Segala jasa tidak hanya tercatat dalam kata, tetapi juga dalam perjalanan yang telah dilalui bersama.
Sepanjang bersama INSKEN, Ts. Dr. Izham Naquiddin Shah Arif Shah telah menyumbang kepimpinan, panduan serta komitmen yang memberi makna kepada usaha memperkasa pembangunan usahawan dan ekosistem keusahawanan negara.
Video ini merakam sedikit kenangan dan perjalanan yang pernah dilalui bersama.
Terima kasih atas segala sumbangan dan dedikasi yang akan terus menjadi sebahagian daripada perjalanan INSKEN.
#INSKEN20Tahun #JomJoinINSKEN #GengINSKEN #inskenofficial
...
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ts. Dr. Izham Naquiddin Shah Arif Shah, mantan Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti & Ekosistem, atas segala khidmat bakti, dedikasi serta kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang bersama INSKEN.
Segala sumbangan, panduan dan komitmen beliau amat bermakna dalam memperkukuh usaha pembangunan usahawan serta memperkasa ekosistem keusahawanan negara. Kehadiran dan kepimpinan beliau bukan sahaja memberi arah, malah meninggalkan kesan yang mendalam kepada perjalanan serta perkembangan INSKEN hingga ke hari ini.
Jasa, ilmu dan bimbingan yang ditinggalkan akan terus dikenang serta menjadi sebahagian daripada jejak penting dalam membentuk aspirasi dan hala tuju INSKEN pada masa hadapan.
Ikhlas daripada seluruh warga Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖,
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍!
#INSKEN20Tahun #JomJoinINSKEN #GengINSKEN #inskenofficial
...
Warga Kota Kinabalu, Sabah 📣
INSKEN membawakan program khas untuk usahawan industri kreatif yang ingin belajar cara menghasilkan 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘦𝘯𝘵 promosi yang lebih berkesan serta menarik klien secara konsisten.
Dalam sesi ini, peserta akan mempelajari cara:
• Membina strategi kandungan yang jelas dan terarah
• Menghasilkan skrip video promosi yang berorientasikan jualan
• Menyusun pakej perkhidmatan serta cadangan harga secara profesional
• Merangka pelan tindakan praktikal untuk mendapatkan klien
📅 10 Mei 2026
📍 Kota Kinabalu, Sabah
💰 Pendaftaran 𝘱𝘦𝘳𝘤𝘶𝘮𝘢
👥 Terhad kepada 100 peserta sahaja
Daftar sekarang:
www.insken.gov.my/mc_operation_05
𝘚𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘶𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘧𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘭𝘶𝘪 𝘱𝘭𝘢𝘵𝘧𝘰𝘳𝘮 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘢𝘶𝘯 𝘳𝘢𝘴𝘮𝘪 𝘐𝘕𝘚𝘒𝘌𝘕. 𝘛𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘨𝘦𝘯 𝘥𝘪𝘭𝘢𝘯𝘵𝘪𝘬.
𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍!
#HebatkanPerniagaanMalaysia #INSKEN20Tahun #JomJoinINSKEN #INSKENofficial #GengINSKEN
...
𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐍 𝐃𝐀𝐘 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 11 Mac 2026
INSKEN meneruskan momentum penganjuran INSKEN Open Day menerusi edisi kedua yang berlangsung di Ibu Pejabat INSKEN, Cyberjaya.
Sesi ini menjadi ruang interaksi yang lebih santai dan dekat antara INSKEN, usahawan serta rakan ekosistem untuk berkongsi pandangan, memperkenalkan perniagaan masing-masing dan meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan keusahawanan.
Program dimulakan dengan ucapan oleh YBhg. Datuk Mustaffa Kamil Ayub, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Keusahawanan Negara Berhad, yang menekankan kepentingan kerjasama strategik dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan.
Sesi turut menampilkan perkongsian oleh Dato’ Dr. Shakir Husein Kalid, Managing Director Shamawar Group of Companies, yang berkongsi pandangan mengenai kepentingan integriti, nilai spiritual serta keberkatan dalam membina perniagaan khususnya dalam bulan Ramadan.
Melalui sesi jaringan dan perbincangan yang berlangsung, para usahawan dan rakan ekosistem yang hadir berpeluang bertukar idea, memperluas jaringan profesional serta mengenali dengan lebih dekat peranan dan inisiatif INSKEN dalam menyokong pembangunan usahawan.
INSKEN Open Day akan terus dianjurkan secara berkala sebagai platform interaksi yang lebih terbuka bersama komuniti usahawan. Edisi seterusnya dijadualkan pada 29 April 2026.
𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍!
#HebatkanPerniagaanMalaysia #INSKEN20Tahun #JomJoinINSKEN #INSKENofficial #GengINSKEN
...
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗜𝗧 𝗣𝗢𝗦𝗧𝗡𝗔𝗧𝗔𝗟 𝗖𝗔𝗥𝗘
Perkhidmatan penjagaan selepas bersalin semakin mendapat perhatian seiring dengan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemulihan ibu selepas melahirkan anak.
Bagi menyokong usahawan dalam sektor ini, INSKEN memperkenalkan Program Bangkit Postnatal Care, sebuah program bimbingan selama 3 bulan yang memberi fokus kepada pengukuhan operasi perniagaan serta peningkatan standard perkhidmatan.
Melalui program ini, peserta akan mengikuti sesi bengkel bersama industry coach, bimbingan perniagaan serta lawatan berasaskan pengalaman bagi memahami amalan terbaik dalam industri penjagaan selepas bersalin.
Program ini terbuka kepada usahawan dalam sektor postnatal care yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun dan ingin mengembangkan perniagaan mereka secara lebih strategik.
Tempat terhad kepada 30 peserta sahaja.
Daftar sekarang
www.insken.gov.my/bangkit_postnatal_01
𝘚𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘶𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘧𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘭𝘶𝘪 𝘱𝘭𝘢𝘵𝘧𝘰𝘳𝘮 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘢𝘶𝘯 𝘳𝘢𝘴𝘮𝘪 𝘐𝘕𝘚𝘒𝘌𝘕. 𝘛𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘨𝘦𝘯 𝘥𝘪𝘭𝘢𝘯𝘵𝘪𝘬.
𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍!
#HebatkanPerniagaanMalaysia #INSKEN20Tahun #JomJoinINSKEN #INSKENofficial #GengINSKEN
...
𝗕𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜
Bermula dengan seutas benang dan kemahiran menjahit, Puan Norhanisa membina lebih daripada sekadar perniagaan. Dari usaha kecil inilah lahir harapan baharu untuk wanita lain turut bangkit dan berdikari.
Perjalanan ini tidak sunyi daripada ujian. Dari cabaran kehidupan peribadi hingga perubahan lokasi perniagaan yang hampir menjejaskan sumber rezeki, setiap dugaan ditempuh dengan tabah.
Namun bagi beliau, kejayaan bukan sekadar tentang diri sendiri. Melalui seni jahitan, beliau membantu ibu tunggal dan wanita yang kurang berkeyakinan membina semula keyakinan diri serta menjana pendapatan.
Selari dengan komitmen dua dekad INSKEN memperkasa usahawan, kisah seperti ini menjadi bukti bahawa bimbingan dan sokongan yang tepat mampu membuka peluang baharu, bukan sahaja kepada individu tetapi juga kepada komuniti.
Daripada seutas benang, lahirlah perjalanan yang menghidupkan komuniti.
𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍!
#HebatkanPerniagaanMalaysia #INSKEN20Tahun #JomJoinINSKEN #INSKENofficial #GengINSKEN
...
