikan business plan ini sebagai dokumen untuk meyakinkan stakeholder.

Wah menarik! Dari dulu cuba buat bisnes plan ni tapi tak menjadi. Kalau ada pun, nak kata komprehensif pun tak, sistematik pun tak. Level biasa-biasa je.

Jangan risau, sebab itulah INSKEN menyediakan program ini untuk membantu usahawan menghasilkan business plan yang luar biasa.

Daftar segera program Rancangan Perniagaan yang akan diadakan pada 13 & 14 ogos 2022 di www.rebrand.ly/RP_2204

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Zero Cost Marketing Menggunakan Facebook adalah sebuah program yang akan dikendalikan oleh trainer daripada SifuFBAds .

Usahawan yang tidak mempunyai modal besar untuk membuat pemasaran
menggunakan platform Facebook sangat sesuai untuk menyertai program ini.

1. Direka Khas Untuk Usahawan Yang Ingin Viralkan Posting Anda
Latihan ini bukan sekadar untuk anda duduk dan mendengar teori sahaja. 16 jam masa anda akan digunakan sepenuhnya dengan ilmu yang padat dengan teori dan praktikal. Kita terus buat sama-sama rangka pelan pemasaran yang berkesan di Facebook!

2. Boleh Menarik Minat Pelanggan Membeli Produk Anda
Topik utama akan ditekankan untuk memastikan anda berjaya membuat pemasaran tanpa kos. Penggunaan tools percuma, teknik asas copywriting dan penyediaan grafik, penghasilan posting yang viral, semuanya akan dibongkarkan satu persatu.

3. Maksimakan Penggunaan Tools Di Facebook
Segalanya adalah percuma! Inilah masanya untuk mantapkan lagi pemasaran produk anda melalui Facebook Marketplace, Facebook Live. Pastikan FB Live anda tidak sendu dan kekal mendapat sambutan setiap kali membuat aktiviti pemasaran.

Zero Cost Marketing Menggunakan Facebook
Tarikh: 10- 11 Ogos 2022
Pendaftaran: www.rebrand.ly/ZeroCost_Online2203

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Wah! Ada apa dengan bulan Ogos ni?
Nantikan pengumuman daripada kami 😎

#AkuINSKEN
#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Khas untuk usahawan Selangor

Pendaftaran bagi Program Bimbingan Keuntungan Menu kini dibuka

Adakah anda usahawan dalam bidang F&B? Ada kedai makan, restoran atau beroperasi di rumah?

Berita baik buat semua usahawan dalam sektor F&B, INSKEN kini membuka pendaftaran bagi program Bimbingan Keuntungan Menu untuk membimbing para usahawan bagi menambahbaik menu yang sedia ada berdasarkan kos, harga jualan dan sasaran jualan kepada para pelanggan melalui sesi bimbingan intensif secara one to one bersama pakar industri.

Dalam tempoh 3 bulan, usahawan akan dibimbing untuk menambahbaik menu dan meningkatkan hasil jualan melalui bimbingan secara one to one oleh pakar industri secara fizikal. Usahawan juga akan diberikan latihan khusus pendigitalan perniagaan, dibimbing untuk merekod transaksi jualan harian secara digital serta menambahkan saluran penjualan melalui platform atas talian.

Apa yang Tuan Puan akan dapat sepanjang 3 bulan ini:

1. Kelas asas keuntungan menu selama 2 hari 1 malam secara fizikal
2. Bengkel lanjutan Keuntungan Menu selama 2 hari 1 malam secara fizikal
3. Latihan Khusus Teknikal Perniagaan – Latihan Smartphone Photography dan Latihan Platform Penghantaran Makanan (2 latihan) secara fizikal
4. Sesi bimbingan sebanyak 3 kali secara fizikal bersama pakar industri
5. Pemantauan jualan selama setahun

INSKEN membuka pendaftaran bagi Program Keuntungan Menu bagi negeri-negeri berikut:

1. Program Keuntungan Menu, Selangor :
www.rebrand.ly/MEProgramme2202

Program akan dilangsungkan secara fizikal di negeri-negeri yang disenaraikan. Bagi usahawan di negeri yang berdekatan juga boleh join. Jom daftar sekarang untuk membantu perniagaan anda!!

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

INSKEN memperkenalkan industri baharu iaitu Pencetakan bagi program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC).

Jika anda usahawan percetakan yang komited, bersemangat dan berdaya saing, andalah yang kami cari!

Program IBBC mampu membantu anda meningkatkan hasil jualan dan kasi “power” dalam menguruskan perniagaan.

Pendaftaran telah dibuka di www.rebrand.ly/IBBC2022_Pencetakan

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

PERHATIAN UNTUK WARGA LEMBAH KLANG, SELANGOR DAN SEKITARNYA

Kunjungi booth INSKEN di Expo MAHA 2022 yang bertempat di Maeps , Serdang, Selangor.

Program ini berlangsung dari 4 Ogos sehingga 14 Ogos 2022, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Temui team INSKEN di MySe Hall A (Booth No 15) untuk konsultasi perniagaan, info latihan, pembiayaan dan lain-lain.

Jom datang beramai - ramai !

#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Insken Facebook Messenger

Facebook